June 27, 2012

Siapa dia Munafik?

66 comments
Assalamualaikum


rembat Google

dan tempat buat orang orang munafik adalah pada dasar neraka. selepas diazabkan beribu ribu tahun, yakni 1000 tahun dunia bersamaan satu hari di akhirat, maka, barulah munafik-munafik akan dipindahkan ke Syurga. tapi yakin ke 1 hari saja?

Nauzubillahi min zaalik!

Sebagai perkongsian buat semua dan peringatan buat diri sendiri, semoga taubat dapat keluarkan kita daripada tergolong dalam golongan Munafik, dan semoga kita semua selalu menghindarkan diri untuk golongan ini. Amin Ya Rabbal Aalaminn

p/s : quick update. terus study untuk quiz esok. tskk.

terima kasih sudi baca 

June 24, 2012

Bersama Safiyya Tv9, Ahad, 9malam ♥

157 comments
Assalamualaikum

sungguh-sungguh yuyu pulunkan diri menaip entry. dengan harap kemain tinggi yang korang akan baca entry ini, lalu dapatlah mencapai matlamat sebenar kenapa dan mengapa begitu mengada yuyu menaip  beserta pendahuluan macam harem ini. 

tanpa begitu melalut lebih gigih lagi...

cenggini lah, malam ni, InsyaALLAH kalau takde aral mengada melintang, membujur, ada la yuyu di rancangan Safiyya TV9, 9malam. eceh. malu malu nak bagitau siap menaip sambil kedip-kedip mata namplohtujuhblas kali tau. selepas dua minggu sudah recordingnya. 

yuyu rasa yuyu sungguh ayu dengan posing cenggitu. yuyu berharap juga, mak cik mak cik yang ada anak hensem lagi kaya juga beranggapan begitu. 

selepas dengan Generasi Y TV2, kendian dengan Gen21 Al-Hijrah, sekarang dengan Safiyya TV9 pulak. walaupun yuyu rasa tak layak mana pun nak tepek muka di tivi apetah lagi bercakap pasal fesyen, namun, InsyaALLAH, malam ni yuyu akan berkongsi pasal fesyen buat pompuan genit macam yuyu. Petite Fashionista. haa. kemain tajuk dia. 

disamping yuyu posing huru hara, yuyu juga ada berkongsi macam mana yuyu dapatkan keyakinan dalam berfesyen walaupun berketinggian 140cm dan bagaimana saya selalu perempuan spesis petite ini, ya tuan puan, menangani rasa humble tak kena tempat! *siap tepuk meja muka bengis abang botak misai panjang*  

selebihnya, korang tengok sendiri la malam ni. 

mula-mula bila dapat tahu Safiyya nak geledah lemari yuyu, memang la yuyu jadi umpama pop corn dalam kuali, terkinja kinja mencari solusi yang paling tepat, dah la yuyu orang Langkawi, maka terpaksalah pinjam bilik Ieqah Wna menjadi konon-konon bilik yuyu. dapat la auta sepam dua kat korang. muhahah. 

kalau tak, wajiblah krew Safiyya bersusah payah terbang ke Langkawi. kalaulah koordinat Langkawi dan Kolompo bagaikan kangkang lembu, at least, bolehlah buat recording di rumah yuyu sambil jamu cekelat pada krew hingga terjojol pusat kan. tapi tuntas, jarak sebenar adalah melampau sangat. sangat. sangat. 

jangan lupa tahu. malam ni 24/6/2012, 9malam ni Safiyya TV9.

siap siap untuk diinterview. lokasi di Sri Petaling tepi tepi kolam telah membuatkan yuyu konpius. Mangga kah ini? ehh. 

Ieqah Wna, Yuyu Zulaikha dan Kak Sheril (krew Safiyya)

empunya konon-konon lemari dan bilik yuyu. Ieqah Wna. terima kasih kerana sudi pinjamkan bilik dan lemari tau. kalau tak, jenuh la terpaksa yuyu angkut habis krew Safiyya ke Langkawi. kesian dorang.

walaupun yuyu sendiri yuyu tak dapat nak tengok atas sebab musabab dok hostel, terpaksalah nanti yuyu tengok di TONTON takpun siaran ulangan minggu depan Ahad, 6petang. tskk. sadis macam nak mati bila jadi macam ni. pulun bagitau orang suruh tenyeh kalendar, set alarm 9malam, tetiba diri sendiri??

Alhamdulillah. banyak pengalaman yuyu bila jadi blogger ni. masuk tivi, magazine, invitation yang bapak best dan macam macam lagi. semua tu yuyu terima sebagai pengalaman hidup yuyu. syukur sangat sebab yuyu antara yang berpeluang merasai semua, walhal ada yang teringin juga, tapi takde peluang.

paling tidak pun, boleh la buat bekal bed-time story untuk anak anak yuyu nanti. "pada suatu hari, ada seorang puteri bernama JeLo Zulaikha telah blaa...bla..bla.. beliau kudus namun kiut" bhahaha. marilah join muntah cekedis banyak banyak bersama yuyu ^^

dah dah. 

jangan lupa tau tau. malam ni TV9, pukul 9malam, di rancangan Safiyya. rancangan ini sesuai tontonan umum. tiada sekatan untuk anak sedara pakwe berumur 3tahun, atau untuk Pak Rahmat pengidap sakit jantung. semua sesuai untuk menonton. 

terima kasih sudi baca :')

June 21, 2012

Peristiwa Keramat Dahku dan Make Up.

127 comments
Assalamualaikum

Dulu masa zaman hingus, yuyu selalu konfius dengan emak. adakah 'marah yuyu' adalah hobi sejati dak emak, ataupun symptom seorang PMS. sikit-sikit nak marah. kalau banyak, lagi la marah marah marah. tu la emak yuyu. touching tau tau. T_T

tenyeh lipstick beliau di dinding kena marah, sumbat baju-baju emak dalam beg balik kampung lalu melancong seluruh rumah, feeling kot, macam tengah melancong kat obersi je. tu pun pun kena marah. emak emak. tak faham betul dengan hobi masa lapang beliau satu ni. 

tapi bila dah makin menjadi gadis, eceh, tetiba rasa ayu pulak bila gelarkan diri sendiri ni 'gadis', yuyu baru faham pasal kononnya hobi emak ni. majoriti penyebab 'hobi masa lapang' emak tu adalah disebab musababkan perangai yuyu masa kecik dulu suka kemain main membajet dah akak akak. walhal tak sedar diri, nak mandi pun, emak yang mandikan lagi -.-'

benda paling yuyu tak pernah lupa peristiwa keramat ni, haa kemain dramatik, kalau korang ingat pasal jenama barang make up keunggulan zaman mak-mak kita dulu, Cosway. mesti ingat bedak Miami kan. ingat lagi kan kan...

pada suatu hari...

dengan girang emak dapat barang-barang make up beliau yang terdiri daripada lipstick, bedak dan bapak banyak pallete eyeshadow, selepas tunggu tujuh hari bekerja order dari Cosway. eksaited tak eksaited emak yuyu masa tu, daripada sedang kusyuk jahit butang baju atok, siap main campak je baju atok kat lantai bila sedara yuyu datang rumah bagi barang order seperti dinyatakan di atas. 

lagi la girang hati anak beliau, Yuyu Zulaikha. dah fokus dah bijik mata di mana lokasi si emak akan letak bakal mangsa barang make up yuyu tu. bau kedai membuatkan nafsu serakah nak mendajalkan semua barang tu makin membuak. 

bila nampak je emak letak barang make up baru beliau atas lemari lalu emak kembali blah jahit balik butang baju atok lalu sekali lagi dengan tak semena mena yuyu dengan penuh rasa syurganya di jiwa, bijik mata dah mula beri perhatian pada pallette warna warni warnu. warnu?? siyes ada warnu dalam Bahasa Melayu?

mula-mula korek lipstick emak calit di bibir. korek okay. kalau tenyeh boleh dimaafkan lagi. lepas tu korek sekali eyeshadow emak, tenyeh di mata, pipi habis tenyeh. bedak Miami kini dah tak rupa Miami dah, dah rupa Kampung Dusun Tiga dah.

sumpah waktu tu yuyu rasa, kalau Ksenia Sukhinova tengok yuyu, beliau pasti nangis-nangis mintak juri pilih yuyu ganti beliau jadi Miss World. tapi  tu yuyu rasa.

dengan hati kudus lagi suci, yuyu tunjuk la hasil yuyu make up kat emak. Ya ALLAH, tak sangka emak yang tadi nampak macam lawa sikit dari Dato' Siti, tetiba dah macam tak kenal mana emak sendiri atau mana satu singa. sobsob

satu hari emak marah marah yuyu. emak pukul tangan yuyu dengan kertas. walaupun siyes cool gua cakap, tak sakit mana pun, tapi gua rasa sangat touching, selama gua hidup 6 tahun, gua tak pernah kena tibai dengan emak. gua rasa masa tu macam nak lari rumah tidur perhentian bas bawa hati yang sentap.

emak suruh yuyu korek segala sisa mekap beliau di kuku yuyu. sambil bawa hati sentap ke bilik, yuyu nangis sorang sorang. tuhan saja yang tahu kesentapan hati yuyu masa tu. satu hari tak keluar makan, satu hati yuyu teresak esak, satu hari juga yuyu tidur je. tak mandi. tak makan. tak ngaji Quran pun. tak main juga Batu Seremban dengan rakan taulan. huh! majok!

lepas dari hari tu, emak beli barang make up untuk yuyu sendiri. hoi. bangga nya macam kawen dengan Aaron Aziz. takkabbur sekali walaupun sekadar barang mekap cap cekadak.

***

tu la cerita yuyu masa berusia enam dulu. sekarang semangat suka make up yuyu tak pernah pudar di mamah usia lagi. kadang bila yuyu make up, yuyu mesti ingat peristiwa yuyu tu. ye la. mak mana tak marah kalau perangai semazmumah cenggitu kan.

dan tak sangka sekarang, kalau nak make up, dah boleh pakai barang make up sendiri. dan tak kena marah dah. yang jadi sekarang, yuyu dah malas nak tenyeh make up dah. cuma make up bila yuyu ada event atau photoshoot. 


tadaaa. ini gambaran yuyu kecik kecik dulu. lipstick emak, eyeshadow emak, baju emak, heels emak, dan bawa bagasi besar dari yuyu. konon konon melancong obersi. padahal dapur rumah je pun ^^
p/s : lukisan hudoh tak bermaksud tuannya pun hudoh.


dah faham dah, tu sebenarnya bukan hobi emak suka marah yuyu, tapi hobi yuyu suka buat emak marah. hikhik. hmm. rindu emak. nak lari hostel la!

terima kasih sudi baca :)

June 19, 2012

Rasa Ohsem dengan Astro On-The-Go

44 comments
Assalamualaikum

tolong la. perasaan dah jadi bercampur gundah gulana, tak sabar tahap terkinja kinja, proses peng-fokus-an berkurangan, dan eksaited berlebih-lebihan. eceh.  ia umpama percampuran ais kacang Warung Haji Sepiah bersama extra susu. hmm. sangat huru-hara. 

tadi kan, kat kelas, pesyarah gigih ajar pasal Bank Management, tapi kepala otak yuyu lagi gigih tau. gigih terbayang pasal party Astro On-The-Go, Sabtu ni. tskk. mengada betul. sampai teruk macam ni jadi tak ketahuan halanya. tskk tssk sekali lagi. T_T


betapa yuyu dah siap-siap imagine yang di party nanti wajiblah rasa macam dalam Stadium layan Spain lawan England. bunyi bising tiup itu ini, ada yang main ketuk-ketuk, kendian, wajib lah ada yang pakai jersi England la, Germany ke, tapi dengan coolnye pegang iPhone layan AOTG siap popping collar. fine. fine.


Astro On-The-Go +  Party,The Pool Ampang + EURO 2012 = Epic Cool 

nanti juga ada contest.  haa. hok ni la yang buat yuyu jadi tak senang duduk ni. Best Dressed dengan selambernye boleh bawak balik iPad 3. tidak kah itu dinamakan kegemaran setiap manusia? kalau jual iPad 3 sekilo seringgit setengah pun dah boleh bawak gaduh, apa lagi dapat free bila kita kita ni di pool party nanti berpakaian paling hamagadnya.

habis yuyu geledah setiap ceruk lemari yuyu. kot-kot ada baju berpuaka mana yang boleh buat yuyu menang iPad 3 tu. tak nak la orang semua semangat UEFA, yuyu semangat pakai baju Pasukan Bola Sepak Kampung Talam.ahaks. baru la diva kan. lain dari yang lain. -.-'

tengok tengok. esaimen bertimbun timbun lagi, tapi jiwa raga dah sebati fikir pasal Party Astro On-The-Go di  Pool Party. esaimen daku selit celah fail buat buat tak nampak dulu. semangat ni 100% daku beri khasssss untuk pool party Sabtu ini. terima kasih. ini pilihan muktamad.

berbekal sedikit sifat mahmudah, tak nak la tamak sorang-sorang sebab banyak yang teringin juga nak join party AOTG nanti tu, jadi yuyu nak serulah kepada manusia-manusia di Malaysia, *warga Zinbabwe tak boleh* untuk membawa semangat EURO ke pool party AOTG dengan yuyu. kalau nak join juga, try check LINK INI. mana tau, komen paling kretip, terpilih join party, terpilih pulak bawa balik iPad 3.

jomm jomm jomm! baik kan yuyu. hakhak. gelak tak berapa nak ikhlas  :')

banyak mini game nanti tersedia. selain berpeleseran bersama rakan taulan di Pavi, Sabtu ni, kan lebih ohsem kalau kita join party AOTG ni. ada rezeki, boleh menang macam-macam.

selain daripada itu, AOTG akan buat kontest share kretif photo mulai 23June, tangkap lah gambar awal awal dengan lokasi yang paling kita teringin sangat layan Astro On-The-Go, di Pool party nanti kita akan tahu detail pasal kontes ni. sebab tu la korang kena juga la join party ni!

ya. yang pasti, layan AOTG di ruang tamu bersama LCD 40" bukanlah idea yang kretif sangat kan. sebab kita bercakap pasal layan Astro dengan tablet atau smartphone. kan kan. photo entry paling kretif menang hadiah hohhhsemmm.

sekretif ini  ^^ :
hikhik. cute ai? hohsemmmm ^^

dah dah. sekarang yuyu nak kembalikan seisi fokus yuyu pada pool party AOTG, Sabtu ni. tolong lah jangan ada kacau apa-apa lagi. esaimen tolak tepi, dating tolak tepi sebelah kanan, berjimba dengan rakan taulan tolak tepi sebelah kiri. yang paling utama, Party AOTG, The Pool, Ampang, Sabtu ni. -.-'

p/s : sedang praktik amik hadiah iPad 3 dengan takabburnya.


terima kasih sudi baca :)

June 18, 2012

Diari Minggu Pertama Semester.

83 comments
Assalamualaikum

separa dewasa ini, kalau tengok yuyu dapat online, dapat merepek sepam dua kat fesbuk, dapat update entry baru, dapat yuyu berfoya foya depan cafe adalah suatu masa lapang yang cukup indah buat yuyu. mungkin akan berlaku dalam kiraan dua kali dalam minggu ni.

kira, begitu tragis la kesibukan, kekacauan, kekusutan dan kecelaruan hidup yuyu sepanjang minggu pertama semester baru. *amaran keras : ayat ini mengandungi 50% fakta, 25% auta, 25% drama*

first class adalah tidak bermaksud kita dilarang ber-selca secara maksima. mempersembahakan Raihanah sebagai teman selca di kelas pertama kami semester lima ini. 

memandangkan tugas yuyu sebagai seorang pelajar semester lima, seorang blogger kudus tapi kiut, ececeh, juga seorang biro untuk tiga persatuan kompang yang giat mengumpul sijil demi masa depan yang cerah, tidak lupa juga seorang pengusaha Smurf's Village yang kini berjaya di level 16 jadi minggu pertama semester adalah yang paling mencabar keimanan di dada. 

kena lari-lari secara comel ke sana ke sini untuk dapatkan approval add drop subject, masa tu juga la cari idea untuk curi masa taip entry baru, celah tu nak attend meeting la. esok pulak ada event di Genting. haa. kalau Rosmah baca entry ni, beliau pasti konpius, mana satu Perdana Menteri, mana satu yang membajet Perdana Menteri. 

tak lupa setiap dua jam, yuyu kena pastikan hasil tanaman yuyu di Smurf's Village akan semakin berjaya dan mendapat keuntungan.

bersambil mengutip segala ilmu, di kelas juga adalah tempat keriangan bila dapat selca macam-takde-sape-nak-kesah-kau-buat-ape. 

     
Muka togel.

gotong royong Islamic Banking & Finance Committee. yuyu dah cuba jadi se-produktif  yang boleh seperti berborak dengan meriahnya, kutip sisa baki kertas sambil kunyah fishball, goyang kaki siap lenguh dan mengarah like a boss. 


bila sibuk macam ni, mengada ngada pulak nak rindu update entry baru. konon kononnya nak share la satu dua tiga entry pasal ke-ohsem-an life yuyu dengan harapan, nanti cucu cicit baca, dorang akan kagum dengan kehebatan tok mummy dorang. tapi tuntas, selagi tak habis namanya "minggu-minggu awal di awal semester".
p/s : laptop hudoh, tak bermaksud tuannya pun hudoh.

esok pulak nak ke Genting untuk invitation Bird Race 2012, satu malam tidur di First World. kemain. dahku berharap, dahku akan mendapat seketul dua keriangan di sana, selepas penat lelah jerih dahku selama seminggu ni. Aminn.

dapat menghirup udara Genting ala ala sejuk bagai obersi, tilam 224973447 kali ganda empuk dari tilam asrama bilik yuyu ni, makanan enak khas VIP, dan event meriah dikelilingi segerombolan burung, buat yuyu sekali dua rasa nak riak dan takkabur. -..-'

sebelum yuyu berambus packing barang untuk esok, moleklah kiranya yuyu menyeru kalian semua untuk join  Friendly Fashion Giveaway dari yuyu ni. giveaway kecik kecik dengan hati yang besar buat pembaca belog yuyu. join tau. :')

terima kasih sudi baca ^^

June 17, 2012

Time To Crash!

20 comments
Assalamualaikum


3
tak tak. ni bukan gambar pasal perlawanan oo som macam kita selalu buat masa nak berebut dengan rakan taulan untuk tunggu giliran main tengteng. tak. Ni la suasana riuh lagi meriah U.O.X Time to Crash 2012. Band-band yang terhebat, akan membuat persembahan paling terhebakk. paling sangat ter.


kalau tahun lepas kan, U.O.X cuma ada battle antara band dan dorang akan menyanyi sepenuh jiwa raga zahir batin, tapi tahun ni ada lagi satu battle yang ohsem. kegemaran yuyu sejak turun temurun. Dance Battle. okay okay. U.O.X. suka kan main tambah tambah benda best. sukew ittew taww :')

bermula dengan lepak lepak setiap celah kampus di Malaysia, kendian ujibakat yang berbakat-bakat tak pernah takde bakat, dan diakhiri dengan ke-ohsem-an Grand Finale yang buat kita semua tunggu dengan nganga, siapa akan secara cool-nye membawa balik RM7000. 

foine foine. dah dapat duit gedebuk banyak, dapat layanan VIP di MTV World Stage, dapat pulak masuk 8TV Showdown, tak ke itu dinamakan kecintaan semua orang?

Cuma sekarang, takkan la kita nak tengok semua kecintaan tu dapat oleh Band dan Dance Crews yang bukan kegemaran kita kan. maka sekarang keje kita adalah LIKE secara pukal. Ajak habis seisi rakan taulan buat keje mengundi ni. Hari ni, yakni 17/06/12 adalah tarikh last nak mengundi. 

Maka, mulai sekarang, kita yang suka lengah-lengah masa, kena buang tebiat tu dan dengan kelajuan pantas menggunakan kuasa kita sebagai pengundi sebaik-baiknya. xpax.com.my/uox adalah link yang wajib tekan, dan segerakan sesi meng-LIKE band dan crew kegemaran.

6
generasi U.O.X secara coolnye menunjukkan bakat. 

bila dah selesai keje meng-LIKE  untuk band dan crew ohsem ohsem pilihan sanubari hati kudus kita, baru la boleh kita kita semua ni ajak satu kampung enjoy dengan Grand Finale. ni ni, kita tulis kat kalendar depan pintu peti sejuk cepat.
Date: 23 June 2012
Time: 5PM – 11PM
Venue: Ground Floor, Orange Entrance, Sunway Pyramid


untung lah kan. untung lahhh band band hebakk 2011 menang. untung lahhhhhhh. 

ingat tau tau, hari ni hari last kita mengundi kegemaran kita di SINIxpax.com.my/uox ). inilah masanya untuk kita MEREMPUH segala LIMIT yang ada besama U.O.X! tak semena mena yuyu yang paling bersemangat lebih. T_T

terima kasih sudi baca ^^

June 14, 2012

Friendly Fashion GiveAway dari Yuyu Zulaikha

62 comments
Assalamualaikum

dah lama dah yuyu teringin nak beri sikit penghargaan untuk pembaca belog yuyu. memang dah lama lama lama lama lama dah nak buat. at least buat GiveAway kan. tapi, macam macam jenis spesis aral yang membujur juga melintang ada juga yang kuak lentang. 

dan hari tu kan kan, yuyu ada bagitau sopan sopan di PAGE yuyu. sopan sopan di sini bukan bermaksud bagitau sambil duduk bersimpuh gelak kepit ketiak tutup mulut. tak tak. bagitau gitu gitu je. tidak la secara besar besaran. yakni, yuyu ada bagitau pasal giveaway photoshoot dengan yuyu oleh Nuffnang & ChurpChurp kan kan kan? hikhik. malu pulak nak teruskan menaip. 

namun ia perlu di teruskan, dengan bersambil yuyu menaip secara gedik sikit, bersambil sekali lagi kedip kedip mata patratustujuhploh kali gaya ohsem Anita Sarawak, yuyu nak sangat ajak korang join Friendly Fashion GiveAway ini. 



Alhamdulillah. kali ni, korang boleh lah join secara bebas segan silu  men-join-kan diri untuk Friendly Fashion GiveAway yuyu ni. jangan la buat buat malu, Aaron Aziz tak tengok pun. :')

dan pemenang yang sangat bertuah akan memenangi :

Makeover Photoshoot bersama Yuyu Zulaikha

Preloved Items dari yuyu sendiri 

Baju Tajaan oleh House of Eight

 Aksesori-Aksesori daripada friendlyfashion.my


apa yang korang perlu buat cumalah :
  1. jadi member friendlyfashion.my (cuma login facebook)
  2. pembaca belog yuyu. semestinya. sebab hanya untuk pembaca belog yuyu sahaja.
  3. beri 8 sebab kenapa korang layak untuk terpilih dan menang (boleh guna English atau Malay)
  4. pemenang akan dipilih oleh yuyu dan friendlyfashion.my sebelum 20/06/2012
  5. photoshoot akan diadakan pada 23/06/2012


simple kan. dah dah, malas nak merepek panjang panjang. sekarang, tugas korang untuk sediakan LAPAN sebab saja di SINI

semoga berjaya & terima kasih sudi support yuyu :')

I Love You BFFs ♥

105 comments
Assalamualaikum

ini entry jiwang-jiwang tau tau tau. latar belakang entry ni, lagu Memori Daun Pisang versi M Daud Kilau nyanyi. entry dedikasi khhhasss (siap ada idham ma'al qunnah) untuk BFFs yuyu. BFF di sini bukan bermaksud Bratt Frit Frooot tapi Best Friend Forever. dan khhhhas juga buat kawan rapat yuyu.

mempersembahkannnn...

Ini BFF yuyu. Babey Apple. kawan baik yuyu sejak 2009. kami kenal dari zaman gemilangnya Myspace dulu. inilah satu satunya manusia paling lama bertahan memegang tahta BFF yuyu. beliau selalu kuatkan yuyu masa yuyu jatuh, dan kongsi happy.

paling sweet dengan Apple, yakni, satu, beliau selalu tanya dulu boleh ke couple dengan si polan si polan, dua, masa gempa bumi baru baru ni, beliau adalah manusia paling cemas tanya keadaan yuyu di Langkawi. walhal, yuyu rilek je sedut sirap lima posen. sroot sroot.

tapi baru baru ni, kitorang kurang fesbuk fesbuk atau mesej. masing masing macam sibuk. hmm. dahku harap, dikau ingat dahku dalam doa mu. 


ni lagi dua BFF yuyu dua lagi. Iena Mansor dan Ida Mansor. kiranya pakej la kawan dengan dorang. kawan satu, dapat dua. sebab dorang kembar. hikhik. kitorang berkenalan baru baru ni pada zaman Facebook memerintah pemikiran anak muda. tahun lepas. tak hipokrit. sweet, dan kuat.

 paling sweet yuyu tak boleh lupa, ada kawan kawan yuyu cakap, bila hos Generasi-Y (TV2) tanya dorang, sape sahabat sejati dorang, dorang sebut nama Yuyu Zulaikha. foine. yuyu tulis kat diari, nanti nak cerita kat cicit. bergelimpangan air mata yuyu. wuu T_T

bagi yuyu, kenal dengan dua kembar ni, adalah satu anugerah dari ALLAH. banyak benda yang yuyu belajar dari dorang. kebanyakannya secara tak langsung.

                   
ini pulak lagi satu BFF yuyu. Love Bunga Taik Ayam. ehh. Bunga Quereda. ini adalah spesis kawan paling satu kepala dengan yuyu. walaupun baru kenal, tapi kan, tapi kannnn, senang kamcheng dengan beliau oleh kerana kitorang ni ada la banyak persamaan. contoh paling ketara, dua dua cute. cuma yuyu lagi cute, siap pakej sopan santun, menghormati orang tua, dan ohsem. -.-'

paling suwit yuyu dengan beliau adalah setiap hari. tak lah. hampir setiap hari. setiap hari, wajibal qunnah ada personal message atau wallpost di fesbuk dari beliau. buat yuyu rasa macam tak pernah takde kawan. walaupun kemain malas yuyu nak reply balik. 


ini antara kawan kelas yuyu. kawan baik juga. semua baik. tapi salah sorang dari dorang, banyak bantu yuyu dalam pelajaran. banyak tolong yuyu dalam kesusahan. banyak bagi motivasi untuk yuyu. banyak susahkan diri dia dengan yuyu, banyak bimbing yuyu dalam nak berubah. sobbsobb. 

ia jatuh kepada Raihanah. yang tengah, inner ungu, kemut mulut tu. wuuu T_T banyak terhutang budi dengan beliau. paling tak boleh lupa antara kami berdua adalah, sejurus habis exam Risk Management, kami terus ke Security Commission. sanggup dia tak balik Brunei lagi. 


ini pula Ieqah Wna. kawan yuyu. beliau merupakan dulunya pembaca belog yuyu. sekarang, selepas Mac dulu kitorang lepak Mid Valley, kitorang makin rapat. asal cuti dan yuyu ada event, rumah beliau menjadi lokasi yuyu untuk merempat. dia baik. wuu T_T paling sweet dengan dia, yakni, dia selalu pinjamkan broadband dia pada yuyu. siap habis limit yuyu guna. claim DAIM je la sebagai rasuah supaya dia tak marah.

 ***


Alhamdulillah. walaupun yuyu cuma ada beberapa ketol saja kawan baik, tapi syukur kemain ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan yuyu sahabat yang selalu ada waktu senang dan susah. lagi suka bila ada waktu susah. hikhik. 

semoga ukhwah kita ini bukan saja di dunia, namun kekal hingga di akhirat kelak. Ukhwah yang ikhlas bukan kerana apa apa, tapi untuk mengeratkan lagi hubungan di jalan ALLAH. ukhwah fillah abadan abada. Amin Ya Rabb

yang lain, meh la jadi BFF dan kawan baik yuyu. ecehh.  

terima kasih sudi baca :')

June 13, 2012

Keohsemam Astro On-The-Go

56 comments
Assalamualaikum


yuyu ingat lagi, masa yuyu form two,  emak baru pasang Astro. dulu dulu kalau ada Astro, hebakk sangat la. mampu senyum telinga ke telinga kalau boleh cakap "semalam kann, aku tengok MTV kat Astro rumah aku. Astro bhai.. Astro."

tetiba yuyu kena duduk hostel. mana lagi nak dapat keriangan berganda. sobbsobb. maka masa tu, seboleh- bolehnya  yuyu tak nak duduk hostel. tivi punya pasal. kalau tak setiap malam layan Tamil dengan emak, petang petang MTV dihati daku, pagi-pagi tengok Disney dengan adik.

macam tu la betapa besarnya pengaruh Astro kepada yuyu. bila dah di University, lagi satu hal. celah mana nak dapat? jadi, bila cuti semester, dengan ini Yuyu Zulaikha lah yang memegang tahta remote tivi. kalau tak MTV, wajiblah Disney, tak pun AFC tak pun juga semua channel yuyu geladah demi mendapat keriangan maksima.

tapi kan, tapi..... sekarang dah tak payah nak menggelabah macam dulu lagi dah. a'ah. tak payah.


selain abang yang rock itu hensem, abang yang naik kereta mewah itu juga nampak sangat seksey.. ehhh :')


minggu lepas, Astro On-The-Go (AOTG) telah berjaya dirasmikan. rasa nak menetes air mata syukur ni. tak sia-sia beli smart phone. lepas ni wajiblah daku subscribe Astro On-The-Go. wuuu T_T tengok. perasaan bercelaru, eksaited dan kemain tak sabar dah bercampur baur.

a'ah. sekali lagi. bawah pokok Mangga bersambil makan cekodok, layan Astro guna smartphone, laptop atau tablet. boleh boleh.


yang paling buat yuyu rasa macam nak terjojol bijik mata, AOTG menawarkan 11 TV Channels, VOD, Catch Up TV, Live Event Offering. perhatian, perhatian!! lepas ni nak  tengok EURO 2012 secara live sambil lepak tepi pantai dengan rakan taulan pon boleh tau.




kepada pengguna iPad, bermula 30May sampai 31Ogos, silalah jangan segan silu untuk download Astro tau tau tau. lepas tu kongsi la pengalaman korang dengan AOTG tu kepada kitorang yang takde iPad ni. kitorang yang 1September baru boleh layan AOTG. foine. 



macam macam kan Astro ni, semuanya nak buat kita rasa tersimpul malu happy. ishh.. Astro ni. malu tau :')

lepas ni, rasa lega sikit, kalau sibuk dengan event ke, photoshoot ke, atau sibuk dengan kelas, demi mendapat happy-happy dengan kadar sungguh segera, boleh la yuyu seluk handbag, amik tablet atau smartphone yuyu, kendian, senyum-senyum layan AOTG. 

dah tak boleh la cakap, hidup ni boring dah kan kan kannn. lagi lagi ada K-Pop. ehh.

pssstt... sekarang ni Astro On-The-Go App dan ada free application je untuk pengguna iPhone. kena pulak dengan time  UEFA EURO 2012. boleh la tengok 31perlawan semua di iPhone sekarang. foine foine! nak tukar pakai iPhone juga la!

terima kasih sudi baca :)

June 7, 2012

Super Duper Meriah ♥

63 comments
Assalamualaikum

yuyu ni spesis semangat kesukanan. dari kecik, sukan dan yuyu tak dapat dipisahkan. antara sukan yang yuyu monopoli suatu ketika dahulu yakni seperti Congkak, Tengteng dan Lastik Burung. oh. eksaited kemain bab-bab ni. sampai la bila besar, jasmani tak mengizinkan. maka, terpaksalah hanya jadi peng-support semangat kesukanan.

saya juga adalah athlete sukan berbelog paling kacak abad ini. terima kasih.

bukti jelas menunjukkan semangat kesukanan yuyu, baru baru ini, yuyu telah kemain eksaited memeriahkan S.O.X Grand Finale, Time To Boom. tolong la tolong la tolong la. rasa macam tak boleh nak taip ni, nak Drum Dance Hoop je ni. 

siyes cakap (siap buat muka ketat, hentuk tangan kat dinding patblas kali), mula-mula rasa segan sangat bila Nuffnang invite untuk ke sana. ye la. S.O.X kan. yuyu ni dah spesis U.O.X tak lama lagi dah kena X.Pax dah. tawakkal je la pergi demi mensedut keseronokan hidup.

namun akhirnya, tanggapan awal yuyu tuntas meleset. sampai saja di MABA Stadium, nafsu serakah nak teruskan menikmati keseronokan di sana telah membuak buak. umpama bubur kacang hijau emak membuak pantas lalu tumpah ke lantai lalu yuyu kena marah dengan emak lalu satu hari yuyu mogok makan T_T

Hoop! inilah kali pertama yuyu menyaksikan perlawanan BasketBall. tahukah anda, mereka mem-bounch bola sambil rilek rilek menketedarah cekodok pun boleh. teruja yuyu tengok. ada yang ganas ganas, ada yang chilek cok kok lu. SMK Durian Tunggal adalah terhebakk masa ni. 

Drum. inilah acara paling meriah. tak tak. acara paling super amat meriah kemain. Drumline. macam macam kreativiti dorang gunakan untuk nampak paling ohsem. lagi ohsem dari Yuyu Zulaikha. Choong Hwa menang dalam acara ni. foine. memang kena akur, doranglah yang mempunyai idea paling romantik dalam drumline. siap bagi roses untuk pihak lawan. 

Dance. perlawanan antara Cheerleader. Vulcanz All-Girl adalah team yang menang. memang memang. team ni lah paling nampak kreatif, lagu best dan nampak sangat bersemangat. nasiblah yuyu membajet comel di sana, kalau tak, yuyu turut menari nari tau. fuh. nasib.

Spot me! walaupun blogger lain semua di seat VVIP dan sepatutnya yuyu pun di sana, namun atas desakan nak rasa super meriah, maka, yuyu pun merempat la di celah-celah Highschoolian


Yuyu Zulaikha adalah pensokong semangat kesukanan. Majulah sukan untuk negara. hojeah.

walaupun sepatutnya event start pukul 9am dan settle semua dalam 6pm, tapi akhirnya 9pm baru selesai semuanya, namun dahku hepi tak ketahuan hala. memang rasa tak rugi la support semua ni, sambil layan Mizz Nina dan Altimet membuat persembahan.

paling syok bila tengok semangat dorang yakni spesis adik-adik yuyu. muda muda tapi berbakat. yuyu yang kurang muda ni pun tak mampu nak berbakat sangat macam dorang. nahhh nahh. ahkak Yuyu bagi adik-adik flying kiss dari Langkawi. ikhlas ni. mmuah.

bagus la Celcom ni, disamping memberikan perkhidmatan telco murah dan best, tapi dorang tak lupa juga untuk berikan hepi hepi untuk pengguna dorang. macam bagi cekedis secara percuma, wajiblah orang suka. kan kan. barang percuma. hikhik.

sebelum tu, meh meh support dorang. vote mana mana team yang hebakk di SINI 

terima kasih sudi baca. :')

June 4, 2012

Haa Very Good Aaa, Mini.

78 comments
Assalamualaikum

Niat di hati dahku, ingin mencari seketol handphone. henpon bajet dan kecik kecik cili padi. tapi bukan lah yang membajet cool macam dahku. dahku juga berkira kira, walaupun ia kecil, namun ia yakni bakal henset dahku, haruslah memenuhi segala kecanggihan terkini untuk sebuah talipon tanpa wayar.

dengan berbekalkan diri yang buta bab-bab gadjet ni, terpaksalah rela yuyu mintak suggestion kat rakan taulan mengenai bakal henpon yuyu tu. macam-macam jenis henpon yang dorang suggest-kan. siap ada yang cakap, "nak murah, tapi canggih, buat henpon sendiri la"

foine. berkat kesabaran dahku tanggung, ececeh, tetiba emo tak ketahuan hala, ada la sorang kawan yuyu share satu video ini . ni ni.

Haaa Very Good Aaa Mini II. hakhak. henpon kecik, tapi 3.27” HVGA touch-screen display. 

siyes kemain kecik Samsung Galaxy Mini II ni. tskk. rasa macam sinar bakal henpon kini sudah menjelma. kira orait apa. selain bajet yuyu cuma dalam RM600, Googled semalam, kamera phone ni 3mp, built-in storage of 2.7GB walhal phone canggih yuyu sekarang pun internal storage baru 1GB. tskk. terharu. T_T


 
Yuyu Zulaikha + Kupukupukecik + Galaxy Mini II = cute. oh. sesuai sesuai. :')

hikhik. tengok. di samping mencari henpon bajet, yuyu juga tidak terlepas membajet cute.

dengan ini, Samsung Galaxy Mini II adalah pilihan muktamad yuyu, disebabkan musababkan bukan saja sebab dia murah (RM599 tak salah yuyu), tapi sebab kecik dan canggih. mari bersiap-siap mekap ke kelas, sumbat Mini II dalam pencil case, sampai kelas, buat muka penuh innocent, lalu ambik Mini II tadi, lalu sekali lagi, layan Facebook, dan Tweet Aaron Aziz sepam dua.

harap harap, sesape yang teringin juga nak cari phone comel kemain dan murah dan canggih dan guna Android 2.3(Gingerbread) dan ada GoogleTM Mobile Services seumpama Android, dan se-slim mak jemah 11.85mm, dan beberapa banyak dah lagi, sila lah jangan segan silu jadi geng yuyu untuk pilih Samsung Galaxy Mini II.

tak nak kedekut beli sorang sorang. tak nak. tak nak. tak sekeji tu. T_T

okay gak, habuan sembunyi sembunyi main henpon dalam kelas. 

terima kasih kepada semua rakan taulan yang suggest pelbagai jenis phone untuk yuyu, tapi, paling banyak terima kasih kepada yang suggestkan yuyu Galaxy Mini II. kerana ia, yuyu tak sabar nak mendapatkan hiburan dari phone Mini tapi sungguh TITANICCCCCC. *siap tetiba kipas muncul menghala ke rambut* hikhik ^^

p/s : please korang buat teruja tahap Super Ring please!

terima kasih sudi baca :')
© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.