May 30, 2012

Supriseee ♥

102 comments
Assalamualaikum

kalau time birthday, kepala otak memang selalu keje nak mendajal orang. kiranya, bila dah sedar diri yang seminggu lagi dah meningkat umur, lebih baik jangan husnuzon sangat dengan spesis rakan taulan, mak bapak dan adik beradik. tak payah. tak payah.

yuyu dengan suprise ni dah kamcheng. lali dengan "suprise"

tak beragak yuyu punya birthday tahun ni. nak seperais seperais bagai tau. a'ah. dah seminggu dah yuyu berhutang entry pasal mende suprise ni. yuyu memang. konon-konon nak buat entry esok, tapi dengan berbekalkan malas yang super bebal, terpaksa lah main postpone postpone. heh.

Alhamdulillah. ada juga yang sudi ingat birthday yuyu. ada yang sudi buat yuyu senyum telinga ke telinga. tak semena mena yuyu rasa yang yuyu telah sedut segala kegembiraan yang ada kat dunia ni hari tu. 

cuma tahun ni berbeza sikit dari tahun lepas, selalu dapat suprise bajet habis cool bila tepek telur dan balikng tepung kat muka, tapi tahun ni, yuyu dapat suprise yang comel comel. secomel comel Abang Aaron Aziz. hikhik. tetiba rasa malu. :')

1) BFF
Iena Mansor, Ida Mansor dan Ieqah Wna. plan nak berpeleseran kat KLCC nak layan sirap limau lima posen. awal awal lagi terpaksa yuyu tunggu dengan penuh iman di dada. lewat dorang sampai. dah sampai  main request kat yuyu jalan jalan kat sebuah taman depan Suria KLCC pulak. dah macam request kat mamak Char Koew Teow udang lebih la.

heran juga. yuyu suruh dorang masuk KLCC, boleh window shopping. tu la saja yang mampu. tapi Ida ajak juga keluar taman. kata Ida, Iena nak jumpa di taman. dorang malas masuk KLCC, banyak barang mekap. dalam kepala otak yuyu, dah tahu tak nak masuk KLCC, lagi bagus ajak lepak tepi Tol Sungai Besi saja. macam takde beza.

dah sampai Tol Sungai Besi taman KLCC, di sebuah pondok,  nampak Pavlova, lilin juga dua ketul manusia perempuan (Iena dan Ieqah) dah kemain kegelabah. foine. foine. 17May baru kot. birthday yuyu 22May. patut la. patut la....

patut la masing masing lambat, bawa kek dengan jalan penuh sopan santun. patut la masing masing tolak tawaran berpeleseran sekitar KLCC. patut la.

Iena, Ida, Iyu, dan Ieqah. oh. dan Iavlova iiiisedap. ierima iasih.:')

Pavlova kotttt. selalu buat sendiri, tapi jadi macam harem. hari tu makan sampai jojol pusat. I love you BFF. tau je apa perut chomel yuyu suka. happy tau tau tau.

saja tepek gambar ni, patblasratuslapanribu kali dah tengok. macam cantik pulak yuyu di sini. hakhakhak. 


2) FAMILI
malam birthday yuyu, family yuyu tak menunjukkan apa apa tindakan yang boleh mendatangkan  curiga dan syak wasangka. seluruh seisi keluarga konon sibuk. touching kot. at least, bawa la makan nasik goreng kat mapley.

tapi malam tu juga, emak cakap nak rumah sedara. semua ikut, ikut je la. di Kuah, emak dropkan anak-anak beliau di playground. hello mak, gua Yuyu Zulaikha la. malam ni, tepatlah umur gua 23tahun. besar dah. ada ke patut bawa gua ke playground.

sampai di sana, sedang kami laqha dengan permainan di sana, emak buka kek cekelat di dalam, stroberi di luar ni. sedap macam nak nangis je. masing masing wish kat yuyu. SEPERAISS!!

masing masing bersepah makan. sorang di jongkangjongkek tali kecapi kenyang perut senang hati (akmal) , sorang makan di papan gelongsor (hani), sorang makan atas rumput bajet Kuch Kuch Hota Hai (emak), sorang makan atas buai dengan penuh sopan santun lagi kiut (yuyu).

-..-' foine. patutlah tadi emak bawa kete umpama kelajuan siputbabi. selalu mak drift & drag.



3) NUFFNANG & CHURPCHURP
Alhamdulillah. bagi yuyu, tahun ni hadiah paling besar yuyu dapat adalah "kepercayaan". tskk. kepercayaan diberikan oleh Nuffnang untuk jadi salah seorang Talent Nuffnang dan Alpha ChurpChurp. terharu kot. padahal sebelum ni selalu berangan. sekarang menjadi kenyataan. (pehh, ayat  tak boleh lagi bajet buku teks Kemahiran Hidup Bersepadu lah)

15May2012. seminggu sebelum birthday yuyu. mula mula meeting untuk Alpha ChurpChurp. tau dah. tetiba,  Shah Nuffnang nak jumpa yuyu. yang ni tak tahu. hari tu juga, tak semena mena tanpa rancang dengan penuh dramatisnya, beliau panggil untuk jadi Talent Nuffnang pulak.


sobbsobb.


Tuhan saja yang tahu, betapa bersemangatnya yuyu pada saat tersebut siap nyanyi lagu Harimau Malaya. terharu sangat.


tepat pada 22May2012...

dapat Birthday Card happening habis ni daripada ChurpChurp. dengan kadar super pantas, yuyu berlari lari ke dapur, sorok balik meja makan, nangis sorang sorang. terharu menetes hingus ke lantai. ChurpChurp. kenapa suka buat yuyu terharu ni?

selang dua hari pulak. yuyu dapat Birthday Card yang super comel ni daripada NUFFNANG. adoi. sekali lagi yuyu buat drama. yuyu berlari lari menuju ke tirai bilik emak, lalu lap selow selow air mata yang bergelimpangan hebakk di mata. Ya ALLAH. dahku hepi. T_T


***

apa lagi kan yang kita nak demand lebih selain orang yang kita sayang ingat pasal kita. at least pasal hari lahir. at least. tak ingat hutang pun takpe. janji bayar balik. tapi kalau tak ingat birthday, touching kot.

apa pun, terima kasih la buat perasaan yuyu berbaur gembira, terharu, kacau bilau, terkejut, ohsem, gojes, sopan santun, eksaited dan sebagainya. next time nak request, kalau nak buat seperais lagi, silalah jangan segan silu buat buat sorok ferrari belakang pintu. nanti yuyu boleh nangis kuat kuat. :')

p/s : jemput la baca Temuramah ChurpChurp bersama Yuyu tau tau tau. baca SINI.
terima kasih sudi baca ^^

May 22, 2012

Happy 23rd Birthday To Me

179 comments
Assalamualaikum

Birthday Girl

Alhamdulillah. sambil buat-buat sebak kat dada siap tepuk dinding tanda tak sikit pun percaya yang hari ni 22 May yakni 1 Rejab *rasa macam cukup alim  bila bagitau tarikh Islam ni :')*, cukuplah yuyu berusia 18 tahun. tipu. 23 tahun. a'ah. dah 23 tahun tau

dah cukup matang untuk jadi bini orang. maka, please, mak cik pak cik yang ada anak hensem persis Aaron Aziz, sila lah paksa anak-anak kalian minang yuyu cepat. yuyu sudi. hakhakhak. gelak tak berapa nak ikhlas sangat.

korang tahu tak, yuyu senyum telinga ke telinga sangat tahun ni. birthday kali ni, belungguk benda yang buat yuyu rasa macam nak terkinja berlari secara selow nangis belakang pintu sensorang. touching tau. suprise pun banyak. dari rakan taulan, mak bapak serta anak dorang, juga Nuffnang dan ChurpChurp.

Alhamdulillah sekali lagi.

bersempena dah 23 tahun, dah besar panjang, dah masuk umur "boleh kawen" ni, yuyu teringin sangat nak buat azam. konon konon rasa sangat bermotivasi la di hari lahir sendiri. konon. walhal realiti yang korang kena tahu, azam birthday tahun lepas teringin nak jadi punctual, tapi macam haram. jasmani dan rohani yuyu dah bekerjasama dengan sifat tak punctual ni. no good ha kids.

tapi, nak juga azam tahun kali ni. antaranya:
  1. nak train diri supaya pandai manage masa study, diri sendiri, belog, kerja, dan ibadah
  2. tak nak solat lewat waktu. tak nak dah solat subuh ikut waktu kat Korea T_T
  3. tak nak boros. kalau boros pun, buat buat tak sedar diri.
  4. nak lebih matang. kalau boleh, lepas ni tak nak gelak siap hentak kaki dah, nak gelak pun lepas ni nak kepit kepit kaki. macam wadefak kan. tapi nak try juga.
  5. nak berjaya dalam dunia belog. tak nak kecewakan pembaca belog yuyu, Nuffnang, Churp Churp dan family. (bhahaha, gelak siap producekan bau sambal petai. tak percaya diri sendiri taip semua ni)

harap harap yuyu lebih bermotivasi untuk jadi lebih berguna selepas ni. dah teruk macam takde guna pulak sekarang.

apa pun, yuyu nak ucapkan gerombolan terima kasih kepada yang tak putus putus wish birthday yuyu di wall yuyu, page dan twitter yuyu. yang sudi buat suprise party, nanti claim kiss ikhlas dengan lipstick merah makngah yuyu untuk korang. kepada yang bagi hadiah, yuyu doa, tahun depan, bagi la lagi. korang dah buat birthday yuyu rasa kenyang dengan rasa happy je. sumpah ada sikit auta.

lepas ni, tak sabar nak buat entry pasal Suprise Party dari BFF yuyu dan hadiah dari super ohsem ChurpChurp & Nuffnang. tunggu tau tau tau.

p/s : terima kasih juga buat yang sudi doakan yang terbaik untuk yuyu. maka, terimalah lagu Aziz Satar Beby Jangan Nakal Nakal, buat korang dari Yuyu Ohsem. 

terima kasih sudi baca. :')

May 21, 2012

Result Exam vs. Blog

154 comments
Assalamualaikum

Manusia-manusia sekampus yuyu dah siap lali muntah sambal petai tengok result exam dorang, yuyu  pulak baru semalam mensiputbabikan diri check result. rasa seram sejuk, seram tak berapa nak sejuk dan seram buat buat sejuk bila nak check mendealah semua ni. result exam kot. tak boleh buat gurau.

masa semester satu sampai semester tiga, orait lagi. jadi pelajar sepenuh masa. yuyu pun tak sibuk dengan belog. kalau berbelog pun masa tu, "Pembaca Setia" belog yuyu jatuh kepada Yuyu Zulaikha. beliau la menaip, beliau jugak lah yang membaca dengan penuh eksaited di dada. a'ah. tak tipu.

tapi start semester empat yuyu.... tiba tiba...

*tak payah nak tiba tiba sangat la kan* -.-'



yuyu makin sibuk dengan berbelog dan dengan mendealah lain. pagi-pagi lagi sebelum berambus ke kelas, wajiblah yuyu check email dan belog. orang lain tengah malam lepak layan Running Man dengan rakan taulan, yuyu pulak kena layan buku. kalau tak, bila nak study? bila nak berbelog? bila nak buat keje lain? bila? 

mula dengan semester empat juga yuyu banyak sibuk dengan invitation sana sini,dengan photoshoot, sibuk juga dengan meeting yang kadang kadang sampai tengah malam. mana lagi yuyu amik 21credit hours. 21 tau. 21. 

bila dah nak exam, sampai sumpah seranah jiwa raga yuyu. jadah la. apehal la yang aku sibuk sangat. natang ape yang nak jawab exam nanti. masa tu juga la nak ingat macam macam jenis nasihat juga pedoman :
Dekan Fakulti : "saya harap, awak bukan saja berjaya dengan belog awak, tapi awak berjaya dalam pelajaran. seimbangkan. ingat, pelajaran lagi penting. saya support usaha awak."
Lecturer : "saya doa, satu hari nanti awak akan jadi 'great lady' "
Lecturer : "saya harap awak berjaya dalam berbelog dan dekan dalam setiap sem"


foine. terharu tau siap main lap lap air mata guna tuala hijau kuning emak lagi tau. tskk

semalam, takut takut yuyu check result. rasa macam semester empat, mesti yuyu takkan dapat "dean list" dah. yuyu dah lama sedar diri yang yuyu agak meng-anaktiri-kan pelajaran. yuyu selalu buat lepas kelas terus rempit buat keje lain. tak study balik. yuyu tahu. *sila buat buat nada emo tak ketahuan hala*

tapi Alhamdulillah


walaupun Investment saja dapat C, yuyu bersyukur sangat lagi. walhal, subjek tu lah yuyu ingatkan yuyu kena repeat balik. punyalah bangang yuyu dengan mende subjek kena hafal formula ni. sumpah tak cool langsung kot hafal formula. pening.

Dean List jugak lagi walaupun tak dapat 4.0 flat. syukur sangat

Alhamdulillah sekali lagi. walaupun sibuk, ALLAH tetap bagi rezeki supaya yuyu melipatgandakan syukur. June ni, yuyu start dengan semester lima pulak. kalau ikut jadual, awal semester lagi ada meeting dan events yang yuyu kena join. 

lepas ni, yuyu kena pandai bahagikan masa juga. masa kerja, masa study, masa diri sendiri, masa beribadah. InsyaALLAH. semua ni bagi yuyu, rezeki.

p/s : a'ah. sibuk layan PAGE juga. hikhik.

terima kasih sudi baca :')

May 20, 2012

Teringat Cikgu-Cikgu

43 comments
Assalamualaikum

bangun pagi-pagi ni, teringat pulak kat cikgu masa dari tadika sampai la SPM. cikgu tu. waktu sekolah rendah, punya la rasa dorang ni penyebab nightmare. asal ingat cikgu mesti ingat rotan. asal ingat cikgu, mesti ingat kerja sekolah. cikgu ni..... suka tau bagi ittew kije cekulah manyak-manyak. 

tapi tu masa tak matang la. tak tahu peranan pelajar ke sekolah adalah untuk menimba ilmu pengetahuan sebanyak sebanyak timba yang mungkin. bukanlah ke sekolah untuk bermalas-malasan sebanyak malas mungkin. heh. 

padahal, kalau takde cikgu, agak-agak apa saja lah hala tuju kita kan. ilmu kita tak reti, basic untuk dapatkan ilmu pun kita tak tahu. korang nak baca entry yuyu pun tak reti. tskk.


maka, entry kali ini, lepas layan video kolaborasi INTI International University & College dan Jinnyboy, yuyu rasa amatlah terpanggil untuk membuat sedikit entry penghargaan berbaur perasaan amat terharu sebab selama ni cikgu lah yang banyak berjasa mendidik kami semua jadi sebagai manusia. sobbsobb.

kalau ada cikgu Sejarah macam dalam video tu, siyes siap buat muka ketat, yuyu takkan tidur dalam kelas. akibat banyak tidur masa subjek sejarah la buat yuyu dapat B SPM dulu. -.-'

dah dah.

apapun, terima kasih kepada semua cikgu yang pernah ajar yuyu dulu. jasa cikgu sebagai mak bapak kita yang kedua, akan kita sedar bila kita berjaya menjadi manusia. dari ilmu ABC 123 yang kita belajar, sampai la sekarang belajar pulak pasal ilmu kehidupan, hasil didikan cikgu dulu-dulu.

terima kasih cikgu dan SELAMAT HARI GURU 2012 !

terima kasih sudi baca :')

May 18, 2012

Super Meriah

92 comments
Assalamualaikum

Hari tu kan, hari tu kan, yuyu ada event dengan Celcom S.O.X Drums, Dance, & Hoops di PWTC. penat tau. hmm. habis lenguh-lenguh rahang yuyu akibat senyum telinga ke telinga dari awal sampai habis kejadian. 

yuyu la yang Dance & Hoops tu. tipu. :')

tak la, hari tu cuma majlis pelancaran dia saja. walaupun sekejap saja pelancaran New S.O.X 2012 ni, tapi kan, rentetan daripada pelancaran nya tu lah yang best.

pelancaran ini bersempena battle untuk drum lines, cheer dance dan basketball. team yang terhebakk akan berentap untuk Pusingan Akhir  3 June nanti di Bukit Kiara Equestrian.

hadiah lebih RM100,000 tahu. hmm. rugi yuyu join.

walauapun terpaksa terpenyek ditengah tengah longgokan manusia di PWTC, tapi akhirnya, kami di raikan dengan pelancaran yang super-meriah. dengan cheer leader nye, dengan musik sana sini, dengan orang lompat lompat main basketball nya. hilang penat terus.

meriah tak meriah hari tu, cuba korang tengok video ni, antara pelancaran di Kuching dan Melaka, sebab pelancaran ni ada banyak tempat. 26hb ni pulak di Penang. nak join jugak la.

    


agak agak selepas 15 minit pelancaran, kami semua yakni blogger-blogger dari pihak Nuffnang terus di jemput untuk makan makan. terus perut comel yuyu senyum, tahu. dalam event event Nuffnang yuyu join, tak pernah lagi dapat event yang makanan tak sedap.
penuh mulut kalau boleh sumbat dessert. gendang gendung tali kecapi, kenyang perut, memang senang la hati yuyu ni. tak semena mena yuyu sendawa bau cheese cake tau. 

dah masing masing hampir terjojol perut, hati pun riang dengan kenyang, kami terus untuk seisi interview untuk liputan media. selain pelancaran S.O.X 2012 Dance, Drums & Hoops, pihak Celcom sikit sebanyak cerita pasal plan S.O.X terbaru. fine. nak nangis dengar. tsskk.

lepas ni adik adik kita umur 17tahun kebawah boleh pilih samaada nak SMS free, atau call free atau free voice call atau free MMS. fine Celcom. fine Celcom. macam mana kami yang U.O.X ni? macam mana dengan nasib kami? kami nak juga jadi muda la kalau macam tu!

 nasiblah memang plan Celcom semuanya terbaik. fuhh. tarik balik jeles. 

ini semua sebab musabab, Celcom nak sangat galakkan saingan positif di kalangan pelajar sekolah. selain cemerlang dalam akademik, cemerlang juga untuk aktiviti luar. takde la pelajar sekolah stress belajar saja,  plan Telco yang terbaik disediakan untuk dorang, ada pula aktiviti yang dapat menaikan semangat.

tengok tengok. blogger-blogger dengan S.O.X. ada Josheen yang kemain comel, ada Jane yang super cantik, dan sebagainya. hehehe. tak sempat nak tanya nama. 

walaupun pelancaran ni kejap je, tapi best la. teruja pulak dengar plan baru dari Celcom. rasa macam nak jadi muda pulak. hmm. rasa macam nak buat tak sedar diri yang dah nak masuk 23 tahun. -.-'

untuk info lanjut, boleh terus ke www.xpax.com.my tau tau tau.

terima kasih sudi baca. :')

May 11, 2012

Kisah Cinta Sang Isteri ♥

91 comments
Assalamualaikum

sweet kan kan kan kan. :')

Yuyu harap korang tak mengalami rabun yang tahap mencabari keimanan nak membaca. sedangkan lidah lagi tergigit, takkan la tak boleh nak baca font kecik-kecik tu. huh. main bedal je taip perumpamaan ni. kalau tahu dek A. Samad Said, mahu dia cocok mata yuyu dengan pen Stabilo. merosakkan bahasa.

kisah cinta Enggang ni yuyu bedal masa Island Hopping baru baru ni di Pulau Tasik Dayang Bunting. kemain Langkawi kan. tak semena mena yuyu yang baca ni, rasa buntu, boleh ke yuyu jadi se-setia Isteri Enggang tersebut. -.-'

nasiblah gua layan Metalcore juga, hati gua kering,  kalau tidak, pastilah dengan kadar sungguh segera gua akan sebak di hadapan papan tanda tersebut. demm. 

sedangkan burung makhluk tak berakal dapat setia dengan Sang Suami, manakala Sang Suami pula reti  bertanggungjawab cari nafkah untuk anak-anak dan Isteri, ini kan manusia. walhal apa yang kita tengok dengan rumah tangga sekarang......

pantang suami baik sikit, mula lah curik-curik jumpa laki lain, mesej suami orang, suami larang, isteri lagi buat, piat telinga baru tahu. kalau isteri baik pulak, laki ambil kesempatan, nafkah beli lampin anak pun liat, apa lagi nak bagi nafkah beli Tom Yam kat kedai Mak Biah hujung kampung tu. jadah la spesis ni.

yuyu harap, bila yuyu kawen nanti, yuyu dapatlah jadi seorang isteri yang bukan saja setia dengan suami, tapi taat pada suami dan yuyu nak sangat dapat suami yang bertanggungjawab memegang amanahnya sebagai seorang hamba ALLAH, sebagai umat Nabi Muhammad, sebagai khalifah dan sebagai bapa kepada anak-anak yuyu. Amin Ya Rabbal Aalamin.

walaupun ALLAH anugerahkan kepada hamba hamba nya jodoh sebagai penenang hati, tapi biasalah manusia kan serba tak perfect, mesti nak cipta onar dan rintangan dalam rumahtangga. lepas tu bergaduh. kalau bergaduh ni best, orait juga, tapi dan macam Nasi Kerabu takde lauk. boleh bawak maki tu. 

ujian sebenarnya.

dari cerita ni, walaupun papan tanda tu tak bagitau pun yang Enggang jantan dan betina tadi kawen lari ke, kawen sah kat pejabat agama Kampung Talam Dua Muka ke, atau sekadar couple, tapi sebab husnozon  (bersangka baik) punya pasal, yuyu anggap dorang dah kawen la. siap ada anak lagi.

manusia yang couple tak payah nak nak amik pengajaran buat pedoman dalam couple pulak. pakwe tak balik rumah, kebulor mati kejong sorang sorang dalam bilik. yang laki cari duit sepatutnya bantu adik tujuh ketol kat rumah, tapi habiskan bagi kat makwe. terlebih bertanggungjawab la pulak. -.-'

 tapi kan, yuyu ingat kata Ustaz Azhar Idrus hari tu :
Isteri yang derhaka kepada suami, akan dilaknat oleh Allah, ibadatnya didunia tidak diterima oleh Allah, dan disumpah oleh bidadari syurga.

nauzubillah. kalau makwe derhaka kat pakwe, takpe. 

p/s : tengok. gua memang susah bab jiwang ni, sekali gua ter jiwang, macam ni la jadi nya, padahal hati gua kemain kental.

terima kasih sudi baca :')

May 9, 2012

Rasa Macam.........

136 comments
Assalamualaikum

        

Orang boleh cakap perangai yuyu macam budak-budak, macam tak matang, macam dah tak sesuai perangai dengan umur 23tahun, macam mengada-ngada, macam gedik tapi ohsem lagi sopan santun, lagi menghormati orang tua, eh.

tapi, yang "macam" tu la buat yuyu happy jadi diri sendiri. rasa selesa dan yuyu tahu diri yuyu pun selesa. buat apa selesa kan diri orang lain, padahal tu bukan diri kita sendiri. trust me, bila jadi diri sendiri, selain kita rasa ohsem berada dalam jasad sendiri, orang akan rasa seronok untuk jadi kita.

kalau matang sangat, cakap tak cool. kalau dah riang ria, cakap macam budak. itulah manusia. padahal, dalam diri sapa yang tahu. sedangkan Pak Cik Murad laki Melah Che Mat tak tahu watak sebenar kita, apakan lagi kita semua.

23 tahun baru. rilek la. nak rempit pun boleh lagi. rasa malas pulak nak me-laqho-kan diri jadi diri orang lain. bapak la tak best. esok lusa, biarlah perangai bertolak ansur dengan usia. pandai pandai la perangai yuyu bawa diri.

p/s : fine. entry paling kemetot penulisan abad ini. tolong la. tengah malam buta kot

terima kasih sudi baca :')

May 3, 2012

Indah Terpesona | Entry Bergambar

112 comments
Assalamualaikum

Pada hari pekerja lepas, sepatutnya entry ini dah settle di-publish. Tapi disebabkan kepala otak bangang sedikit, idea huru hara, gambar berterabur tak reti mana satu patut di tepek di belog, maka, terpaksa postpone sampai hari ni. Itu pun main bedal je rembat gambar yang nampak agak orait. 

Nasiblah main bedal, kalau yuyu main lottery, tak ke korang maki yuyu bertalu-talu.

Macam ni la, dua hari lepas, yuyu ikut Pak Lang (bapak sedara) dan rakan taulan beliau untuk Island Hopping. walaupun dah hampir 23tahun yuyu di Langkawi, tapi inilah kali ke-dua yuyu pusing pulau, selepas yang terakhir yakni pada zaman Neolitik dahulu. auta.

Tempat kejadian yang turut serta adalah Pulau Beras Basah, Pulau Entah Tak Tahu Apa Nama, dan Pulau Tasik Dayang Bunting. 

1) Perjalanan Kami
Kami sepatutnya bertolak pada 10pagi. tapi disebabkan janji Melayu, 10 telah menjadi 10.15pagi. kalau Janji Diana, nak jugak la 10.30pagi. nasib baik. fuhh. kami telah menaiki Bot. jangan harap la nak naik Kapal Titanic bajet main ludah ludah dengan Leornado DeCaprio. ni bot stock angkut ikan saja, tahu.

Tapi yang bestnya sepanjang perjalanan, SubhanaALLAH, rasa kagum dengan ciptaan ALLAH. tak semena mena rasa nak bakar je majalah Mempelam kat rumah. insap. sana sini di Langkawi sangat indah. langit biru, nampak ikan merempit menuju ke destinasi, nampak macam macam jenis pulau. tskk.

2) Pulau Beras Basah
agak lapan minit perjalanan dari jetty, kami sampai destinasi pertama kami. Pulau Beras Basah. tertanya tanya juga yuyu mana dapat nama tersebut. kenapa bukan Pulau Murtabak Basah atau Pulau Chipsmore Kering. kenapa beras? 

walaupun nama pulau ni kemain huduh, sampai saja di sana, SubhanaALLAH lagi sekali. jelas jelas nampak ikan Nemo lepak gossip di tepi tiang jetty pulau tersebut. lautnya line clear. kalau nak main aci sembunyi, jangan lah mimpi nak sembunyi dalam laut ini.

pantainya bersih sangat. pasir putih, banyak pokok, dan banyak aktiviti yang disediakan seperti snorkeling, para-diving dan banana boat. di sana, kawan kawan Pak Lang yuyu mandi dengan gigihnya. sementara yuyu, sibuk mencekik segala bekalan hari tua yang dorang bawa. brupp. Alhamdulillah.


3) Eagle Feeding
selepas 45minit di Pulau Beras Basah tadi, kami telah dibawa oleh driver bot tersebut ke Pulau Entah Jadah Nama Apa. tapi disekitar pulau tersebut, belungguk Helang ke sana ke mari. ada yang terbang gaya kuak lentang, tak lupa juga ada juga terbang gaya bebas.

A'ah. helang yang selalu cikgu Sains bagitau yang ianya adalah haiwan pemangsa dalam rantai makanan. tikus dan ular yang bajet hebakk lah selalu menjadi mangsa haiwan ini. dah dah. 

Terpesona tenguk Helang tu berhimpun satu tempat saja terbang. konon-konon nak kitorang nganga kehairanan. sejurus PakCik Bot baling roti dengan harapan Helang tadi akan sambar, namun tuntas, helang tadi buat dekkk je. Tuihh. Roti. Kalau Nasi Goreng Paprik ayam lebih, layan la juga. detak hati Sang Helang.


4) Pulau Tasik Dayang Bunting
dan inilah destinasi terakhir kami. kalau korang perasan, pulau tersebut, ada bentuk perempuan bunting sedang berbaring, siap ada bentuk tangan diletakkan atas perut bunting, dada beliau serta kaki beliau. kononnya perempuan itulah bernama Dayang, dan di situlah beliau meninggal. katanya lah.

air tasik Pulau Tasik Dayang Bunting juga, banyak yang perempuan susah hamil datang sini untuk minum airnya. kononnya, ramai dah yang minum, tak selang beberapa bulan, mengandunglah. tapi semua tu ALLAH punya kerja. jangan taksub sangat.

permandangan di Pulau Tasik Dayang Bunting sumpah lawa. SubhanaALLAH. sekeliling pulau tu ada laut, tapi tengah tengah dia, adalah tasik. woaa. unik kan.

pulau ni memang terbaik. best nak mampus. kalau pulau lain boleh mandi laut, sini boleh mandi di tasik, ada juga Solar Paddle Boat. ada Fish-Spa. tak main la fish spa guna ikan bilis. ape barang. sini guna ikan keli tembun tembun tau. huh! jangan main main sama Langkawi. tempat kelahiran wa.

tapi sebelum merasa nikmat kat pulau ni, rasa la dulu onar dan rintangan yang mengada ngada menhalang. dengan monyet cap haramjadah curik makanan kitorang lagi, dengan nak kena panjat beratus anak tangga. fuhh. nasiblah iman ni tebal di dada. -.-'

5) JeLo Zulaikha
hak.hak.hak. nak juga yuyu tepek muka yuyu. muka selenge, dengan baju main rembat dalam almari, bukan penghalang yuyu nak tepek muka sendiri di sini. dah nak ke tempat seumpama ni, jangan la berangan nak pakai macam Pasha Sandra sangat. yang penting bawa hati, untuk menikmati Indahnya Ciptaan Maha Agung ini.

SubhanaALLAH. walaupun sampai keras betis yuyu akibat lactic acis merembes dengan banyak-nya hasil daripada kurang beriadah, tetiba pusing pulau, namun yuyu seronok sangat. dapat tengok keindahan pulau ciptaan ALLAH buat kita humble sangat. setakat lukis pulau jadi donut, apakan lagi nak buat pulau macam ALLAH buat.

Kreatif sangat ALLAH.

itu baru tiga pulau yang yuyu lepak, walhal, Langkawi ada 99 buah pulau yang bersepah disekitar-nya. kalau korang pasang niat nak ke Pulau Payar, korang nangis nangis tak nak ke Hawaii, korang rela bertapa kat Pulau Payar. siyes ohsem di sana. Googled try.

p/s : kalau nak rasa trip macam yuyu, best kalau ramai. murah sikit. 

Terima kasih sudi baca :'

May 1, 2012

Picnic Tea Party Bersama Zalora dan Fashion Bloggers ♥

123 comments
Assalamualaikum

Rata-rata manusia di mukabumi ni mesti dah tahu tentang kewujudan ZALORA. fashion blogger itu ini cerita pasal Zalora. tok ketua kampung yuyu pun kalau tanya pasal Zalora, pasti beliau akan bagitau yang beliau pernah shopping secara pukal di website tersebut. sesekali beliau akan cerita pasal Zaleha juga. ex-gf beliau semasa di tingkatan satu. cantik orang nya. 

termasuk yuyu. yuyu pun tak nak ketinggalan untuk ambil tahu. ohsem. satu website dah jadi hub untuk jenama luar dan dalam negara. Hanis Zalikha, Hanie, kak Maqhia Elena, kak Shea Rasol, pernah cerita semua ni. kali ni yuyu. yuyu pun tak nak ketinggalan untuk cerita. ehh. macam ayat awal perenggan ini lah.

dan...

baru-baru ni, yuyu dapat invitation untuk Picnic Tea Party bersama Zalora and Friends. sebak dada tahu tak. tak semena-mena yuyu blogger entah pape tapi kiut lagi ohsem ini dijemput. perasaan bercelaru, sebak, eksaited kemain, terharu dan bingung berbaur. ha. kira macam tu sekali la dramatis nya yuyu masa tu.

untuk pengetahuan, semua dikalangan dorang adalah model dan fashion blogger, manakala yuyu ada blogger yang tersasar dari kategori tersebut. sekian. lalu talipon orang kuat Zalora (kak Miriam), blogger mana yang join sekali. oh. ahh. ahhh. ha. oh. "okay okaylah tu, Kak Shea, Kak Maria, dan Kak Ami ada, fuhh selamat saya".  at least, dapat la lepak dengan yang yuyu kenal. 

tapi sampai sampai di sana, yuyu jadi kekok sangat. wuu. T_T rasa tak okay sangat diri dahku ini.. mungkin festaim kot. yuyu tak pernh jumpa semua lagi kecuali kak Shea saja. tu pun sekali untuk pengambaran Al-Hijrah. esok lusa kalau jumpa lagi, okay la tu.

sampai sampai, terus talipon kak Shea. mencari hala tuju kehidupan. eh. cari arah tempat kejadian Picnic.

   
festaim jumpa kak Maqhia. malu malu. padahal rasa nak kiss kiss. ohsem kak maria ni. sebanyak banyak keria kat dunia ni, banyak lagi mulut dia. hakhakhak. 

tengok tu perangaiiiiiiiiiii.... haish. Kak Ami, Yuyu Zulaikha (motif), dan kak Maria.

dah la dapat jumpa banyak fashion blogger yang siyes gojes, lepas tu dapat melantak. kami semua dihidangkan dengan makhluk makhluk comel, sedap tapi tak manis sangat sangat. maka kami makan hingga terjojol pusat. jenuh tekan tekan pusat balik. -.-' Zalora niiii. 

 
korang tengok je la. yuyu dah hadam dah semua ni. brupp. Alhamdulillah. Macaron Manggo, Rainbow Cake, Chicken & Cheese Sandwich, Colorful Cupcake. Zalora ni. pandai amik hati perut kitorang tau. hmm. terharu. nak nangish la ittew! wuu T_T

sudah sudah la. -..-'

hari tu juga, ada individual & group photoshoot. best. best. best. ada mini makeover, datang dengan muka selenge, balik dengan muka Mariah Kari. dapat try dan photoshoot dengan mana mana baju sesukahati opah kita la. pilih je. siap crew Zalora tolong pilih tau.

banyak la fashion blogger di sini yang yuyu mula kenal. Samatha, Kay, Charis, Vivien, Johanna, Hanie,  dan belungguk la lagi. lepas ni nak kenal kenal lagi. nak merapatkan silaturrahim kata orang Paris. tak sia sia join.

 
ColorBlock !

cececeeyy. ni malu ni. dah la yuyu memang pemalu orang nya. eh :')

sumpah best. terbaik. cemerlang. gemilang. terbilang. karipap. donut. petai. memang best la kali ni. harap harap Zalora tak segan silu nak invite yuyu lagi. walaupun hari tu kekok sikit. biasalah pemalu memang macam tu. tau tau tau Zalora. jangan segan invite yuyu lagi tau. yuyu tak geget orang.

nah! yuyu bagi lep lep lep sikit untuk ZALORA Picnic Tea Party  hari tu. nak ni. ♥ ♥ ♥

p/s: korang suka tak kalau dapat join macam ni?

Terima kasih sudi baca :')
© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.