December 30, 2011

Takkan Menyesal Untuk Semua Ini ♥

64 comments
Assalamualaikum
dewasa ini, lambakan tablets di pasaran. dan dewasa ini, yuyu sendiri heran kenapa yuyu harus guna ayat buku teks padahal nak buat entry saja. -.-'. okay. berbalik kepada entry super serius. sila tegangkan urat tensi tuan tuan dan puan puan sekalian.

ya. ulang semula. dewasa ini, lambakan tablet (bukan tablet sehari telan tiga bijik demi dapat badan langsing) yang boleh kita pilih di pasaran. macam mana kita harus buat pilihan tepat agar tak rasa menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tiada guna?

kriteria penting semasa nak beli tablet ni, harus di titikberatkan saiz kecik atau besar, ada atau tanpa wi-fi, nak itu atau nak ini. tapi, yang penting, wajiblah kita pilih tablet yang dapat update dengan e-mail kita, music, facebook dan banyak lagi hiburan yang perlu kita dapat.

tak kira di mana saja, atau pada bila masa sahaja. ya. itu yang perlu kita titikberatkan.

dan sekali ya kepada :

tablet yang paling ideal selama abad ini dengan saiz yang sangat sesuai. Samsung Galaxy Tab 8.9 ni juga dapat memuatkan pelbagai musik, fail, lambakan gambar, email dan pelbagai lagi.

tambahan dengan Samsung Galaxy Tab 8.9 ini adalah tablet paling ringan, paling nipis, dan paling laju. memang ini adalah yang tepat pilihan yang patut kita buat. tapi, ada yang akan lebih membuat pilihan kita tu lebih tepat.

apa apa?

Samsung Galaxy Tab + Celcom. ya. ini adalah yang paling ideal dan tepat. kerana dengan gandingan ini, kita akan dapat :
  • tablet paling ideal di alam semesta bersama jaringan paling luas dan paling laju di Malaysia ini. woaaa!
  • video streaming paling lancar dan pengalaman web paling hebat yang di sokong oleh rangkai terbaik di negara (Celcom). woaa lagi!
  • lebih jimat dengan tawaran hebat dan plan yang sempurna dengan apa yang kita inginkan! woaa lagi lagi!
woaa. boleh nganga kan baca? untuk sedikit informasi tentang Samsung Galaxy  Tab 8.9 ini :

  • Android 3.1 (Honeycomb)
  • 8.9” touch screen display
  • 1.5GHz dual-core processor
  • 2MP front camera, 3MP rear camera
  • lebih nipis (8.6mm)
  • lebih ringan (453g)
  • 16GB internal memory
  • Supports Wi-Fi and 3G

 maka, apa lagi? dapatkan   Samsung Galaxy Tab™ 8.9 baru dengan rangkain terbaik pada harga paling istimewa dari serendah RM1288 (RRP: RM1699):
gandingkan dengan Celom Broadband pilihan kita :


tapi mesti tertanya, kenapa Samsung Galaxy Tab 8.9 adalah lebih bagus dengan Celcom?
  • Celcom adalah telco provider yang paling bereputasi dalam Malaysia dengan menerima pelbagai anugerah the prestigious Frost & Sullivan’s Mobile Broadband Provider untuk selama 2 tahun.
  • Celcom adalah rangkai paling luas dan paling pantas di Malaysia.
  • Celcom Broadband juga menawarkan pengalaman video, web dan pelbagai lagi dengan rangkaian paling stable.
ya. ini sangat super benar. sebab itulah dah tiga tahun yuyu tak pernah curang dengan Celcom Broadband.

maka sekarang, Samsung Galaxy Tabs yang mana yang kita nak serbu ni? Celcom ada semua yang kita perlukan dalam kehidupan kita sekarang.

opss. tambahan lagi untuk Samsung Galaxy Tab 8.9 di atas, terdapat juga Samsung Galaxy Tab "7 dari serendah RM668, dan Samsung Galaxy Tab 10.1 dari serendah RM1468! woaaa!

layari www.celcom.com.my/smartphones  untuk lebih information tentan Samsung Galaxy Tab pilihan kita.

jomm!

December 21, 2011

Ini Soal Hati & Perasaan

83 comments
Assalamualaikum

tahukah anda yang harta benda kita sebenarnya mempunyai perasan dan naluri keibuan juga kebapaan. lagi lagi handphone yakni makhluk bernyawa bateri yang amat rapat dengan kehidupan seharian kita semua. pergi sana bawa handphone, pergi sini bawa  handphone, pergi sinun pun bawa handphone.

maka, disebabkan Sang Handphone amat sebati dengan diri kita, maka, beliau akan sentap tak ketahuan hala kalau memperkotakkatikkan beliau.

dan kesannya apabila kita mempermainkan perasaan henset kita, beliau dah tak nak berjasa mahupun bekerjasama lagi dengan kita. sebijik kes kalau bos herdik kita depan pekerja lain, mesti touching kan. kau ingat ko bos, aku tak leh sentap?

ooo. macam tu la.
p/s : lukisan hudoh tak bermaksud tuannya pun huduh

dah begitu juga kes yuyu sekarang. baru dua hari lepas , yuyu gurau manja manja dengan rakan taulan, konon konon nya, yuyu nak beli BlackBerry Bold 3. dah la masa tu cakap depan depan henset lama yuyu. maka, semalam, phone yuyu sentap.

screen putih berseri. jenuh yuyu tekan sana, tekan sini. sampai hilang kesabaran seorang wanita, rasa macam nak sepuk laju laju henset yuyu tu. tapi tuntas, tetap rosak. yuyu tahu. ni angkara yuyu yang tak mengamalkan peribahasa :

cakap siang pandang pandang, cakap malam dengar dengar

* oo. berguna juga peribahasa yuyu belajar masa Tingkatan 3 dulu kan. *

padahal dalam hati yuyu, yuyu tak nak tukar lagi henset yuyu. nak tukar bila dah Konvo. kononnya. dah kumpul duit Nuffnang. walaupun yuyu tahu henset yuyu henset Cap Baling Kambing Tak Mampus, tapi, wa guna duit wa sendiri kottt.

sekarang, yuyu tengah bersedih. bermuram durja. bergundah gulana. oleh kerana, henset adalah suku dari nyawa yuyu. aktiviti mesej dan talipon manusia terapat dalam hidup, terpaksa tergendala seketika waktu.

walaupun hati nak sangat BlackBerry, tapi niat di hati nak beli waktu Konvo, tetap akan cuba dahku meletakkan lebih kesabaran menunggu. tapi rasa macam nak beli juga masa terdekat ni. hikhik. opss. henset ada kat sebelah la! demmm!

yuyu pasrah dengan ujian ini. Redha itu ikhlas menerima, pasrah tu, berserah! kata Mila Ombak Rindu. oo. maaf. mood Ombak Rindu tak habis lagi.

terima kasih sudi baca :)

December 14, 2011

Mari Bersedekah Dengan Gembira dan Ikhlas :)

43 comments
Assalamualaikum


Kami kumpulan SATU untuk subjek Kaunseling dan Kerja Sosial (KKSB113) membawakan Kempen "Anak yatim permata masyarakat".


Kami menerima sebarang sumbangan ikhlas termasuk:

- Wang
- Pakaian terpakai
- Barangan dapur
- Dan sebagainya

Sumbangan ikhlas anda akan di berikan terus kepada rumah anak yatim yang akan kami lawati pada hari AHAD ini.

Antara program kami di rumah tersebut:

- Memberikan barang barang sumbangan org ramai

- Membersihkan kawasan rumah tersebut

- Survey kepada penghuni rumah terhadap pandangan mereka kepada program ini dan juga masyarakat luar
- Meneliti persepsi penghuni rumah terhadap masyarakat dan program ini
- Membuat pemerhatian kepada kehidupan penghuni rumah anak yatim tersebut


PM kami di Facebook atau terus hubungi kami di :
            013-3086260      (Hadzim) *ketua kumpulan*
             017-6540595     (Shahrul) 

Sumbangan anda membantu mereka yang memerlukan, seboleh bolehnya, sebelum AHAD.


***
tapi, rasanya, lebih baik terus berhubung dengan Hadzim atau Shahrul, sebab musabab, yuyu sangat busy berbanding dorang berdua ni. 

maka sekarang, yuyu mintak sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat *okay, penat taip dah* jasa baik semua untuk memberi sumbangan kepada anak yatim untuk kempen kami ni. 

sumbangan wang singgit dua pun dah cukup kami terharu buat leleh air mata tau. sebab musabab, bukan habuan beli stock cekodok sebulan, tapi membantu anak yatim meneruskan hidup dengan rasa gembira seperti kita semua. 

tapi, kalau ada lebih, boleh juga kasi lebih. apa yang ada, bukanlah harta mutlak kita, hanya milik Allah, agar kita dapat kongsi bersama dengan cara yang elok. 

hmm. ni nak nangis ni.

kepada yang rasa banyak baju, atau barang barang terpakai atau juga barang baru, dengan berbesar hati kami sangat sangat mengalu alukan semua tu. untuk cara hantar atau ambil barang, boleh terus PM Hadzim atau Shahrul. mungkin seperti ini:


hikhik ^^

jom jom merderma menambah amalan supaya amalan ini dapat menjadi peneman di kubur kelak!

"apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh"

terima kasih sudi baca dan silakan share dengan rakan taulan :)

December 7, 2011

Wordless Wednesday | Menatang Peliharaan Kecintaan Hati

95 comments


hmm. yang mana satu nak bela? *kata wordless -.-' *

December 6, 2011

Gotong Royong di Kenduri Kahwin Famili Yuyu Zulaikha | Entry Bergambar(s)

75 comments
Assalamualaikum

oh. lima hari tak update belog. padahal dah tanam azam masa Maal Hijrah hari tu nak jadi blogger tegar, update belog belungguk lungguk sehari. tapi tuntas. balik saja Langkawi, terus jiwa yuyu buat buat lupa yang yuyu ni ada tanggungjawab dengan belog. 

sebaik saja buat entry INI, ada seseorang yang post untuk yuyu :
"salam dik yuyu comel! (hrap dik yuyu reply) dik yuyu stay kampung kan? mesti buat gotong royong masa kenduri nnt! akak jes nak minta jasa baik dik yuyu snap pic gotong royong sepanjang majlis kawin nanti & buat la entry! akak jes pasti ramai y nak tau pasal gotong royong ni. Almaklumlah, akak jes orang Keramat. semuanya catering. harap dik yuyu sudi buat ye. have a safe journey dik yuyu sayang!"
ya. 10 markah untuk kak jes kerana dengan tepatnya main teka teka ni. memang kami buat Gotong Royong. 


***

seawal yuyu sampai 2/12/11 di Langkawi, yuyu dah tengok halaman rumah yuyu dah ramai dengan orang kampung sibuk itu ini. kumpul kelapa la, bersihkan halaman la, tebang pokok la, korek lubang la. semua nya gotong royong. 

kenduri diadakan malam 3hb hingga petang 4hb Disember. 2hb dah siap siap berkumpul gotong royong.

kenduri kawen kali ni, kami memilih Kerbau sebagai bahan santapan. "yu, family kau macam kanibal pulak makan kerbau".  kau tak tahu ke Kerbau tu sepupu Lembu. daging, tulang, tengkorak, juga bulu dada dorang sebijik sama. cuma kerbau lebih gemuk dan hitam. -.-'

Sang Laki kerja dorang sembelih, potong potong daging yang masih mentah tak masak. sanggup pulak hati Sang Laki. manakala Sang Pompuan, potong potong daging yang dah rebus. dan sambil makan daging senyap senyap-.-'

kerja gotong royong ini dibahagikan kerja samaadil dan saksama. di sini tiada penindasan umur, jantina atau kedudukan geografi. -.-'

masing masing berganding bahu naikkan khemah ihsan surau kampung. yang seluk poket tu yang akhirnya buat buat penat lebih. huhuhu. pakcik den ni haaa..

ini la permandangan yang ada di khemah di hening subuh. semua pinggang mangkuk elok tersusun. tapi permandangan tu nampak brutal bila hadirnya tengkorak kerbau tu. hmm. nak juga dia mencelah.

dorang men bedal je senyum dengan gigih. bukan tau pun nak masuk belog. -.-'

Alhamdulillah. kenduri hari tu berjalan dengan lancar bak lancarnya perjalanan dengan Petronas Primax97. semuanya puas hati bila guna minyak ni walaupun bayar lebih. apesal macam lari tajuk? demm.

di tengah hening subuh tak berapa nak buta la sangat. rakyat jelata kampung sanggup ketepikan niat untuk tarik selimut lepas subuh demi turun halaman kopek kelapa. sobbsobb. terharu. :'(

makanan hari tu banyak yang puji sedap. nak tau sedap tak sedap kena la tanya UJANG. sebab, beliau saja blogger yang gigih datang hari tu. makan dengan rakusnya.

warga terlibat :

emak, tok wan & paksu.
paksu : " hawat macam nak buat gambar pasport pi Siam ja ni? "

JeLo Zulaikha pun ada? woaaaaaa O.O

ni manusia paling gumbira di abad ini. terima menantu dah satu hal, terima poket tebal lagi la satu hal. hikhik. ^^

jelas lagi nyata nampak kemalasan yuyu nak edit gambar kat entry ni kan. ya. tepat sangat. ni dah sah sah tunjuk perangai hudoh ni. 

yuyu juga tak terlepas nak babitkan diri untuk jadi insan sibuk bergotong royong. buat buat rajin lap pinggang depan Sang emak beranakkan hensem. ahaks. tak lupa juga, yuyu juga sibuk sediakan makanan dalam dulang. sambil sedia, sedia makan. sebab tu la terpaksa jadi rajin.

ramai rakan taulan yuyu tak pernah terjebak dengan kenduri yang ada gotong royong. sebab, dengan arus permodenan serba canggih ni, semuanya nak mudah. maka, pilihan paling tepat untuk perkataan MUDAH adalah dengan menggunakan perkhidmatan katering.

tapi tak ramai orang kampung yang mampu bayar katering. termasuk juga famili yuyu. jadi, aktiviti turun temurun kerah tenaga di rumah kenduri orang, dah jadi sesuatu yang harus. err. wajib kot. semua turun halaman, banting tulang empat point dua kerat. #menbedal

tapi tapi, walaupun nampak macam kesian kat orang kampung buat gotong royong, salah, kami semua sungguh ceria buat semua ni. sebab musabab, semua di kampung dah macam adik beradik. semuanya antara kami nak majlis berjalan lancar. siyes ni! tak tipu!

apa apa pun, yuyu harap sangat bila yuyu kawen nanti, Gotong Royong ni tak pupus di mamah usia.

p/s : nanti yuyu kawen, korang datang tau! 

terima kasih sudi baca ye semua :)
© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.