November 29, 2011

Downtown Cheras Yaww!

107 comments
Assalamualaikum

Jumaat lepas, yuyu merempat tiga hari di rumah kawan baik sekampus yuyu di Bangi. Bee nama glemer beliau.  demi mendapat kebahgiaan perut choomel yuyu di hari cuti :') peti sejuk Bee ada banyak makanan sedap sedap. yaiy!

malam Sabtu lepas, selepas hampir bosan dengan seharian tanpa aktiviti, tengah malam nya, Bee talipon kazen laki beliau. dengan rancangan dalam kepala otak nak suruh bawa ke downtown. jyeah! tepat pukul 12.04malam, kami bertiga siap dengan amat tangkas sekali.

oh. kami bertiga? mana pulak datang pihak ketiga? pihak ketiga di sini bukan Setan Nirrajim. tapi Mek (budak Kelantan selaku adik angkat Bee). 

ya. kami bertiga.

bila dengar saja kami nak ke Downtown Cheras, hati yuyu berbunga mekar umpama bunga ros yang yuyu rembat kat rumah jiran pakcik yuyu tanpa kebenaran. siyes lawa kemain bunga tu. wangi tak ketahuan hala. rugi tak rembat banyak banyak -.-'

oh. sambung balik. sambil bersiap siap, yuyu dah sediakan sedikit list barang barang yang yuyu nak beli di Downtown nanti :
  • Susu Tepung
  • Sharpener Eyeliner
  • Make Up Remover
  • Clarin Cleanser
  • Novel (kalau ada)
  • Oligo
  • Conditioner Sunsilk
sejurus sampai di sana, yuyu belek sekeliling. jauh lagi ke mall kat Downtown ni? kenapa la parking tepi jalan, dalam Mall Downtown tu, selalu parking penuh ke?

mana Downtown nya?
tu la! besar tau tempat ni! (sambil tunjuk lokasi Downtown)

ohhh. T_T mati mati yuyu ingat Downtown tu adalah sebuah Mall yang jual macam selalu yuyu tengok kat MidValley, tapi buka sampai pukul 4 pagi. bapak jakun yuyu ni. masa tu yuyu diam saja, tak nak cakap banyak, takut kantoi akan ke-jakun-an yuyu ni.

bajet cool. tiba tiba segala senarai yang telah yuyu buat dengan semanagat tadi, rasa macam di kenyuk kenyuk sendiri tanpa arahan. sobbsobb. baru yuyu tahu apa makna Downtown selama 22tahun yuyu hidup di muka bumi ni.

dah la tak bawa duit banyak dengan harapan nak withdraw kat ATM yang tersedia di Downtown nanti. cehh. sampai saja sana, yuyu tak boleh beli banyak barang barang comel akibat sumber keewangan dalam poket hanyalah terhad.

bila dah bawa duit yang terhad, maka, banyak lah kos lepas yang terlibat dalam pengalaman ni. nak beli tu tak boleh, nak beli ni tak boleh. sobbsobb. lain kali nak mintak CIMB tepek ATM kat tengah tengah stall downtown tu la :'(

maka, dengan duit yang sungguh terhad, terpaksa la babitkan diri dengan beli benda yang murah. demi mendapatkan pengalam pertama jakun di Downtown. huhuhu. akhirnya, yuyu memilih untuk lukis lukis inai di tangan. RM5 saja. murah tapi cantik dan tangkas seperti belangkas cergas dalam bekas :)

tantik kan inai itteww! ♥ 

hanya mampu senyum. selamat tak overdress

auchakkk! hasilnya. cantik kan.

kiranya berbaloi la juga yuyu korbankan waktu tidur yuyu demi Downtown. dapat inai cantik dah satu, satu lagi lepas sebagai pengajaran hidup untuk yuyu : selalu selalu la geledah celah Kolompo. -.-'


terima kasih sudi baca :)

November 27, 2011

Kecintaan Ramai di Hujung Tahun :)

44 comments
Assalamualaikum  



YES! YES! Year End Sale! ini adalah saat kecintaan seluruh manusia di alam ini!

boleh tak nak buat entry pasal Sale, padahal belog dah 5 hari tak hapdet dengan satu habuk apa pun? boleh tak? boleh tak? sebab rasa, Sale dari ButikPinkKu ni, yuyu patut kongsi dengan semua. yuyu tahu, wajib banyak manusia akan gumbira dengan Year End Sale dari ButikPinkKu ni

sebagai isi penting pertama, yuyu nak bagi sikit harga runtuh yang akan buat kita nganga :')



Senarai items (custom made) .
  • Shawl Sateen, rm15
  • Shawl Vintage, rm12
  • Shawl Plain Lady Chiffon, rm18
  • Shawl Cassie, rm15
  • Shawl Thai Silk, rm18
  • Shawl Thai Silk Emboss, rm18
  • Tudung Super Ekspress, rm18
  • Inner Neck, rm12
  • Hijab Adra, rm55
Senarai items (Shawl) .
  • Shawl Cotton Plain, rm10
  • Shawl Jojet Plain, rm5
  • Shawl Chiffon Candy, rm8
  • Shawl Chiffon Tone, rm8
  • Shawl Alice, rm10
  • Shawl Dolly, rm10
  • Shawl Maria, rm15
  • Shawl Saarah, rm10
  • Shawl Tone Cotton, rm12
Senarai items (Pashmina, Inner dan Aksesori)
  • Pashmina Cotton Toned dan Emboss, rm18
  • Pashmina Cotton 4 Tone, rm18
  • Pashmina Rosalie, rm15
  • Pashmina Isabella, rm15
  • Pashmina Plain, rm12
  • Pashmina Tone, 18
  • Pashmina Wanda, rm10
  • Inner Cotton, rm5
  • Inner Awning Cotton, rm8
  • Brooch Karisma, rm4
untuk pengetahuan semua, ButikPinkKu adalah butik kecintaan yuyu. material yang sangat bermutu, harga yang murah dan penghantaran yang sangat cepat. mudah sangat nak berususan dengan owner ButikPinkKu ni.

seperti yang tertepek di banner di atas, YES ini akan berlangsung bermula dari 25November 2011 hingga 7Januari 2012. ya. betul apa yang ada dalam kepala otak korang. lek lu cok kok lu lambat lagi.

tapi tapi, jangan buat perangai huduh tu. nanti korang gigit jari. baru satu hari Sale ni, stock dah banyak yang nak habis. ramai yang berpusu pusu  untuk beli. termasuk yuyu. ya akur. yuyu adalah antara orang pertama yang tak nak lepas kan peluang dapat shawl ohsem dengan harga murah ni.

jadi, jom! cepat cepat, terjah Page ButikPinkKu! 

yuyu jamin, kualitinya sangat sangat memuaskan dan sedap di pakai! jommm pakat pakat rembat sehelai dua!

selamat beli belah di Butik Pink Ku!

November 15, 2011

Kecintaan Yuyu Bulan Ini

61 comments
Assalamualaikum ^^

sila set dalam kepala, tengah layan host Smart Shop promote blander buah boleh tukar jadi pemotong bawang besar yang macam dulu dulu selalu ada kat tivi. oh teringat nya. lepas tu ada iklan Tora datang lagi! 

okay, berbalik kepada mood host SmartShop.

tahukah anda, Sometime Boutique adalah onlineshop yang menyediakan pelbagai handbag yang awesome? ia juga menyedia handbag dengan harga yang murah, menggunakan material sangat berkualiti , dan mendapat sentuhan sendiri dari designer Korea, Taiwan & Thailand?

untuk pengetahuan anda, lebih dari beribu ribu handbad telah habis di jual dengan kadar masa yang sungguh pantas dan singkat. woaaa. tersembul bijik mata mengada ngada.


OLD SCHOOL MESSENGER BAG - CREAM

dan tahukah anda semua, Old School Mesegger adalah antara handbag yang panas dalam katalog Sometime. bermaterial sungguh kualiti, dan mempunyai empat pilihan warna, handbag ini telah menjadi juara dalam sanubari pencinta handbag ohsem.


di samping itu, yuyu sangat berbesar hati untuk memperkenalkan handbag pilihan Yuyu Zulaikha untuk bulan ini! 


2 in 1 Alessa Shoopper
2 IN 1 ALESSA SHOPPER - ORANGE

dua handbag yang boleh digayakan dengan pelbagai cara, sangat simple dan membuatkan kita akan kelihatan sangat sangat kemas. di jamin bermaterial bagus kerana yuyu sendiri penah tengok dan sentuh. sungguh tak sabar nak beli.

tapi tapi tapi, ada banyak lagi yang yuyu suka dari koleksi Sometime ni. hmm. macam mana ya? jom cepat cepat buat keputusan untuk pilihan hati sebelum orang lain rembat!

sama ada terus ke :

jom cepat cepat rambang mata!

November 14, 2011

Lima Hari Tak Update Belog. | Diary

104 comments
Assalamualaikum ^^

fuhh fuhh! ni bukan tiup semangat angin air dan tanah supaya yuyu terus bersemangat di hari mendatang. oh tidak sama sekali. ini tiup habuk terkepam hebakk kat belog yuyu akibat 5 hari biar dengan entry terakhir pasal EidulAdha. 

*ngap ngap makan DAIM  dengan muka tanpa rasa bersalah*


Beserta Alasan Kukuh


Tumblr_lnssxf9tdi1qfv5nko1_500_large

pada 6hb nak taip entry, tapi masa tidak mengijinkan. tetamu berpusu pusu datang ke rumah rembat lemang ketupat kuih raya dan rendang. hari raya kan. kumpul duit raya lagi. berkat gigih di hari ni, dapat la kumpul duit raya RM120 . hikhik

7hb pulak, dah siap buat senaman jari jemari untuk mula menaip, tapi tuntas harapan tu. terpaksa rela kemas kemas barang, malamnya dah nak balik Kolompo. hati sayu, gundah gulana, fikiran berkecamuk sebab musabab tak rela jauh dari famili.

korang sekalian kena paham la lagi. haish. teruk ni.

8hb memang hati terkinja kinja nak taip entry baru. siyes ni tengah buat muka ketat ni! tapi, sayang seribu kali sayang, sampai hostel , terus kerah tenaga zahir batin angkut segerombolan barang dari setor bangunan lama di pangkal dunia ke bilik baru di hujung dunia. -.-' sampai sakin badan badan tau. sobbsobb

9hb pula pagi pagi sejurus telan sarapan, terus berpeleseran di Nilai. cari stok nak menketedarah (makan) untuk seminggu, cari pula baldi, sabun basuh baju, dan sedikit buku buku demi membajet ulat buku depan roomate baru. baru nampak cool. cis. tak ikhlas rupanya yuyu baca buku.

petangnya terus register subjek, berfoya foya tepi tasik bersama kawan baik. sambil check kot kot ada junior ensem. ehh! ada la. macam TOP Big Bang la. maluw ittew! :')

10hb. hmm. nak bagi alasan apa pulak. oh. sibuk dengan sedaya upaya menyerap rasa bahagianya hidup tanpa masa sibuk. lepas ni dah tak boleh dah nak terbongkang atas katil dengan kuantiti masa yang banyak. jadual dah tengok. malam pun ada. hakhak. bapak cool.



*****


apa pun, walaupun tak hapdet satu natang habuk apa pun di belog yuyu ni, tapi yuyu nak berterima kasih kepada purata 3000 manusia yang sudi jenguk dan singgah ke belog yuyu ini selama 5 hari ni.. sobbsob. terharu kot. meh nak cium cium sikit.

lepas ni perlulah yuyu gigih balik menaip. tak nak dah rasa bersalah macam ni.

malam ni juga nak cari " Entry Pilihan Hari Ini " untuk esok. huh! kena godek godek semua entry korang yang best best tu. tunggu esok tau tau tau.

p/s : ngapp ngapp. makan DAIM lagi sambil layan PAGE yuyu. ni tak sibuk pulak. haihs

terima kasih sudi baca :)

November 6, 2011

Salam Eidul Adha Semua

85 comments
Assalamualaikum ^^


Salam Eid-Ul-Adha buat semua Muslimin dan Muslimat


Semoga hari ni semalam, hari ini dan sepanjang hayat kita diberkati ALLAH.

Silalah jangan segan silu bagi daging korban pada Yuyu Zulaikha. sudi je. hikhik. gelak sopan sopan.

kepada yang nak kasi duit raya kat yuyu, sila bank in ke 713769386872174268316892482081468182471-7772387183 ke akun Bank MyBond.

okay. nak siap siap iron baju lalu menikmati ketupat dan lemang. wahh lep lep hari ni!♥ 



November 3, 2011

Dania Afrina Birthday Party

82 comments
Assalamualaikum ^^

lepas Magrib, yuyu ada jemputan ke parti hari jadi anak kawan. jenuh himpun lidi banyak banyak. pergi ke tak, pergi ke tak, pergi ke tak. akhirnya membuat keputusan pergi. demam pun demam la. asalkan tak ada pihak yang terguris hati.

dengan membawa sisa sisa kederat yang ada, mood ni macam berkecamuk. padahal sekalian isi rumah yuyu eksaited. makan free memang kami suka. tapi yuyu masih ingat pada tilam empuk di rumah. Vono namanya. hok mahal tu. -.-' riak kan? padahal bukan beli. cabutan bertuah.

sampai sahaja di tempat kejadian, baru saja yuyu rasa nak saja mengesot selow selow ke meja tanda protest tak larat, terus mood bertukar, jadi cergas dengan kadar sungguh segera. ^^

waaa. atas meja makan ada Laksa Utara, Bihun Sup, Bihun Goreng, Satay, dan pelbagai juadah yang memulihkan tenaga zahir dan batin yuyu. ahaks. macam tau tau saja yuyu suka kan. :') nafsu serakah nak makan tak dapat di bendung.

sebab hidangan yang tersedia bukanlah hidangan biasa biasa di parti hari jadi lain. banyak kuih muih tahu. tekak berselera kampung macam yuyu, pasti suka.

jom jom tepek bijik mata kat hidangan kesukaan yuyu di sana.

kalau satey yuyu tak berapa berkenan sangat demi menjaga kesihatan untuk hari tua. menurut fakta yang yuyu baca, satay boleh menyebabkan kanser sebagaimana arang telah membebaskan gas ape ntah. tapi kalau satay buah sejuk lagi segar, tu yuyu suka. sanggup makan kuantiti banyak.

dengan harapan untuk mendapatkan balik Karbo yang telah hilang akibat hilang selera makan dari pagi membaca ke petang, Simple Cupcake ni telah berjasa pada yuyu. tanpa segan silu, makan sampai 21 cups. eheks. bilang. dah tahu nak buat entry :')

ni yang paling special buat yuyu semalam. Ubi Kayu cicah kelapa parut. hoi! dah setahun tak makan kot. nostalgiknya makanan ni buat yuyu teringat zaman zaman muda dulu suka rembat ubi kayu jiran bakar dengan kawan  kat belakang rumah. sedap!

Kuih Seri Muka. kuih kecintaan yuyu. makan kaya hijau, pulut bagi emak makan. hehehe.

doorgift dari tuan rumah kedaung. setiap tetamu dapat satu, tapi setiap yuyu zulaikha ambil 2 tanpa kebenaran.

ini lah Dania anak kawan yuyu tu. jenuh nak suruh senyum. -.-'  Sanah Helwah Dania Afrina!! nama! nak glemer je kan.

setakat situ sajalah keriangan. balik ke rumah, demam balik. haish. tapi syukur, hari ni cuma batuk dan selsema. haish. tak selesa.

terima kasih sudi baca :)

Daging Cicah

48 comments
Assalamualaikum ^^

hoi. memang boleh membawa tarik tarik rambut kalau orang gaduh dengan yuyu pasal daging cicah. jadi semalam, yuyu memberontak dengan diri sendiri. akibat dah lama tak makan daging kerbau cicah kat rumah kenduri. asal makan kenduri, katering. kenduri saja, ketering.

tapi semalam, di kampung yuyu ada kenduri juga. kenduri kawen. tapi gotong royong. bila dengar hidangan utama adalah daging kerbau cicah, rasa bak di awangan. ini adalah saat tak boleh untuk tidak pergi.


dah sampai di tempat kejadian, yuyu rembat nasi putih kuantiti sikit, daging kerbau sebagai watak utama hidangan dengan melimpah ruah siap tersembul keluar pinggan, dan sambal cicah oh enak ada kerisik. masa ni berperang dengan jiwa! memang tak boleh lepas peluang.


terima kasih sudi baca :)

November 2, 2011

Menghitung hari

50 comments
Assalamualaikum ^^


tak tak! ni bukan nak cerita pasal lagu bekas bini Anang tu. bukan pasal lagu Menghitung Hari yang yuyu pernah nangis leleh leleh hingus masa dengar kat Era takkala baru 3 saat putus cinta. tak tak. tak mungkin nak cerita pasal lagu tu.

lagi empat hari, cuti yuyu akan berakhir. bermaksud, yuyu akan selow selow dengan penuh dramatik akan tarik beg besar gedabak "beg besaq dari tuan nooo- kata emak" pulang ke Kolompo untuk mencari ilmu bekal dunia akhirat. sobbsobb.

sebentar tadi, yuyu dan emak dan mak ngah dan tok cik dan beberapa ekor nyamuk tanpa undang dalam kereta pergi beli belah di pasaraya. penat pun tak hilang, lenguh tumit kaki akibat beriya pakai heels vogue padahal nak cari bawang saja kat pasaraya, pun tak hilang juga.

bersambil beli barang raya haji, yuyu kalut kalut beli barang nak balik ke kampus. masa ni adalah masa paling ideal untuk beli dengan kuantiti yang banyak kerana dengan adanya bank bergerak. terima kasih emak aka bank bergerak.
tak pasal pasal.

waktu ni, yuyu rasa macam tak nak lekang dari emak. nak makan pun mesti emak teman, tidur dengan emak, dan banyak habiskan masa dengan berborak dengan emak. waktu ni juga yuyu rasa masakan emak adalah terbaik. walaupun semalam emak cuma goreng telur dan tuang kicap. terbaik. -.-'

cepat nya waktu berlalu. tup tup dah sebulan dua hari yuyu cuti semester. tak adil sangat. padahal masa tengah kuliah, sehari pun macam ada 78jam. 

hmm.. mood berkecamuk! emosi tidak stabil! hati gundah gulana! fikiran tidak menentu! teruk kan :'(

terima kasih sudi baca :)

Wordless Wednesday | Masakan Yuyu Hari Ini

108 comments
Assalamualaikum ^^

Perkongsian Jumaat

44 comments

November 1, 2011

Percubaan pertama Pavlova.

76 comments
Assalamualaikum ^^

nahh Pavlova yuyu rembat kat Google! pagi pagi dengki nak buat korang  netes air liur. hakhak.


kononnya nak buat kek ni minggu lepas lagi. tapi, rempit ke sana, rempit ke sini, tak juga jumpa lengkap semua bahan bahan. hold punya hold, sabar membawa kepada habis sabar, hari ni baru boleh buat. maka hari ni nak catat sejarah hidup.

buat Pavlova. kek lain dah pernah buat. kek ini saja tak pernah tahu, dan tak pernah rasa. tu yang mushkil boleh buat ke tak ni. kang buat, jadi masam. ohh.. asal ada rasa, jadi lettew. -.-'

cari Strawberry, dapat buah tu hok kenit kenit. hoi. memang hilang nafsu nak buat. nak la yang besar gedabak dari jauh orang nampak kan. baru Pavlova. baru boleh riak dan takabbur. hakhak. ni kenit kenit. haish. 

dah dah. tanpa melengahkan masa, yuyu tutup entry ni dengan Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh!

p/s : kalau menjadi Pavlova yuyu, nantikan di next entry, kalau tak jadi, paham paham la. hikhik

terima kasih sudi baca :)

Samsung Galaxy Tablet & Canon Ixus untuk Semua !

44 comments
Assalamualaikum ^^

Dari dulu sampai sekarang, tabiat minum air banyak bergelen gelen adalah dah sebati dengan isi dan kulit yuyu. Tak minum bergelen gelen setiap hari, kiranya bukan Yuyu Zulaikha. Sebab ingat pesan cikgu, nak otak cergas, minumlah air banya, emak pulak pesan, nak kulit cantik, minumlah air banyak, baca dalam buku sains pulak, nak badan sihat, minumlah air banyak.

Lagi lagi air mineral.

Tapi, nak korek korek sikit. Pstt. Air mineral apa yang menjadi kecintaan kalian takkala tekak kering panas panas dah tunggu nak amik adik depan sekolah?


Kalau yuyu, sejurus ke kedai, wajiblah tangan laju laju gapai TINGE air mineral berperisa penambat hati sekalian makhluk! Lagi lagi lemon yang tertepek muka Shila dengan Gary. Bersemangat jiwa raga tanpa segan silu. tahu?


Oh. Macam mana kalau minum TINGE dan dapat Samsung Galaxy Tablet! Paling tidak pun dapat Canon Ixus 115HS? Okay okay. Sila bawa mengucap sekarang. Memang semua ada peluang untuk dapat dua gadjet cool tu.

Hanya memanggil TINGE hero untuk selamatkan Shila dan Gary dari bola bola melantun yang kwangjau! Dan peluang untuk memenangi dua gadjet cool itu akan terbuka kemain luas untuk korang!. Yeah. Yuyu sungguh tak sabar.

Inilah TINGE Saves The Stars Contest yang wajib kita LIKE fanpage Spritzer TINGE untuk menjalankan misi kita untuk selamatkan Shila & Gary yang berlangsung dari 24Oktober hingga 4Disember.



Dengan beberapa langkah kemain mudah, hanya tunggu hari saja untuk pelop Samsung Galaxy Tablet puas puas :
  1. LIKE Spritzer TINGE fanpage
  2. Beli dan nikmati sebotol TINGE
  3. Sertai TINGE Saves The Stars Contest
  4. Masukkan serial number pada botol TINGE cth :91481387
  5. Selamatkan 2 bintang pujaan kita Shila & Gary!
Kita kita supercool yang telah selamatkan dua bintang itu akan lagi super duper cool bila, hadiahnya adalah :
  • Grand Prize : Samsung Galaxy Tablet x 3
  •  Consolation Prize : Canon Ixus 115HS x 7

Jadi nak tunggu apa lagi sekarang? Jom! Join sekarang dengan kadar sungguh segera! Yuyu percaya kita semua mempunyai kehebatan tersendiri menjadi hero. Masa ni la nak buktikan kat diri sendiri “oh, tak sangka bahwa aku mempunyai bakat menjadi hero” hakhak.

Good Luck sekalian hero yang bakal pelop Samsung Galaxy Tablet rapat rapat! KELIK SINI!

terima kasih sudi baca :)
© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.