Tips Berbelog : Menaip Sebuah Entry

by Yuyu Zulaikha, 8:55:00 AM
Assalamualaikum ^^

syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya, kini dahku habis segala jadah exam sakit kepala hotak. lepas ni masa terbaik untuk menaip belog hingga terbakar keyboard. kira balas dendam la ni. biar dashboard korang berterabur dengan entry yuyu saja. 

muheheheh. ehh. hikhikhik. baru sopan sikit.

tanpa buang masa, mari ke tujuan tajuk. banyak yang tanya yuyu pasal tips berbelog. macam mana yuyu dapat hampir 10k dalam masa 7bulan. macam mana yuyu boleh banyak idea dan kutip duit BE. 

sebenarnya yuyu tak ada tips berbelog secara kusus

dari segi penulisan entry, seboleh boleh nya yuyu akan hindarkan dari orang cakap  "ehh, macam style Hanis Zalikha la!" "ehhh, macam style Latipah Junib la" dan sebagainya. maka, dengan sedaya upaya parah kan kepala otak, yuyu mencari style penulisan tersendiri.

ayat hiperbola, berbelit belit panjang berkarang karang,tapi maksudnya secoet saja -.-'. banyak yang yuyu perasan dengan kebanyakan belog, cenderong menaip guna style blogger lain. bukan JAKIM sah kan haram. tak tak. tapi, korang akan susah dikenali ramai, dan susah di ingati oleh manusia sejagat.

maka bermula hari ni, katakan TAK NAK pada rokok! * motip? -.-' *

selain daripada itu, kalau korang sedar, yuyu sedaya upaya mempelbagaikan jenis jenis entry. ada entry berbaur mengada sedih, ada entry mengenai tips bagai, ada juga terjerumus ke lembah ceramah agama, ada juga tentang suka nya jasmani dan rohani yuyu ni.

bukan apa, kalau kita spesis setia pada sejenis entry saja, kemungkinan pembaca akan bosan dengan kita adalah sangat besar. asik tips berbelog saja. padahal semuanya lebih kurang saja. bukan tak boleh, tapi, dengan pelbagai entry, akan menunjukkan, kita akan mampu tarik pelbagai jenis pembaca. ada yang suka fesyen, ada suka kisah sedih, ada suka tips, ada juga yang suka bingkisan agama. ye dak?

pilihan font yang betul juga penting. tengok sini : mana korang akan pilih?



font mana kalian suka baca?

kaler mana yang tak siksa bijik mata?

saiz font mana yang senang perut ibu mengandung?



itu basic menaip baru. yang mana yang korang rasa senang kan jiwa raga korang, begitu lah korang perlu sediakan belog korang untuk orang lain juga.

baru pasal font dan entry. banyak lagi nak di kongsi kan. dari segi entry sendiri pun, haruslah beri manfaat pada pembaca, contoh yang paling simple adalah entry "cekodok emak". dari perenggan pertama membawa perenggan terakhir, asik cerita sedap nya cekodok. sapa suka?

tapi bila dalam satu entry "cekodok emak" tu, pointnya nak cerita, bersyukur lah ke hadrat Allah kerana masih mampu makan cekodok buatan tangan emak. kerana esok lusa lusa, entah sempat ke tak lagi makan hasil tangan emak tu. sobbsobb. 

apesal touching sangat perenggan atas ni. leleh hingus dah cecah lantai :'(

itu lah serba sedikit pasal entry. benda yang simple, cuma banyak yang tak sedar, benda simple tu la yang akan memberi kesan kepada pembaca. Ingatlah:

Pembaca sendiri akan memilih belog yang akan di baca setiap entry. maka, buatlah yang terbaik untuk kesenangan pembaca.

setakat tu saja, next tips InsyaAllah yuyu akan kongsi macam mana nak cari banyak idea dalam menaip belog.  nak tak yuyu kongsi? tak nak tak pe. yuyu simpan kepam dalam ketiak sorang sorang. heheh.

jujur yuyu cakap, yuyu punya belog sendiri pun teruk, tapi, yuyu cuba buat perubahan sikit sikit, dan try buat tips di atas, Alhamdulillah, ada la sikit sikit peningkatan. boleh la juga sikit sikit. tapi nak buat belog hebakk tu, tak mampu la. kalau yang tu, tanya orang lain. heheh.

p/s : tension baca ni? jom singgah website terhebakk

terima kasih sudi baca :)
SHARE 45 comments

Add your comment

  1. Hehehe thanks for the tips! :) Suke sangat baca blog Yuyu!

    Meh la singgah blog i ^___^

    ReplyDelete
  2. untunglah kak yuyu idea beribu2 lemon . hik3 ;P

    ReplyDelete
  3. thanx..sgt enjoy reading ur entry..nice tips too..^_^

    ReplyDelete
  4. tulisan dan wrna peranan paling penting..

    ReplyDelete
  5. yuyu gemok lg. *komen ttbe. hahaha

    ReplyDelete
  6. Saya masih baru. Banyak yang perlu diperbaiki. Terima kasih Yuyu untuk tips ni. Akan dipratikkan. =)

    ReplyDelete
  7. thx fer the tips yuyu..
    yuyu wat karangan secara bersahaja. i LIKE. haha..

    ReplyDelete
  8. kkkkkaaaaakkkkk yyyyuuuuyyyuuu.
    makaseh.
    lama tak dtg :')

    ReplyDelete
  9. Lepas ni yuyu bukan Jelo Zulaikha da tapi yuyu potter new season. Choiii, Tengok tu ada scar kat dahi cam HP. Hahahaha

    ReplyDelete
  10. terbaik lah yuyu!! teruskan berblogging ya..mmg bgus penulisan yuyu..

    ReplyDelete
  11. terima kaseh untuk tips ini yuyu.. hehe. :)

    ReplyDelete
  12. thnx yuyu ,,hehe sy nie bru ag nk berbelog cm awak =)

    ce komen blog sy..siksa x mata awk tgk..hee

    ReplyDelete
  13. like like , heeee
    singgah la blog dyan *merayu :P

    ReplyDelete
  14. Perasan tak yuyu ada org guna banner sebiji mcm header yuyu.Warna sama, style sama cuma nama je dia tukar.

    ReplyDelete
  15. trima kasih atas tips yg bernas ni yuyu ^^ suke bce penulisan yuyu sbb cara pnulisan yuyu kelakar mmbuatkan sy ketawa :D

    ReplyDelete
  16. yuyu ni bagus lar..hahah..best..1

    ReplyDelete
  17. hehehe , thax kak yuyu comel , bru lagi rupenye :)

    ReplyDelete
  18. yuyu!! saya suka nih!! wahhaha.. bila lah namee nk sampai 10k tuh.wahaaa

    ReplyDelete
  19. yuyu..sungguh lah haih.eka sendiri pun memang peka sungguh bab2 tulisan ni..kalo entry tu tajuk dia menarik tapi bila tengok tulisa mcm cacing kerawit..terus eka tak lalu nak baca..dh le rabun..memang tak nampak..

    kan yuyu

    ReplyDelete
  20. thank yuyu bagi tips.. aina memang setuju dengan sume sekali tapi entry yuyu ni pun font kecik. act font ni okay je.. tapi aina ni rabun.. so kurengla nampaknya tapi tak kisah pon. orait je.

    ReplyDelete
  21. yuyu!thanks 4 the tips! bagi lg tips bebanyak okehhhh^^

    ReplyDelete
  22. untungla yuyu kan, idea memenuhi segenap ruang minda. i'm an uninspired blogger. *sigh

    ReplyDelete
  23. bestul, kadang2 terfikir juga mcm mana tuan blogger boleh hadap entrynya yang berfontkan font yang pelik2,,,segala italicnya, ayooo,,, berpinar-pinar mata..

    From My Fingertip

    ReplyDelete
  24. blog Akak ni ade org dah tiru huhuhu

    ReplyDelete
  25. okey yuyu..Hehhe...tq sangat dah bg tips lagi ni..yang penting style penulisan tu kan..keep on improving! :)

    ReplyDelete
  26. Yaehh yuyu..suke dgn entri yuyu yang ni..Thankss for sharing..ieqah mmg jeles dgn tahan KEBEST an entri yuyu..mcm da kaitan lak dgn entri ieqah YANG INI

    ReplyDelete
  27. tips bguna!
    wlpn en3 ni pnjg la jgk tp boleh buat i baca sampai hbs ! hehe

    ReplyDelete
  28. kak yuyu memang blogger hebaaak lah.penuh tips di dada.and syioook nya dikongsi dgn kami2 nih lak.semoga murah rezeki slalu kak yuyu ^_^

    ReplyDelete
  29. sokong sebenarnya fOnt jugak main peranan penting dlm sesebuah entry..klu tulisan kaler² xberape nak nmpk minat nk membaca 2 memg terbantut...

    ReplyDelete
  30. nice sharing!
    terima kasih yuyu! ;D

    ReplyDelete
  31. tips nak jd blogger bjaya mcm kak yuyu hee~

    ReplyDelete
  32. tips berguna untuk blogger baru mcm sy..

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS