Yuyu Zulaikha

Lifestyle | Beauty | Parenting Blogger

Sapa Yang Nak Masuk Neraka Secara Percuma?

Assalamualaikum ^^
p/s : lukisan huduh tak bermaksud tuan pun huduh -..-'

baru sampai bilik dengan lari lari secepat yang boleh agar dapat lari dari panas terik kemain kat luar sana. sepatut nya ada kelas 11.30 hingga 1 petang. tapi, di batal kan. ish...baru ingat nak tumpukan perhatian kat lecturer yang hensem di abad ini tu. :'(

sepanjang yuyu berjalan balik ke bilik di tengah padang luas, bertemankan payung polkadot merah kaler biji hasil membeli di The Curve, memang jasmani ni meronta ronta sangat nak cepat sampai ke bilik. banyak pulak pelajar yang menggunakan jalan yang sama dengan yuyu.

ada dua lelaki di depan yuyu. jalan sambil bergosip pasal dekan. -..-' laki pun bergosip.

yuyu ni nak cepat, tapi dorang lambat. terus yuyu tegur dengan kadar segera. memang tak tahan akan sifat siput yang dorang miliki tu.

"boleh jalan cepat sikit tak? panas nak mati dah ni""amboi, panas sikit pun tak boleh. padahal pakai payung, kat akhirat nanti lagi panas tau. "

gemah gemalai nya lelaki tu cakap. -..-'

tertelan halkum yuyu. terfikir yuyu sejurus sampai di bilik. lentuk badan kat katil tak empuk langsung tu. otak mula fikir pasal dorang cakap tadi. hmmm. kat dunia baru panas sikit macam ni dah yuyu tak tahan. macam mana panas di akhirat kan.

berjuta juta kali ganda rasa panas buat penghuni neraka. memang kalau boleh kita semua tak nak ke neraka. nak dok senang lenang di Syurga idaman kita semua. tapi, layakkah kita ya? okay lah. layakkah yuyu ya? apa saja la amal yang yuyu buat selama ni yang buatkan layak ke sana.

perkara wajib pun kadang kadang terlepas pandang. perkara sunat pulak kadang kadang tak terbuat. terlalu lewa dengan duniawi. sebab musabab selalu rasa indah di dunia tak terpikir yang indah nya kat akhirat nanti jauh bertrillion ganda lagi indah dari di dunia.

kalau tanya semua orang, nak ke kalau dapat masuk neraka secara percuma? orang bengong saja yang akan suka ke sana. tapi, macam macam dosa kita buat secara sedar dan tak sedar. sebab kita masih bangga dengan diri kita sendiri lagi.

nauzubillah...

p/s : errr.. terbagi tazkirah pulak tengah tengah hari ni..

terima kasih sudi bace :)

Comments

  1. cuaca memang bahang lah sekarang kan. tapi kalo hujan, tak reti nak berenti pulak..tu la manusia, asik nak mengeluh je. :P

    Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih

    ReplyDelete
  2. betul kata cik yuyu tu,kadang yang wajib terlepas pandang,yg sunat lagi tak terbuat...kadang2 kita kena munasabah diri sendiri jika terlalu taksub dengan duniawi,tapiiiiiii..... adoiiiiii, onie sendiri pon sambil lewa je....

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, ALLAH palitkan sedikit kesedaran ng kejadian tadi.. syukurlah.. moga2 ng pendekatan ALLAH tu, kita kaan lebih berusaha mengejar redhanya kembaQ.. :)

    ReplyDelete
  4. slagi mse ade mse, cuba la kita perbaiki diri^^

    ReplyDelete
  5. itu yang dinamakan manusia. :)

    ReplyDelete
  6. tula..kadang2 kite pun tak sedar..alpa

    ReplyDelete
  7. bersyukur selalu..ada panas ada sejuk kan kan kan

    ReplyDelete
  8. CIK YUYU,
    KADANG2 BENDA KECIK JADI KAT KITA HARI2 TU BOLEH MENYEDARKAN KITA.ALHAMDULILLAH KALAU KITA NAMPAK.TAPI KALAU KITA TAK NAMPAK, HARAP ADE LA ORG YANG TOLONG BAGI NAMPAK YE TAK....
    KALAU ADA SILAP MSRED HARAP ADA YG MENEGUR, TP CARA BAIKLA...HHEEEE

    ReplyDelete
  9. panas..panas..panas.....
    pnjam payung bole..?hehe

    ReplyDelete
  10. Pelik dgn sesetengah blogger yg cakap "jumpa di neraka nanti" He3, nak sangat ka masuk sana?

    Entry terbaru -> Pertandingan Fesyen Tikus Di New York... (",)

    ReplyDelete
  11. aduhh kak yuyu, ade ke orang nak masuk neraka? tapi masuk syurga nak..tapi tak perasan pe yang kita dah buat apa yang kita tak buat lagi..

    *comment pe ni?*

    ReplyDelete
  12. yuyu.. sekarang ni cuaca mmg panas lah.. kadang2 x tertahan.. kadang2 lepas mandi pon berpeluh2 mcm x mandi lg. hhihi~. :P

    ReplyDelete
  13. saye pon penah kene perli macam tu.ngahha kaw setepek kene :)

    ReplyDelete
  14. Weehuu ~ jalan singkat ke neraka siapa2 yg nak.. hehe..

    selagi bnyak mna amal mereka, belum dijamin msuk ke syurga, melainkan kita memohon rahmat yang esa.. yang penting, sntiasa bertaubat atas kesalahan lalu..

    janganlah kita smua malu untuk bnyk kali bertaubat terhadap dosa yang dibuat.. tetapi malu untuk buat dosa setelah bnyak kali bertaubat..

    sama2 kita bermuhasabah diri dan saling berpesan2 ^_^

    ReplyDelete
  15. kan. cakap nak masuk syurga je tak nak masuk neraka,tapi hari-hari beromen sampai ngaku tak de dara.ops.huhu.sentap sudah!

    ReplyDelete
  16. cuaca sekarang nieh memang panas teramat kan..huhu..tak pasal2 dpt tazkirah free tengahari nieh :)

    ReplyDelete
  17. hikhik..biase la tu yuyu..^_^

    pns pun slh..ujn pun slh..cmne prasaan klau selang 5minit ujan pns..haaa..pning...

    ReplyDelete
  18. 'panas nak mati'

    tau pula die time nak mati tu panas ya. =)

    sama-sama kita muhasabah diri kejalan yang benar.thanks for sharing.

    ReplyDelete
  19. berusaha ke arah itu :) insyAllah

    ReplyDelete
  20. usahkan masuk...taknak tersenarai la dlm golongan itu..
    apakah layak ? ke syurga ?

    tazkirah menyentuh hati :)

    ReplyDelete
  21. lepas lunch terbace tazkirah 'Prof Yuyu Z'. mantap la prof!!
    *pernah jumpa tak org yg puasa tapi tak solat fardhu??

    ReplyDelete
  22. kalau di tanya nak ke neraka ke syurga...org gila pun jawab nak ke syurga, tapi kalau kita selalu bermuhasabah, baru kita tau kita kat level mana......

    ReplyDelete
  23. Biar allah tentukan segalanya.yg penting kite usaha ke arah syurga allah..

    ReplyDelete
  24. tiba2 teringat pada diri sendiri..layakkah aku masuk syurga?? hmmm...

    ReplyDelete
  25. insyaALLAH akan cuba untuk berubah menjadi yang lagi baik...aminnn :)

    ReplyDelete
  26. layakkah aku ke syurga?

    walaupun aku rasa aku tak layak,tapi aku tetap tidak insaf.

    kenapa berlaku hal sedemikian?

    hati dah gelap?

    ReplyDelete
  27. Jadikanlah pemanduan kita tiap hari sebagai ibadah. Insha Allah, manusia yang sedang beribadah kepada Allah tidakkan melakukan dosa.

    ReplyDelete
  28. silap kita adalah suka mengutamakan dan menumpukan yg sunat berbanding wajib.

    ReplyDelete
  29. tadi baru masa makan pagi ada jugak terfikir pasal ni. actually duk fikir pasal "umat islam dijamin masyk syurga, cuma cepat atau lambat, ada yang masuk neraka dulu, ada yang masuk syurga terus".

    yuyu pernah dengar pasal ni? saya tak sure la ayat quran atau hadis, tapi saya duk fikir2 la, mungkin sebab ni ramai umat Islam tak kisah buat dosa. sebab kita fikir last2 masuk syurga jugak. walhal tak terfikir, azab neraka tu macamana. panas kat dunia pun dah tak tahan kan?

    saya ni pun tak dapat2 lagi hidayah ni. sembahyang 5 waktu pun tak cukup lagi untuk terus dapat tiket ke syurga. banyak lagi benda lain yang terlepas pandang. same2 la kita berdoa kita sempat bertaubat sebelum ajal menjemput.

    ReplyDelete
  30. cuaca skrg mmg panas. huhu tu pn dah xtahan. xtau la kalau kat sana nanti..

    ReplyDelete
  31. bila pikir pasal dosa dan2 rasa takut kan..tapi x sedar2 gak lagi tu...

    ReplyDelete
  32. insya Allah lau kte sentiasa ingt kpd-Nya disetiap benda yg kte lakukan di dunia ni pasti ad ganjaran-Nya..:)

    ReplyDelete
  33. xnk2..hahaha...tetibe...opss...sabar jek la..1st time komen blog yuyu..yela..cuak nk tgur blogger femes...hahaha

    ReplyDelete
  34. x suke jln blkg laki yg jln lambat -.-

    ReplyDelete
  35. sabar ye cik yuyu.... anggap je panas tu macam biase aje..lagipun,cuaca skarang makin panas..kene biasekan... ;)

    ReplyDelete
  36. Nauzubillah
    minta dijauhkan..
    walau hakikatnya, diri ini penuh dengan dosa. =.='

    ReplyDelete
  37. bagus entry gini tau :) :) dapat pahala utk dik yuyu :)

    ReplyDelete
  38. nk komen kt post yg dpt duit tu actually.tp ramai sgt yg comment.so comment kt cni.hehe.congrats sbb bole achieve amount yg byk camtu.ajar akak cmne nk dpt cmtu bole? ;D

    ReplyDelete
  39. yg penting kita selalu muhasabah diri..cube jd hamba Allah yg terbaik, semampu kita. =)

    ReplyDelete
  40. memang ada jer yg bangga dengan perbuatan buruk yg dibuat...sbb katanya alang2 baik buat perangai buruk sbb perangai baik belum tentu masuk syurga... ada jugak org mcm tu yer...huhuhu...sedih sungguh...

    ReplyDelete
  41. belum terlambat untuk berubah kn2..

    ReplyDelete
  42. tuh la pasal, manusia ni kadang kadang asyik pk pasal duniawi je . sampai lupa pasal akhirat .
    pompuan yg byak nak masuk neraka nnti . ( tak tahu la betul ke tak, dgr kata macam tuh )

    pompuan ni pakai cantik cantik. make up tebal tebal . shawl tu la ni lah . dok sibuk berbelog lah . sampai tak smayang la. apa la . haishhh .

    sama sama la kita berubah ye.. :P

    peaceee..

    ReplyDelete
  43. kita selalu pikir camtu gak tau yuyu..bila panas je pikir,skrg pn dah tak thn,,,nnti kalaulah di akhirat bagaimana..astaghfirullahalazimmm

    ReplyDelete
  44. tapi skang ni mmg panas gilosss.
    tgh duduk pun boleh bepeluh.

    tu belum berlari-lari lagik .
    aiyakk !

    ReplyDelete
  45. kena sunburn t Yuyu..terbakat kulit halus tue karang.. ^_^

    ReplyDelete
  46. yuyu cayang.. rindu kat adik haku sorang ni.. yuyu jom join contest kak azie.. ksi suport! hihihi..

    http://azziesamad.blogspot.com/2011/06/tiba-la-masa-yang-ditunggu-tunggu.html

    ReplyDelete
  47. sekarang panas lain macam.. rase2 macam nak demam jer..tapi tak demam2 gak..huhu..tapi terlampau panas..sampai sakit telinge..[eeerr..ade kaitan tak?? huhu]

    :: muhasabah diri...:(

    ReplyDelete
  48. saling ingat mengingati.. kan ? :)

    ReplyDelete
  49. itulah kan, ini baru sikit ujian yang Allah SWT uji pada hambanya. Kalau diSANA kelak, hmm 1 hari umpama beribu-ribu tahun.. Takut juga bila difikirkan..Allah SWT maha besar. :)

    Jom baca ni :TV Al-hijrah kini di saluran Astro 114. Kitab Cinta dan Cinderella Man the best.

    ReplyDelete
  50. panas dunia xsma dgn pnas akhirat...
    pinjam payung ;P

    ReplyDelete
  51. @Mama Zharfansetuju ngan mama, ini pun dah menyumbangkan pahala buat yuyu.

    ReplyDelete
  52. panas ow....sekarang ni extra2 panas...hehehe

    ReplyDelete
  53. Jiji-Fify : sobbsobb.. termasuk dengan yuyu.. tahu mengeluh ja keje yuyu~

    ReplyDelete
  54. meaw : yuyu pun macam tu.... T_T hmmmm.... leka sungguh kan~

    ReplyDelete
  55. kdg2 xsedar wt dosa pree...huhu

    eh mcm comel ja payung polkadot merah bli kt the curve..hehe

    ReplyDelete
  56. Mrs.Yie: kalau salah, tegur tegur ya :)

    ReplyDelete
  57. fRaMe+LenSeS: hikhik... cewahhhhhhh~ macam entry agama la pulak :p

    ReplyDelete
  58. emieysandra : takut kalau mati esok~

    ReplyDelete
  59. KAMIHIDUP : kita manusia.... akan selalu jadi seperti manusia~

    ReplyDelete
  60. nasib baik masih ada terdetik nak fikir benda ni kan . :)

    ReplyDelete
  61. ~Kirin Selama Perak~ : KSP pun tak sempurna okay~

    ReplyDelete
  62. alfi kasran: kita selalu lalai sebab tak rasa lagi balasan Nya kan :)

    ReplyDelete
  63. alfi kasran : sikap manusia kannnn :)

    ReplyDelete
  64. risa : semalam sejukkkk! suka sangat! hari ni panas terik sangat :'(

    ReplyDelete
  65. 2 yg susah ble kelebihan yg di beri tuhan kita rase bangge,mendatangkan riak, riak pulak syirik kecil. dosa syirik susah untuk diampuni tuhan. mmg kita kan selalu brdolak dalik sama hak hati kita. yg penting merendah diri. ini pinjaman tuha sahaja..
    huhu..okey

    ReplyDelete
  66. msredcheesecake: hehehheeh.... ni semua buat pengajaran untuk kita kan :)

    ReplyDelete
  67. silap.. pinjaman *tuhan* je..hihi

    ReplyDelete
  68. iskandarzulkarn9 : amik la payung tu! yuyu ada banyak lagi :P

    ReplyDelete
  69. Budak Botak: hahahah.. dorang nak dok neraka kot :P

    ReplyDelete
  70. miss Sushi ♥♥: hahahah.. orang gila pun nak masuk syurga :P

    ReplyDelete
  71. shafida: tu la... panas nye lain macam la :'( sakit pp gebuss yuyu :P

    ReplyDelete
  72. el-janna : hahahaah.. mamat tu nak kena tu.. Happy Birthday :)

    ReplyDelete
  73. aReTikZ : sobbsobb.. bagus komen ni.. suka sangat :')

    ReplyDelete
  74. Rozuan Ismail : ehhhhh.. tu dah isu sensitip tu :P

    ReplyDelete
  75. masuk mana2 pun berbayar.... masuk neraka pun sebab berbayarlah... bayaran atas perbuatan didunia.

    visiting from chatbox.. hope u will visit back my blog.. Abszeen Picco

    ReplyDelete
  76. amat seram.. saapa2 pun x nak masuk neraka dgn percumaaa... mmg bingung tu org kalau masuk secara percumaa... drp masuk neraka better msuk syurga.. byk2 la buat amal ibadat, sedekah jariah ke.. oh ya yuyu.. sedekah la sikit earning dr Nuffnang tu hehehehe

    ReplyDelete
  77. huhu betul la cik yuyu..kadang2 benda kecik yg org len ckp bole buatkan kita terfikir n dlm masa yg sama insaf diri sendiri balik...huhu
    sama2 la kita fikir2 kn..huhu

    ReplyDelete
  78. amatlah terharu dengan tazkirah yuyu..best!!!

    ^_^

    ReplyDelete
  79. sama2lah kita saling ingat mengingati...

    tak salah kalau kita tengok kelemahan diri dulu sebelum nak hebohkan kelemahan dan kekurangan orang lain!

    ReplyDelete

Post a Comment

terima kasih sudi komen :)

back to top