April 30, 2011

Yuyu Kuat Terpengaruh Dengan Televisyen. -.-'

120 comments
Assalamualaikum ^^

kecik kecik dulu, yuyu mempunyai semangat tengok Tivi yang membuak buak. mungkin pendedahan daripada Sang emak yang menjadi suri rumah sepenuh masa kot. maka, tengok tivi adalah perkara paling kerap di lakukan oleh Sang emak, sehingga ia telah memberi kesan terhadap yuyu.

yuyu pulak ada semangat berangan yang tinggi.tengok cerita tu, mula la nak berangan nak buat benda yang sama. emak dah tak pening. sebab musabab emak tahu yang perangai yuyu makin menjadi jadi kalau di tegur. ni lah akibat nya.

pengaruh citer KungFu.
selalu yuyu naik tangga tinggi tinggi, kendian, terjun ke bawah buat buat terbang. kalau mak panggil nak makan je, yuyu akan naik tangga rumah dulu, buat buat terbang terus g dapur -..-' padahal jatuh bawah lantai, lepas tu bangun buat buat terbang. cehhh. paling tak leh belah,  
pernah sekali, terjun terjun, tersangkut kain, lepas tu jatuh kena tangga, longgar 2 batang gigi. berdarah.

tengok citer Bollywood
sebab musabab citer bollywood pompuan pakai sari, siap ada menatang ape entah yang warna merah di dahi tu, yuyu kecik kecik dulu, kalau nak keluar dengan emak, yuyu mesti gulung gulung T-Shirt yuyu sampai ke dada, dan pakai kain baju kurung. bajet dah macam orang India. amik lipstick emak dan calit kat dahi.  
emak marah sangat. emak tak nak bawa yuyu keluar. yuyu marah sangat. yuyu ambik lipstick emak, dan conteng semua dinding. kuat protest -.-'

pengaruh citer Melayu.
dulu kecik kecik, yuyu tak nak jadi orang kaya. entah badigol soo't ape entah. sebab musabab, bila tengok citer orang kaya je, mesti ada adengan sakt jantung. yuyu takut sangat mati masa kecik kecik dulu. dan yuyu buat kesimpulan sendiri, yang orang kaya akan mati cepat sebab sakit jantung. kalau citer pasal orang miskin, tak de pulak sakit jantung. 
tapi bila besar, ia terbalik. yuyu jadi mata duitan. $_$ semua nya duit sekarang.

pengaruh Doraemon
sebab musabab tengok poket Doraemon ada macam macam boleh keluar, pernah dulu pergi Beras Terbakar dengan emak untuk beli kain batik. tiba tiba nampak patung Doraemon besar. walaupun yuyu takut dengan anak patung, yuyu nak beli sangat. emak pun belikan. balik balik, yuyu seluk poket doraemon dengan harapan "Pintu Ajaib" akan keluar. tapi seluk seluk, satu habuk ape yuyu tak dapat. 
yuyu mengamuk dekat emak. konon nye, emak tertinggal semua barang barang ajaib Doraemon dekat kedai. yuyu salah kan emak. ajak emak pergi ke kedai tu semula. yuyu nangis lama sangat. rasa hampa sebab musabab, tak dapat apa yang di ingin kan.

pengaruh Chuky
sape pernah tengok citer Chucky yang seram tak ketahuan hala tu? pehhhh.. yuyu pernah tengok masa zaman hingus dulu. bayangkan lah yuyu ada anak patung banyak hasil belian Arwah abah. Barbie, Teddy Bear, Mr.Bean punya Teddy, macam macam la.  
tapi lepas tengok citer Chucky, terus yuyu takut sangat. yuyu tak leh tidur. yuyu mintak emak bakar kan semua teddy bear yuyu. sampai sekarang, yuyu takut Teddy Bear. Barbie Doll yang comel kemain pun yuyu takut. ciss. bedebah.

tengok, betapa kuat nya pengaruh Tivi dengan kanak kanak. sampai ada yang boleh bagi kesan sampai ke hari tua. sobbsobb. kalau tak sebab tengok tivi tu, mungkin yuyu dah ada koleksi teddy bear berjuta lemon kat rumah.

haish.. bila teringat balik, macam, eh-bodoh-nya-aku-dulu-dulu. ada juga pernah yuyu buat buat kena culik dengan orang, yuyu sembunyi bawa katil, lepas tu menjerit mintak tolong sorang sorang. grr! ape punya perangai la.

dah dah.. jom tolong Vote yuyu untuk hari ini ya. vote untuk DiGi WWWOW Awards, kelik SINI untuk vote.
                                                      

p/s : lukisan hudoh tak bermaksud tuan pun hudoh!

terima kasih sudi bace ^^

Kini Yuyu Telah Jatuh Cinta. Jiwangggg! Jiwanggggg!

47 comments
Assalamualaikummm ^^

Thai Silk  dari Butik Pink Ku 
          
ohh hari ni yuyu nak kongsi lagi sesuatu yang hebakk! yeahh! ia sangat hebakk sebenar nya. ia memenuhi keinginan seluruh wanita dan remaja. sangat sangat sesuai di jadikan Blogshop pilihan untuk setiap hari! Butik Pink Ku. wahh. nama blogshop ni pun dah buat kita jatuh hati kan ?


apa yang best kat Butik Pink Ku ni? lagi korang tak singgah sendiri, lagi tu la korang tak tahu tau. selalu orang tanya kat yuyu, mana nak dapat Inner Neck. siyes yuyu dah cari bersepah seluruh celah bedah dan celah pok cik Karim, tapi tak jumpa jumpa pun.

tapi, di Butk Pink Ku, memang ada! macam macam warna pulak tu. dan Fabrik nya sangat sangat bermutu tau. maka lepas ni, boleh la nak ber Style lebih sikit kan. nak pakai macam Hana Tajima pun dah tak kisah dah sebab musabab ada Inner Neck yang tutup leher ni.


selain daripada itu, macam mana jenis Shawl ada di jual. yang best nya, kebanyakkan shawl yang di jual, besar dan labuh tau. boleh la pakai nanti, tutup dada kan. yang terbaru di tawarkan oleh Butik Pink Ku ni adalah Italian Silk. pehh! vintage habis la lepas ni kalau pakai!


ini pulak Thai Silk pulak menjadi kegemaran yuyu. siyes yuyu suka sangat. Fabrik nya tak licin dan tak kasar. pendek kata, Thai Silk sangat sangat mudah di gaya kan. tak perlu nak gosok tau tak! lilit lilit sikit guna Inner Neck, nahhhh.. siappp!


kalau korang nak cari Inner, tok sah kat tempat lain, sini pun ada tau. dah la harga murah, fabrik terbaik, kaler pun ada macam macam tau. siyes tak susah susah nak cari tempat lain  la. sini pun ada. tengok la gambar kat atas tu pun dah tahu kan.

untuk kawan kawan blogger perempuan yuyu, Butik Pink Ku memang sesuai di jadikan Blogshop pilihan. memang tak di nafikan. perkhidmatana Kak Fara ni *kakak tu oiii, nampak macam remaja gitu!* memang terbaik la yuyu cakap. semua nya akan berjalan dengan lancar.

shawl yang di jual ada banyak pilihan dan banyak warna. ada pelbagai shawl yang kita tak pernah tahu sebelum ni. dan sangat sangat style yuyu cakap! kalau korang rasa yuyu tipu, saje nak ampu ampu supaya korang beli dengan memkhinzir buta, tak pe la. singgah lah sendiri, senang cakap.

kalau untuk lelaki pulak, apa lagi, untuk hadiah Hari Ibu ni, belikan lah satu tudung untuk emak korang. ada tudung biasa, ada shawl labuh labuh, macam macam gaya la. kalau yang ada isteri tu, beli lah intuk isteri. pasti dorang terharu.

tapi lagi terharu kalau korang belikan untuk yuyu, sebab yuyu sangat fleksibel. boleh terima barang free -..-'

ehhh! korang tunggu ape lagi! kang Sold Out kang, nyesal pulak! dah dah! jommm Singgah Butik Pink Ku dengan kadar lebih segera! jommmm! 

untuk tengok lagi banyak pilihan shawl, boleh lah terus ke 
tapi siyes yuyu cakap, yuyu berpuas hati sangat dengan Butik Pink Ku, sebab yuyu juga pengguna shawl dari Butik Pink Ku ni. InsyaAllah, di jamin korang akan berpuas hati tau!


ohh. lupa. sebelum korang singgah ke sana, kan lebih bagus korang Vote yuyu dulu untuk DiGi WWWOW Awards ni. heheh. kelik SINI untuk vote ye kawankawan.
                                                      
p/s : dari tadi tidur akibat penangan durian. T_T sampai hati durian. 

terima kasih sudi bace ^^

April 29, 2011

Ini Betul Betul Buat Yuyu Tak Keruan!

118 comments
Assalamualaikumm ^^

cakkkk! ada sesuatu yang hebakk yuyu nak kongsi la hari ni! well well well. Yuyu Zulaikha. kalau benda best, takkan la nak kepam celah ketiak sorang sorang je kan. mesti la nak kongsi dengan semua. hari ni nak kongsi benda best lagi sekali.

ehh. dahh! pagi tadi dapat satu bungkusan! wahhh! seperti sedia maklum. yuyu adalah penggemar cekelat. ia tidak dapat di nafikan lagi.

pehh! kali ni cekelat buatan tangan Atiqah Homemade Chocolate. siyes yuyu cakap, bukan nak ampu ampu suruh korang beli memkhinzir buta. tapi siyes, yuyu cakap. ia comel, sedap dan lazat hingga lekat celah gigi!

sampai terkejut yuyu tengok comel nya cekelat ni. sampai rasa macam nak simpan bagi cucu cicit makan tau. Atiqah Homemade Chocolate sesuai di jadikan cekelat untuk di makan masa korang tengah tengok Akademi Fantasia untuk elakkan stress tak ketahuan hala akibat pelajar kesayangan korang terkeluar.

boleh juga di jadikan hadiah untu bopren atau gelpren atau sebagai hadiah untuk yuyu yang hampir tiba ni. terima kasih. ^^ tak pun, sesuai di jadikan hantaran perkahwinan atau pertunangan :)

tengok la sendiri! betapa comel nya kan. kalau korang tak nak kupukupu ni pun tak pe. korang boleh ja pilih bentuk yang di tawarkan. boleh terus rujuk di Atiqah HomeMade Chocolate. sila kan ye singgah sane.

ishhh comel nya !



untuk kesan dramatik. korang kena makan sambil pejam mata macam ni -..-'

selain daripada rasanya yang sedap mencair di mulut dengan penuh sopan santun, bau nya Ya Allah, wangi nyaaa. buat kita terliur dah sebelum makan. kalau yang perasa susu, bau susu yang kaya. kalau perisa cekelat, bau macam cekelat kat tengah batang hidung tau.


mana lebih comel? cekelat ke yuyu? lebih baik korang kate, yuyu yang comel -..-'

yuyu memang cadangkan sangat sangat kat korang kalau nak beli cekelat enak lagi comel juga harum kemain kat sini. tak tipu tau. kalau korang beli, memang sangat sangat berbaloi. ia murah.

try la beli. kan Hari Ibu dah nak dekat. buat la hadiah kat Ibu korang  enam belas kotak. tak pun, buat untuk majikan korang dobploh kotak. budiman tak ketahuan di Hari Pekerja apa salah nya, ye dak?

dorang ada tawarkan untuk bentuk Alphabet. kalau yang yuyu, yuyu prefer "Kupu Kupu Kecik" supaya boleh upload tayang kat belog, korang boleh la tempah nama korang ke, nama Manap bopren korang ke, Cik Piah untuk jirang belakang rumah ke. siyes. dorang mesti terharu!

di sebabkan ia terlalu membuatkan yuyu terharu berbaur eksaited, dari tadi yuyu tepek je bijik mata kat Atiqah HomeMade Chocolate. nak makan ke, nak simpan kat cucu. nak makan ke nak simpan kat cucu. ishh. berbelah bahagi betul!

kalau korang nak tengok harga yang di tawar kan, dengan kadar lebih segera, terus kelik di SINI ye, dan untuk pengetahuan korang Atiqah HomeMade Chocolate sedang buat Promotion. 50% tuu! apa lagi! jommmm singgah dengan pantas nya!

kalau nak tengok, boleh la ke :
http://www.homemadechoc.com/  atau terus ke Fanpage dorang facebook.com/pages/Atiqah-Homemade-Chocolate/. korang boleh la tanya kat sana. jomm order! kalau yuyu cakap cekelat tu sedap, percaya lah, ia memang sedap!

dah telan air liur? okay, sekarang jom Vote yuyu untuk DiGi WWWOW Awards pulak. untuk vote, sila kelik  SINI ya.
                                                      
p/s : tengah ratah cekelat sampai lekat celah gigi. sedap nya.

terima kasih sudi bace ^^

April 28, 2011

Lain Yang Nak, Lain Yang Jadi! Tak Boleh Betul Yuyu!

119 comments
Assalamualaikum ^^

setelah hampir dua bulan menghabiskan cuti semester di kampung halaman yang amat paling sangat tercinta *untuk efek hiperbola tak ketahuan hala* , yuyu amat amat mengharapkan satu perubahan yang menggembirakan rohani dan jasmani, yakni pertambahan berat badan.

sekurang kurang nya, naik 5kg, dah mampu buat yuyu tadah tangan lalu bersyukur teramat. konon nya, dari


menjadi berat 42kg seperti yang yuyu idam idam kan.  bukan apa, sebab musabab, kalau di kira BMI, yuyu sekarang underweight tahu tak? sobbsobb. ke mana lemak lemak hasil gagah nya yuyu menketedarah selama ni? kemana??? kemana?? siyes emo dah T_T


 buat penat je makan meatball 16 ketul sekaligus tanpa rehat. buat penat je makan 76 papan cekelat enak sampai lekat celah gigi. buat penat je simpan tenaga dari di dermakan untuk kerja rumah. buat penat je yuyu kumpul mimpi mimpi indah yang konon nya semua perkara di atas penyumbang berat badan tercemerlang.

-..-'

tapi tahu tak apa yang telah berlaku pada yuyu? yang lain yang nak, yang lain yang dapat. siyes nak emo lagi.



sobbsob. yang naik bukan berat badan. tapi yang naik nya pipi je T_T siyes sekarang yuyu nampak sangat tembam. kalau senyum sikit je pun dah naik pipi macam kuih apom. ape salah yuyu!? kenapa bukan badan yang naik seperti yang yuyu idam kan?

adakah badan tak mampu nak menampung lemak yang ada lalu terus transfer ke pipi hingga pipi yuyu menjadi apom seperti sekarang? pening kepala yuyu. hari tu minum weightgain. ya. seperti di ketahui umum. badan tak naik, pipi saje naik dengan mengada ngada -.-' dah la. nak teruskan naikkan berat badan! 

sila doa ye!

ehhh.. sebelum doa, jom VOTE yuyu DiGi WWWOW Awards dulu!  jom kelik SINI untuk vote ya!
                                                      
p/s : nak main Jutaria dengan adik lepas ni. beliau beli tanah yuyu tadi T_T nak balas dendam!

terima kasih sudi bace ^^

Yuyu Zulaikha Di Cop Sombong Tak Ketahuan Hala.

118 comments
Assalamualaikum ^^
p/s: lukisan hudoh tak bermaksud tuan pun hudoh. 

sapa sapa yang kenal yuyu dalam dunia realiti *pehh.. realiti la sangat*, pasti korang kenal yuyu adalah spesis makhluk yang aneh. yak ni, spesis makhluk yang suka bersendirian dan boleh terjimba keseorangan di Kolompo. tanpa rakan taulan sekalian.

mungkin kerana kenangan lama yang membuatkan yuyu kuat untuk berseorangan. tapi bukan sombong tau. orait je kalau ada kawan. cuma yuyu tak bergantung sepenuhnya kepada kawan dan kurang percaya.pendek kata, kehidupan seharian yuyu, memang sorang sorang. sombong kah yuyu? tak tak. tak sombong. yuyu kan peramah tak ketahuan hala. best pula puji diri sendiri.

tapi bukan saja saja yuyu macam ni. pengalaman buatkan yuyu terus berusaha tak bergantung dengan orang lain. dan tak percayakan kawan 100% mahupun 90% atau 80% sekalipun. kalau dulu,  yuyu terlalu mengharap kan kawan. 

pernah dulu ada kawan, ingatkan kawan yang sayang kawan. tapi kawan makan kawan. 
punya percaya kat kawan, datang kat yuyu sebagai penyelamat yuyu dan ex bopren yuyu dari gaduh. seminggu lepas yuyu dan bopren dan putus,check talipon kawan, tengok tengok, bersayang sayang dengan bopren yuyu. bila tanya kenapa buat macam ni "entah la, i pun bingung kenapa i jadi macam ni. mintak maaf". apa boleh buat. malas terus nak percaya orang lepas ni. 
sorang ni, mintak yuyu ajar kan itu ini. semua tips yuyu bagi dengan harapan sama sama berjaya exam nanti. bila ada assignment, beliau demam, semua assignment beliau yuyu siap kan. esok nya yuyu balik ke Johor. mintak tolong beliau hantarkan. tapi? heran yuyu kena panggil dengan lecturer, carrymark yuyu jatuh. sebab tak hantar assignment 1. bila tanya beliau, langsung tak jawab terus masam muka sampai yuyu habis belajar. sampai hati.

dan banyak nak mammmppp lagi..

pendek kata, kadang kadang kawan hanya ambil kesempatan kat yuyu. tapi, selepas yuyu sedar semua tu, yuyu cuba kuatkan diri. cuba hidup tak bergantung kepada kawan. cuba buat apa pun, yuyu buat sendiri. mulanya susah. sebab sekeliling nampak simpati dengan kita. macam orang pulaukan kita.

malu kan. tapi yuyu terus kan juga. yuyu mula cuba hidup tak bergantung dengan kawan bermula pada umur yuyu 20 tahun. muda la juga tu kan. maka sekarang, yuyu dah terbiasa dengan hidup sorang. 

kadang kadang orang ingat yuyu sombong. atau tak ada kawan. bukan. yuyu berkawan dengan semua. cuma bergerak solo macam Fergie dengan Black Eyed Peas. pulak dah -..-'

ke kelas pun sorang. kat hostel pun, yuyu mintak dok sorang sorang. nak ke Mall pun, kalau tak dengan laki masa depan yuyu, pasti korang akan nampak yuyu sorang sorang. masa tu, terasa Amerika tak ketahuan hala. kahkah. Amerika la sangat.

masa orentasi, yuyu bergerak sorang sorang. berteman dengan earphone dan novel omputih. orang akan susah rapat dengan yuyu. tapi tak kisah. sebab yuyu lebih selesa orang rapat dengan yuyu bila orang tu dah kenal yuyu. kenal yuyu. baru syok berkawan.

dalam bilik, yuyu sorang sorang. bila ada kawan kelas datang bilik yuyu, dorang akan heran. dorang akan tanya "tak sunyi ke?" "tak takut hantu ke?". jujur yuyu cakap, memang yuyu sunyi, yuyu takut hantu. tapi lebih baik dari serabut kepala hotak nak pikir hal dengan kawan. lebih bagus yuyu ke bilik kawan setiap masa dari ada dengan kawan dalam satu bilik.

selalu juga yuyu ke MidValley tak pun Times Square, Pavillion sorang sorang. lepas tu, baru lah jumpa kawan kawan lama kat sana. tu pun kalau dorang free. kalau tak,yuyu jalan jalan sendirian. entah lah. sampai sekarang, dah terbiasa dengan cara hidup sendirian ni. rasa lebih senang dan selesa.

kadang kadang orang pandang serong, konon nya, yuyu sombong. tapi mana lebih bagus? pikiran orang ke pikiran diri sendiri? orang tak kenal yuyu, orang takkan tahu sape yuyu. tapi, bila dan kenal yuyu, pasti korang akan lebih selesa berkawan dengan yuyu. siyes! muka ketat!

tak da la teruk sangat yuyu sampai taknak kawan dengan orang kan. sebab bagi yuyu, yuyu kawan dengan semua orang. cuma tak suka libatkan diri dengan life orang. bagus juga tau jadi macam ni. sebab tak join sesi mengumpat. tak join sesi tarik muka takkala touching tak ketahuan hala.

yang penting, yuyu tak susahkan orang. yuyu susah, yuyu susah sorang sorang. tu ja. kalau kawan susah, yuyu tetap akan bantu macam biasa.

dah la.. panjang la pulak. jom la vote yuyu pulak. vote yuyu untuk DiGi WWWOW Awards ya korang! vote SINI
                                                      
p/s : tengah batak dengan Twitter ^^ sebab tu la tak hapdet belog. kahkahakah! jommm!

terima kasih sudi bace ^^

April 27, 2011

Sebab Musabab Yuyu Sayang dan Terharu dengan Keluarga.

113 comments
Assalamualaikum ^^


sekarang yuyu tengah menghitung hari. ada lagi 2 minggu yuyu akan luangakan masa bersama keluarga tercinta. lepas tu? yuyu akan balik ke Kolompo. maka, tamat lah cuti semester yuyu selama 2 bulan. tamat lah juga sesi melantak hidangan bawah tudung saji buatan emak :(

sedih sebenar nya.  bangun pagi tadi, terus tengok kalendar di talipon. air mata tok sah kata, keluar secara tak sengaja dengan mengada ngada. pagi pagi dah buat emo tak ketahuan hala.

sayang nya yuyu nak jauh dari keluarga, tambah tambah semalam emak dan abah buat yuyu terharu kemain. buat lagi tak nak jauh dari keluarga. mari yuyu cerita kan hal semalam....... *sila amik emosi hiba*

emak dan abah yuyu memang kenal anak dara dorang ni. bab makan sangat sangat cerewet dan selalu saja perut mengada nak melantak tak kira pukul 1 atau 2 pagi. ia memang tabiat buruk yuyu sebenar nya. yakni menyusah kan emak bapak bab makan.

petang semalam, yuyu dah melantak ikan goreng sambal emak 3 ekor. kenyang sangat. yuyu tak makan nasi. pukul 9 malam, yuyu minta abah buatkan bolognese untuk yuyu. tapi tak boleh, sebab sos nya dah habis. yuyu melantak saja apa yang ada di dapur.

pukul 12.30malam. yuyu emak dan abah masih belum tidur. masing masing kusyuk bebenao layan muvie tamil. pebret seisi keluarga. tiba tiba yuyu lapar. bukan tiba tiba sebenarnya, tapi memang tabiat yuyu yang kuat makan. hanya berhenti makan takkala tidur. -.-'

yuyu geledah habis dapur. yuyu lapar tom yam. yuyu cakap kat mak dan abah
"makk, lapaq tom yam.."mana ada tom yam. nasi pun tak dak dah. dah pukoi berapa"."lapaq la"  *degan harapan, nasi akan jatuh dari langit*"jomm la kita keluar p beli tengok kat Kuah ka Padang Matsirat ka""uish, dah pukoi berapa dah mak. 5 minit lagi pukui 1. ""dah kak lapaq. jom ja la..tak mao.. lewat dahhh.."
tiba tiba dengar enjin kereta abah bunyi. abah siap tanya yuyu
kak nak makan apa? 
cepat cepat yuyu bagitau abah yang dah lewat. yang konon nya yuyu tak la lapar sangat. abah pun matikan enjin kereta. terharu yuyu. emak dan abah yuyu sanggup nak keluar cari makanan untuk anak dara dorang yang lapar tak ketahuan hala di kala orang lain dah mimpi round ke 7.

yuyu masuk bilik tidur. tidur dengan aman. dan siap mimpi bersuka ria bersama Justin Bieber. tiba tiba abah kejut yuyu....... sobsobb T_T
kakak... bangun. p makan tom yam dulu. panas lagi
haa??! terkejut lalu yuyu terharu seketol ketol yuyu di katil. terasa macam nak menangis lalu peluk emak dan abah macam dalam drama selalu buat  -.-' tapi apa kan daya, yuyu tak la sedramatik itu. hanya mampu kata "haaaaaaaaa!" dengan perasaan hiba berbaur terharu saja.

 tak sangka emak dan abah sanggup keluar belikan makanan untuk yuyu walaupun dah 1 pagi. yuyu ke dapaur dan makan dengan air mata bergelinang. siyes terharu tau. emak dan abah sangat sweet. lebih sweet dari laki masa depan yuyu yang sanggup merempit dari UNITEN ke kampus yuyu untuk hantar makanan

-.-'

hmm.. ni lah yang buat kan yuyu rasa sayangg sangat nak berjauhan dari keluarga. kalau nak cerita bab yuyu terharu, memang banyak. tapi, yuyu cerita yang hal beli tomyam lalu yuyu terkedu terharu saje la. sebab rasa ia lebih fresh dan rasa terharu tu masih belum hilang.

macam mana la kalau yuyu tak ada keluarga? yuyu percaya, yuyu takkan kuat macam ni. selama yuyu berbelog, emak la yang sokong yuyu habis habis. waktu kena hentam dengan sorang blogger, emak, abah dan adik yuyu lah yang sokong yuyu. terima kasih kepada rakyat rumah ku. i lap u.

dan dah. yuyu nak tolong emak siapkan langsir tingkap jap.

ohh korang, sebelum yuyu kesat air mata sekali lagi, jom tolong vote yuyu untuk hari ni. vote untuk DiGi WWWOW Awards ya. sila tekan SINI untuk vote, atau terus tekan gambar
terima kasih sudi bace ^^

April 26, 2011

berhenti berbelog? hmmm..

69 comments
Assalamualaikum ^^

yuyu teringat lagi semangat yuyu dalam berbelog dahulu. sangat bersemangat yuyu dengan belog. sanggup yuyu tepek bijik mata berjam jam demi belog. tapi kini? yuyu dah tak ada semangat semua tu macam dulu. yuyu sendiri tak tahu kenapa.

ni lah header yuyu yang pertama. dengan header yang yuyu buat sendiri lah, yuyu sangat bersemangat nak berbelog. tak jemu langsung.





ini yang terbaru. tapi, masih rindu dengan hasil header buatan sendiri.


tapi sekarang? masih bersemangat. cuma yuyu ada sedikit masalah dengan jiwa. pehhh.. jiwa la sangat kan .

yuyu terfikir untuk berehat dari berbelog untuk satu tempoh masa yang agak lama. tapi, yuyu masih ada kerja yang masih belom di langsai kan. yakni, review 5 pemenang Ferrero Random GiveAway tempoh hari. nak buat sekarang, takut hasil tak seberapa. kesian dorang

yuyu terpaksa cari waktu yang sesuai yakni bukan sekarang. minta maaf ya kepada 5 pemenang tu.

entah apa yang ganggu kepala hotak yuyu sekarang, hingga yuyu jadi macam sekarang. bukan masalah cintan cintun sehingga yuyu terpaksa frust tersimpuh sebab yuyu takkan menonggeng. yuyu kan sopan santun tak ketahuan hala. ^^

ini masalah dengan jiwa raga yuyu yang berserabut saja. mungkin sebab musabab belog sudah jemu dengan yuyu. ye ke? tak tak.

cuma yuyu yang tengah dalam keadaan tak bagus sekarang. dah la.. nak rehat. nak makan. nak blogwalking je. apa apa pun , yuyu sentiasa sayang kan belog yuyu, pembaca, rakan blogger yuyu semua. I love you.

sedih sedih juga, promote tetap kena promote. meh la vote yuyu untuk hari ni. meh kelik SINI untuk vote ya.
                                                      
p/s : doa kan yuyu jiwa yuyu kembali pulih ya :)

terima kasih sudi bace ^^

kerana keadaan sekeliling memaksa menjadi Yuyu Zulaikha sekarang.

83 comments
Assalamualaikumm ^^

zaman pertengahan.

dalam hidup yuyu, macam macam yuyu teringin nak buat. nak itu, nak ini. kalau boleh yuyu nak rasa apa yang orang rasa. orang cantik, yuyu pun nak cantik. orang banyak duit, yuyu pun nak banyak duit. orang banyak kawan, yuyu pun nak banyak kawan. orang berjaya, yuyu pun nak berjaya.

pendek kata, yuyu nak sangat rasa apa yang orang lain rasa. tapi masa yuyu belasan tahun dulu. yuyu tak ada semua tu.

dulu, yuyu teringin sangat jadi cantik:
ada seorang kawan rapat yuyu ; Hasyimah nama beliau. sangat sangat cantik. kami berkawan 4 orang. rapat sangat. Hasyimah, Madihah, Fasehah dan Yuyu. dalam semua peserta AF9 kami, Yuyu lah paling selekeh. muka berjerawat teruk, paling buruk pakaian, paling juga gelap. serius. yuyu tak macam sekarang. teringin sangat yuyu besar nanti jadi cantik. tahu urus kan diri sendiri.

dulu, yuyu teringin sangat jadi pandai:
dalam kelas, masa di sekolah dulu, ada kawan yuyu sangat pandai. dalam kelas, beliau suka mengumpul mimpi mimpi indah. tapi dapat result hebakk tak ketahuan hala. semua orang suka berkawan dengan beliau. yuyu? selalu saja sorang sorang di meja kelas. nak kawan, dorang amalkan sistem berpuak. teringin sangat yuyu jadi pandai tapi masih berkawan dengan semua orang.

dulu, yuyu teringin ada duit sendiri, beli macam macam:
keluarga yuyu tak manjakan anak dengan duit. kalau nak beli, usaha sendiri. dapat duit sekolah, lapik perut, kumpul sendiri dan beli. bukan semudah jerit kat mak bapak, lalu duit datang bergolek. pernah dulu nak beli majalah Hype! sebab nak tengok lirik lagu dalam tu, yuyu tak makan 2 hari. sanggup. ni buat yuyu teringin bila besar, yuyu ada duit sendiri untuk beli apa yang yuyu suka. tapi boleh lagi kongsi supaya semua merasa.

dulu yuyu teringin ramai kawan:
yuyu selalu tengok kawan kawan yuyu yang lain banyak kawan. macam senang sangat. umpama kawan datang bergolek dari langit jatuh ke riba. tapi yuyu? susah sangat, bukan sebab yuyu sombong atau memilih kawan, tapi yuyu tahu orang tak nak berkawan dengan orang yang tak ada apa apa. teringin sangat dulu yuyu ada ramai kawan dan yuyu takkan memilih sapa pun jenis kawan yuyu.

 tapi sekarang.... Yuyu bersyukur...

walaupun yuyu tak paling cantik di antara korang semua, tapi yuyu syukur, yuyu tahu macam mana nak urus kan diri sendiri tak mungkin yuyu boleh kata yang yuyu tidak lah sangat ketinggalan kalau bab fesyen semasa. yuyu juga tahu apa yang perlu yuyu buat untuk terus merasai nikmat hingga bersyukur jadi seperti sekarang.

yuyu berusaha agar yuyu tak ketinggalan dalam pelajaran. kerana bagi yuyu, dengan ilmu, datang nya rasa hormat dari orang lain. dan kerana yuyu berusaha dan Allah selalu tolong orang yang berusaha, yuyu guna kan ilmu yang yuyu ada di kongsi bersama dengan semua. puas hati sangat. takkan amalkan sistem berpuak macam orang guna.

kerana kepala gagah keras mencari duit sendiri tanpa mengharap kan dari poket Sang emak dan abah, yuyu bersyukur sekarang, sikit sikit, yuyu berusaha, sikit demi sedikit, ada saja Allah mudah kan jalan yuyu untuk dapat kan sesuatu dengan hasil sendiri. dengan berbelog juga, sikit sikit yuyu mampu sekarang untuk beli apa yang yuyu inginkan.

sekarang ada dunia maya . walaupun maya, tapi boleh jumpa dalam realiti. dan sekarang, yuyu sekarang, ada ramai kawan di dunia realiti, di dunia maya lagi la. belog dan facebook. yang myspace dulu siap dah jadi kawan rapt sekarang. tapi yuyu tetap takkan memilih kawan. biarlah sapa kau, yuyu tetap kawan seperti biasa.


dan sekarang, walaupun yuyu hampir dapat semua apa yang yuyu impikan dulu, yuyu tetap yuyu yang sama. yuyu terus menghargai zaman yuyu belasan tahun dahulu. zaman yuyu selalu  hidup dalam angan angan. zaman di mana yuyu selalu di pinggirkan semua. balik sekolah, terus menangis mengadu pada emak yang yuyu tak ada kawan.

kalau tak ada zaman silam yuyu yang ngeri dulu, pasti yuyu takkan berangan untuk dapat semua tu. dan mesti yuyu tak akan jadi macam sekarang. syukur. sebab bagi yuyu, selagi kita nakdan berusaha, selagi tu lah kita akan dapat. InsyaAllah.

dahh. emo pulak. jom tolong Vote untuk yuyu hari ni kepada yang tak vote yuyu lagi ya, jom vote kat SINI. atau terus kelik gambar ni

p/s : kadang kadang, kita terlalu ingin dapat sesuatu kerana keadaan sekekeliling yang memaksa.

terima kasih sudi bace ^^

Jommm! Nak kongsi barang baikkk punya!

69 comments
Assalamualaikum ^^
mempersembahkan! -..-'
               

yuyu terasa yuyu dah jumpa blogshop yang menyediakan shawl yang paling perlu ada walaupun satu untuk setiap wanita atau perempuan atau nenek atau adik perempuan! tak kira yang keje bank atau pelajar! pehhhh! siyess!

takkan la benda best nak senyap biar kepam sorang sorang kan? mesti la nak kongsi biar sama sama dapat rasa teruja macam makan cekelat hingga lekat gigi kan kan kan? nak tahu blogshop apa? mehh tengok!

Saya Punya Shawl!

ada satu shawl tu sangat sangat senang nak pakai. Shawl Pakistan. yuyu rasa, kalau nak ke kelas ke, nak pergi interview ke, nak ke sesuatu yang sibuk, shawl ini adalah pilihan tepat. kerana, korang tak perlu nak gosok, tak perlu nak pakai pin banyak banyak. cuma satu pink dah cukup.

dah tu, senang di gaya kan apa apa gaya pun. serius yuyu suka gila dengan satu shawl yang ada di Saya Punya Shawl ni. ni contoh nya!


korang tak caya shawl ni sangat senang nak di gaya kan? dan sangat sangat mudah nak urus kan? meh tengok video ni. yuyu tunjuk yuyu buat satu gaya yang simple dan tak perlu nak pakai pin banyak. 1 pin pun dah cukup. siyes boleh buat masuk bag pakai takkala shawl yang kita pakai menggeleber degil tak ketahuan hala. boleh tukar pakai shawl tak degil ni!

sori suara perlaham sangat. yuyu kan sopan santun -..-'

sekarang dah percaya kan? senang kan. tok sah nak kalut kalut dengan Shawl Pakistan ni. dah la senang, mudah, dan ikut cakap kita pulak tu. memang wajib ada setiap sorang. 

korang wajib singgah Saya Punya Shawl ni. dan pasti korang takkan rasa rugi. sebab musabab, ada macam macam jenis shawl yang mereka tawarkan. dan harga yang di tawarkan sangat sangat murah walaupun buat kita yang masih lagi bergelar seorang student ni.

Saya Punya Shawl juga ada buat Shawl Combo. dengan menawarkan harga termurah la! korang wajib singgah tengok. memang tak rugi wa cakap lu! Inner dengan harga murah pun ada. kira nya, Saya Punya Shawl memang terbaik lah untuk di jadikan Blogshop pilihan kalbu! jommmmmm Singgah sekarangggg!

sebelum shawl pilihan korang Sold Out!

ohh.. promote promote juga, jom Vote yuyu juga jomm!. tekan SINI ya. atau terus tkan gambar ni!
                                                      
Terima kasih sudi bace ^^

April 25, 2011

Macam Mana Follower Yuyu Jadi 6k++ Dalam Masa 4bulan?

114 comments
Assalamualaikum ^^

yuyu tak paham, pehal yuyu tepek pic ni. Ihsan Goggle. malas nak lukis Doogle -..-'

tadi ada seorang blogger email yuyu satu soklan yang penting antara yang hidup atau yang suku suku mati. siap subjek email nye "PENTING". gelabah yuyu buka check. ingat kan nak kasi wasiat tanah 14ekar. rupanya beliau cuma tanya :
"salam dik yuyu, sbnarnya abg nak tnya lama dh, tp takut tak di layan. ye la, blogger ***** selalu busy. abg phm. abg dpat tahu adik aktif blog baru 4 bulan. tapi follower dari dah nak hmpir 7k. kongsi la tips. sebab abg tgok, blogger yang banyak follower msti dah lama blog. paling cepat pun sthun lebih. tp adik baru 4 bln dh 7k. harap dik yuyu sudi kongsi tips. salam"
sebenar nya, banyak yang bertanya tentang soalan yang mirip mirip dengan soklan abang di atas. kadang kadang dah balas. kadang kadang boleh kopi pasta saja semua jawapan tu.baiklah mari yuyu terang kan di sini, agar ia tersemat hebakk kat kepala hotak.

Alhamdulillah. terima kasih kepada rakan rakan blogger yuyu yang sudi ikut perkembangan belog yuyu yang serba naif ni.

ya betol kata Abang. belog yuyu baru 4 bulan aktif. yuyu bermula berbelog pada 2008. tapi masa tu, yuyu langsung tak aktif. entry ni ada 1 entry untuk 2 bulan kot. tapi setelah  25Disember2010 yuyu mula aktif. tak pernah tak tinggal pun nak update entry.

yuyu sebenar nya tak ada apa apa tips yang nak dikongsikan. walaupun yuyu pernah kongsi Tips Tingkatkan Follower, tapi yuyu tak pulak la buat semua tu.

entah la. mungkin rezeki kot. rezeki masing masing la. yuyu hanya usaha menaip entry sekerap mungkin, dan cuma singgah ke belog yang rajin komen yuyu. dan yuyu akan ping setiap entry yuyu di facebook, fanpage yuyu dan juga group yang yuyu join. tu saja.

yuyu tak guna prinsip "i follow u,u follow i". sebab musabab, yuyu lebih suka orang follow yuyu dengan secara rela. sebab bagi yuyu, belog yuyu tak da la gempak hebakk sampai nak suruh orang follow . kalau nak follow, terima kasih sangat. yuyu sangat sangat hargai.

selain tu, mungkin juga di sebab kan banyak juga belog yang tepek belog yuyu di bloglist dorang. ini sangat membantu sebenar nya. setiap kali orang masuk ke mana mana blog, ada yang suka check bloglist kan. ini membantu sebenar nya.

apa lagi ya?

ohh.. backlink! dan entry! yuyu tak nafikan, sejak dari bulan Februari, banyak blogger yang backlink dan buat entry pasal yuyu. terima kasih sangat sangat. mula nya, yuyu buat operasi kumpul entry entry yang blogger buat untuk yuyu di SINI, tapi sekarang? :( minta maaf, sejak bulan 3, yuyu dah tak buat lagi dah. kalau korang ada buat entry pasal yuyu, bagitau lah ye. nanti yuyu tepek di SINI.

yang lain yuyu tak tahu. siyes. yuyu takkan kepam sorang sorang celah ketiak kalau yuyu tahu. yuyu pasti akan kongsi dengan semua. tapi tu saja yang yuyu tahu. dan bagi yuyu, Alhamdulillah. ini semua mungkin rezeki yuyu.

rezeki masing masing kan. apa pun, yuyu berterima kasih sangat sangat kepada yang sudi follow yuyu. yuyu hargai sangat sangat. cuma nya, bagi yuyu apa yang paling penting adalah sokongan korang akan penulisan yuyu ni. atau lebih simple, pembaca setia :)

dah dah. follower yuyu tak la ramai mana pun, kalau Hanis Zalikha tengok yuyu, entah entah dia gelak je. -.-'

ohh.. korang! tolong la VOTE yuyu untuk hari ni ya! vote la kepada sapa sapa yang tak vote yuyu lagi hari ni. kelik di SINI untuk vote, atau cuma tekan gambar ni.
p/s : berbelog secara aman kan lagi bagus :)

terima kasih sudi bace ^^

Tips Untuk Hidup Lebih Bahagia.

51 comments
Assalamualaikum ^^

ihsan Google. malas lukis Doodle lagi.

selamat pagi semua! ada yang masih berkubang dengan bantal dan selimut ke? ada yang masih air liur basi lekat hebakk kat mulut ka? yuyu? dah siap mandi. dah siap buat sarapan untuk family. dah siap kemas rumah. ya. yuyu memang sesuai jadi menantu orang dah *sambil kilatkan kuku*


apa plan korang hari ni?

nak tips hidup dengan rasa lebih aman tak? meh sini yuyu yang nak kasi. amal kan kalau nak korang hidup tanpa nak garu kepala bingung 8374273486 kali :
  • jangan buka aib orang kalau taknak aib sendiri di buka.
  • jangan fitnah orang kalau taknak orang fitnah kita
  • jaga hubungan sesama kita, kalau nak orang menghargai kita
  • sayang diri lebih kalau nak kita di sayangai orang
  • jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jangan hubungan kita sesama mahkluk
  • sentiasa berfikiran positif kalau tak nak sakit kepala hotak
  • sentiasa berdoa
apehal simple sangat? kalau ni aku pun tau! ya. kita memang tahu macam macam. tapi tak buat.

motif nya, apa pun yang kita nak atau kita harapkan, semua nya bermula dengan diri sendiri. mulakan dengan diri sendiri dulu. kalau kita benda baik, dan kita usaha sesuatu untuk dapatkan yang baik InsyaAllah Allah sentiasa membantu kita.

tak seronok ke hidup dengan rasa gembira tak ketahuan hala selalu? dah. bangun awal awal ni, jom kita muhasabah dengan diri. apa yang kita nak sebenar nya. kalau nak kaya, gagahkan kepala hotak nak dapatkan duit dengan cara halal.

jangan ja pagi pagi ni, kita tak tahu arah tuju untuk hari ni. sebagai peringatan untuk di sendiri yang selalu selalu selalu selalu lalai juga. T_T

terima kasih sudi bace ^^

April 24, 2011

Tanah Suci

67 comments
Assalamualaikum ^^

 terus berdoa. Aminn

penat hari ni dengan mengemop lantai, menbersihkan halaman rumah, memasang tempe goreng celup tepung, membasuh baju seluruh rakyat rumah dan melahap semua makanan buatan diri sendiri akibat tak ada sapa yang nak makan. semua hal emak yuyu ambil alih. emak yuyu kan sedang meminang untuk adik beliau.

semalam ada seorang mok cik bertandang ke rumah yuyu. beliau baru saja balik dari umrah kata nya. penuh semangat beliau bercerita pengalaman beliau di sana. rezeki beliau lebih. mok cik tu pergi dengan sokongan penuh adik nya.

jeles kot. yuyu teringin sangat ke Tanah Suci. buat Haji. tapi kalau tak boleh pun, Umrah pun dah terlalu bersyukur sangat. memang dari umur yuyu 20 tahun, yuyu memang teringin sangat ke sana.

orang kata mungkin sebab tak dapat seru lagi. ye ke? yuyu tak percaya. bagi yuyu, Allah dah menyeru seluruh umat nya mengerjakan haji kepada yang mampu. siap menunaikan Haji adalah perkara ke 5 dalam rukun Islam.

Ihsan Pok Cik Gugel

cuma nya, tak ada rezeki lagi. ya. tak ada rezeki. tu yuyu rasa lebih sesuai dari tak dapat seru lagi. entah bila la yuyu akan ke sana. kalau la perempuan boleh pergi seorang diri, telah yuyu pergi sekarang. InsyaAllah. tapi perempuan perlu ada Mahram nya.

tunggu kawin je lah kot. Aminnn.

ada banyak kawan yuyu yang dah pun mengerjakan Haji. seronok nya tak terkata. teringin yuyu ke seluruh tempat tempat yang kawan kawan yuyu cerita kan. teringin yuyu selesai kan rukun Islam yang terakhir sekali tu.

kata ustaz, mengerjakan haji adalah wajib kepada yang mampu. tapi sekarang, yuyu tengok, banyak orang yang mampu, tapi duit nya di habis kan dengan melancong ke negara lain. sayang nya. selesaikan lah apa yang patut dulu kan. tapi tak nak kata lebih. mungkin dorang ada perancangan sendiri.

perancangan yuyu, sejurus yuyu tamat belajar, akan yuyu selesai kan dahulu hutang yuyu dengan PTPTN. tapi minta mintak yuyu dapat senarai dekan la. akan di tukar jadi biasiswa ye dak? tamat segala hutang yuyu, akan yuyu ke Tanah Suci untuk kerjakan Haji atau Umrah.

sebab yang wajib di selesaikan dahulu adalah hutang. kalau kita ada hutang, kita perlukan selesai kan hutang kita dulu. kata ustaz yuyu :
"kalau mati tak kerjakan haji, tak di apa lagi, tapi kalau mati, kita ada hutang, jasad ni antara bumi dengan langit"
 maka, InsyaAllah akan yuyu segera langsaikan hutang dulu. lepas tu,akan terus yuyu kerja kan Haji atau Umrah. tapi, layak kah yuyu ke sana? pasti lah layak untuk seluruh umat Islam. kita perlu yakin dan jangan bersangka buruk dengan Allah. Allah akan sentiasa menerima hamba Nya yang membuat kebaikan.

kan kan?

ohh.. kenapa entry ini macam berbaur emo? mungkin yuyu teringin sangat kot. mulai hari ni, yuyu akan siap kan diri yuyu untuk ke sana. semoga Allah tunjukkan jalan yuyu untuk ke sana. Aminnn. doa kan ya.

korang ada tak pengalaman pergi ke Tanah Suci? moh le share dengan teman ^^


Terima kasih sudi bace ^^

April 23, 2011

Soalan

79 comments
Assalamualaikum ^^

ni la pari pari Yuyu Zulaikha.



Yuyu Zulaikha? kenapa Yuyu Zulaikha? nama betul ye?
nama di beri oleh mak bapak yuyu adalah Asmidayu Zulaikha. mulanya orang panggil Ayu akibat yuyu adalah perempuan yang sangat ayu lagi sopan santun menghormati orang tua. namun, setelah lama berabad dulu, kawan kawan tukar panggil Ayu ke Yuyu. ni juga tak bermaksud yuyu adalah kakak kepada YuYu Hakusho. siyes tak de sangkut paut.

berapa umur yuyu?
yuyu teah di lahirkan pada 22may2010. masih lagi bayi comel -..-' tak la. pada 22may1989. dan di sebabkan di lahirkan pada tahun 80an, jiwa retro dan klasik sudah sebati dengan yuyu. bukti nya, yuyu menggunakan "choomel" instead of "comel".


berapa tinggi yuyu? kenapa macam rendah je tengok gambar yuyu kat FB?
derr. wa touching derr bab bab tinggi ni. supaya korang tak tanya lagi, tinggi yuyu adalah 140cm. ya. ia genit. tapi siyes yuyu rasa ia choomel. *sedapkan hati*


Izamir Rizdhuan tu laki masa depan yuyu ye? sebab tengok kat sidebar yuyu.
hoishhhhh! simpang enam jalan semarak la! kang marah pulak laki masa depan yuyu. sebenarnya, beliau adalah rakan niaga  belog yuyu. jiran belog la macam abang bengg bengg boom dengan pak cik mat tak berapa gebu. idea pak cik mat tak berapa gebu. kami tukar tukar feed blog, supaya saling membantu traffic kan. korang pun boleh buat. cari rakan blogger buat macam kitorang.

macam mana yuyu boleh update kerap sangat belog? tak ada keje ke? tak study?
yuyu kerap  update belog adalah di sebab kan yuyu adalah pelajar yang mengalami cuti semester selama 2 bulan. di saat cuti semester ni lah yuyu berusaha sedaya upaya nak dekatkan diri dengan blogger. isi masa lapang. lebih bagus dari lepak kat Tesco 6 jam kan. nanti dah study, susah la nak update.


Yuyu Zulaikha ni adik Hanis Zalikha ye?dari segi nama okay.
hmm. soalan paling kerap. -..-' padahal yuyu la sepatutnya kakak. yuyu 22 tahun beliau 21 tahun. haish. kitorang tak ada kaitan langsung. yuyu kenal beliau. beliau pun kenal yuyu.... punya Meatball.

Terima kasih sudi bace ^^

Menjawab Persoalan Blogger Yang Menyampah Dengan Yuyu.

111 comments
Assalamualaikum ^^
petang petang yang aman sejahtera ni, tiba tiba di ganggu hebakk oleh seorang blogger yang sudi menjengah belog yuyu walaupun beliau ini amat tak suka dengan yuyu. beliau ni bukan cik anon. sebab yuyu tahu belog beliau. beliau juga bukan haters sebab kate beliau :
 "aku bukan hater ko, tapi aku nyampah dgn ko, yang ala ala nora danish. aku mmg tak suke pompuan spesis tu, y len ko ok je. sori yek"
ni la yang yuyu tanya dengan beliau kenapa tak suka yuyu. dah dah. bukan yuyu nak cakap pasal ni. beliau ada komen yuyu tadi :
"ko ni buat blog untuk ape ha? ko gila traffic ke? ko blog la secara ikhlas. tok sah gila follower.tok sah gila traffic. ingat. aku bukan hater ko, tapi aku nyampah dengan spesis macam ko"
 baik lah. kerana yuyu mempunyai sisa sisa masa yang agak lapang, yuyu akan jelas kan serba sedikit ya anak anak semua :


ko ni buat blog untuk ape ha : 
yuyu berbelog pada awal nya untuk menggantikan hobi mengumpul setem yakni hobi yang olskul gila gila. kalau cakap pada zaman sekarang hobi yuyu adalah mengumpul setem, pasti semua makhluk memandang sinis kepada yuyu. jadi yuyu bertukar ke hobi lebih hebakk yakni berbelog.

"wehh, hobi ko ape wehh?" "berbelog". pehh. sambil popping collar. hebakk kan. selain sebagai hobi. yuyu mencari pendapatan sampingan akibat ekonomi negara yang makin rakus memaksa rakyat nya mencari duit lebih. cekodok dah 3 biji RM1 kot! dulu 5 biji RM1.
ko gila traffic ke:
untuk mendapatkan duit lebih daripada Nuffnang, kita perlu lah berusaha lebih keras. yakni, dengan mendapatkan traffic lebih tinggi dri selalu. kalau orang keje kat Kedai Tempe Haji Yakkob kena buat overtime, sebagai blogger, kena la cari lebih traffic.

selain tu, boleh la tau kita punya peningkatan hari hari. kalau setakat tu je siap turun menjunam junam tak ketahuan hala, takkan nak happy kan. nampak UV tinggi sikit dari semalam, boleh la kembang hedong lagi 2 cm persegi.
ko blog la secara ikhlas. tok sah gila follower.
ehh! pandai pandai pulak kata orang ni berbelog tak ikhlas. nampak ke? ish. semua orang berbelog secara ikhlas. berbelog adalah benda baik, bukan nya tak baik, nak cari duit lebih pun benda baik juga, bukan nya nak curik duit orang pun ye dak. at least tak mintak mak bayar broadband setiap bulan dah.

gila follower? yang ni yuyu tak berkenan. dengan follower yuyu yang seciput tu pun yuyu di kata gila follower. yuyu langsung tak berpegang kepada prinsip "i follow u, u follow i". yuyu blogwalking ke belog belog yang selalu komen yuyu. sebagai tanda penghargaan. yuyu tak paksa langsung orang follow yuyu.

bagi yuyu, kalau suka dengan belog yuyu, sila kan follow. kalau tak suka, tak pa. tak touching mengada ngada la. -..-'

dah dah. berbelog la secara aman. kalau tak suka jangan nak membuat andaian yang salah. dan belajar lah hormat cara masing masing. walaupun orang tak suka yuyu, yuyu hormat cara dorang. nak benci dorang balik, memang tak kan punya. bagi yuyu, setiap orang ada pendapat masing masing.

dah dah.. dah jelas kan pasal yuyu dan belog? jommmm VOTE yuyu untuk hari ni pulak. yuyu perlukan lagi ihsan korang. sila kelik SINI ye. atau terus kelik gambar ni
untuk tengok ranking, kelik SINI

p/s : rindu emak. emak g Alor Setar. esok emak meminang untuk adik nya. hmm. yuyu je kat rumah. rindu cekodok buatan emak. T_T

terima kasih sudi bace ^^
© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.