March 31, 2011

Operator ni memang nak kena lepuk dengan yuyu la.

109 comments
Assalamualaikum ^^
p/s : lukisan hudoh tak bermaksud tuannya pun huduh! ^^

hehe.. entry sedih tadi di sebabkan perkara jiwang. jangan di layan la. dah melantak masak sardin buatan abah dan tom yam buatan emak, memang gembira habis la jasmani dan rohani yuyu ni. nak sedih sedih memang tak la selagi perut choomel yuyu ini gembira.

baik lah, jangan melayan benda sedih. tapi yuyu nak cerita sesuatu yang berlaku petang tadi :

petang tadi, yuyu dapat satu panggilan dari sebuah company.....

Alice : hello, boleh bercakap dengan Cik Asssss mii asmi daa yuuu Asmidayu Zuuu Zulaikha?
Yuyu : ya, saya Asmidayu Zulaikha bercakap. 
Alice : okay, saya Alice dari ***** Langkawi's Spa, cik Asss asmi asmiii
Yuyu : ya, saya, Asmidayu. -.-'
Alice : ya cik, kami telah terima permintaan cik dan kami ada tawaran untuk cik, dapat kan satu set  treatment di spa kami dengan discount 80%. 
Yuyu : wahhhh!!! *teruja wooo* betul ke!! best nya! jadi saye kena bayar berapa saja?
Alice : tak tak perlu Cik Assss miii Asmi da
Yuyu : ya, Asmidayu -.-'
Alice : ya, cik tak perlu bayar apa apa, kerana Manager kami akan bayar lagi 20%
Yuyu : ye kee! wahhh! seronok nyaa! tapi mahal kan? semua RM200 , tapi tak bayar langsung?
Alice : yaa. tapi Cik Asssss miiii Asmiddaa
Yuyu : hmmm.. Asmidayu.
Alice : boleh datang bila ya?
Yuyu : bila bila masa pun tak apa. tengah free.
Alice : bagus. kalau macam tu cik Assmi Asmiiii ass midaa
Yuyu : Ya ALLAAH! ape ke susah sangat nak sebut Asmidayu tu? panggil je la Zulaikha! -.-'
(mula la nak hangen  ni, dari tadi asss mi assmi asmidaa. adehh.)
Alice : ya ya cik Zulaikha. baiklah, apa apa, cik terus call ke Spa kami, dan confirmkan bila nak datang ya. thanks.


adehh. apa punya orang la. nak sebut nama pun punya la jenuh. nama orang lain tak apa, ni nama yuyu. wuuuu T_T sedeh betol la.

dah la tengah gumbira sebab dapat rawatan lengkap di Spa secara percuma. oh tidak! ulu hati yuyu telah bertukar ke warna warni akibat gembira tak ketahuan hala. ohh tidak.yuyu perlu terjun bangunan lalu berguling guling di atas highways sambil lombat lompah sejauh 2 batu! 

okay. melebih pulak.

p/s : lepas ni jangan kata lukisan yuyu hudoh dah tau, sebab Fatin Liyana cakap ia choomel ^^ hohoho. riak terus.

terima kasih sudi bace ^^

March 29, 2011

Yuyu Zulaikha bertudung sempurna

121 comments
Assalamualaikum ^^

mempersembahkann! yuyu bersama tudung labuh! heheh. gambar tudung labuh semua ni di ambil ketika nak ambil peperiksaan, sebab nya, kalau tak pakai tudung labuh, nanti kena macam macam dengan pengawas peperiksaan.

muka pun dengan masih terok lagi masa ni akibat permulaan meninggalkan krim mula. teruk sikit muka. asal kan tak tipu korang. tak edit tau. ni muka yuyu dulu.

agak agak nya, bila la yuyu akan bertudung sempurna ni ya? labuh jatuh dari dada, tebal dah tak nampak bentuk badan. InsyaAllah. selooow selooow.



muka basi tanpa edit dan mintak puji ^^

sekarang masih lagi dengan selendang. :)

sikit sikit la. cuma sekarang, Alhamdulillah, yuyu dah cuba pakai selendang yang tak jarang dan bawah dari dada. sikit sikit peningkatan atas kesedaran.

hikhik. ^^ korang penah pakai tudung labuh?

p/s : nak makan ubat dan tidur.

terima kasih sudi bace ^^

Kasi Sedut Habes Habes!

117 comments
Assalamualaikum ^^

ohh tidakk. terasa hari ini pucat lagi lesu akibat mak tidak manjakan perot choomel yuyu ini dengan penuh kasih sayang. emak hanya hidang nasi berserta sup ayam. lain mak? mak cakap hujung bulan tak boleh beli banyak. terima kasih kerana abaikan perot choomel ini emak. T_T

tadi ada seorang blogger yang masih baru, tapi berbekalkan idea yang bagus. setiap entry nya mempunyai idea yang bernas dan di akhiri dengan pengajaran yang sesuai. walaupun baru ada 7 entry. -.-'


sebagai kawan yang cuba untuk membantu, yuyu menasihati beliau. cewahhh.. ada la sikit cara macam Sang Emak menasihati Sang Anak takkala cuba mencorobohi rumah pada pukul 2 malam. okay. stop sebelum merepek mula menular.

begini lah cara nya :

"belog ko best la. ape kate ko lepas post entry, ko promote kat group ape ape la. lepas tu ko selalu la tepek muke ko kat belog orang, biar orang notice ko. tak de la ko sorang sorang je tau ko punye belog, siyes idea ko best. aku cam nak copy paste masuk belog aku. "

"malas arr aku, orang nak suka belog aku, dorang suka la"

"ko kate nak jadi macam RedMummy, duit beribannn, kalu cenggini, macam mana nak jadi dia"

"alaaa, ko bukan otai pun yang nak ajar aku"

"aku try tolong ko. hmm"

"belog ko pun tak berapa yang followers, ko nak nasihat aku"


errr. terasa la jugak.

bagi yuyu, siapa pun orang itu, muda dari kita, atau lebih teruk dari kita ke, terima lah nasihat nya. ambil yang bagus kalau mahu menjadi bagus. dan ambil la yang teruk supapa kita akan terus di tokok yang lama.

dalam dunia belog ni, sungguh pun, yuyu bukan otai, dan masih baru dalam dunia belog ini, dan masih mentah dalam dunia ni dan masih lagi bertatih dan followers pun ciput dan entry pun entah pape dannnn. ohh, banyak sangat dan, tapi ambil lah apa yang bagus yang cuba yuyu sampai kan.

sampai bila kita nak duduk di takuk lama kalau kita letakkan ego diri lebih tinggi dari apa yang kita mahukan. tapi kalau yuyu teruk dan salah, terus lah tegur supaya yuyu akan sedar dar tersasar.

dalam dunia belog, yuyu sedut habes habes apa yang bagus umpama sedut kuah laksa dari hidung lalu pedih dan terus selsema. -.-' demmm. asik nak merepek ja. contoh nya, dari belog yang baru baru ni kutuk yuyu habes habesan. 

yuyu ambil iktibar dari situ. dan dari situ yuyu perbaiki belog untuk malah yuyu aplikasikan dalam kehidupan yuyu. kerana yuyu berpegang :
  • ambil la semua yang yang bagus supaya diri menjadi bagus - ini kerana, apa yang bagus dapat menjadi acuan dalam kehidupan kita.
  • musuh adalah sseseorang yang akan matang kan kita- dengan adanya musuh dan lawan, kita akan matang dalam kehidupan dan akan tahu mana salah dan silap kita.
  • letakkan ego di bawah apa yang kita mahukan- kerana ego, kita akan halang diri untuk dengar nasihat orang, akan halang kita untuk capai impian kita.

p/s : orait lah. yuyu perlukan lebih terkepam di bilik, demi memprotest emak tak masak banyak T_T. sambil layan benda best

terima kasih sudi bace ^^

March 28, 2011

Biar Gambar Bercakap Tentang Gathering Blogger Utara, Penang

125 comments
Assalamualaikum ^^

entry kali ni, biar gambar gambar semasa Gathering Bersama Blogger Utara & Anak Anak yatim sahaja yang bercakap. perjumpaan ini telah berlansung di Penang, Ranjung Asa,. best waa cakap lu. rasa rugi kalau tak join.

maka, di sini, serba sedikit gambar gambar dari blogger yang menghadiri gathering tersebut. semua gambar ini, di ambil dari entry dorang. dari kamera yuyu? next entry. cewahhh.

sila kelik gambar untuk terus membaca entry dari dorang. sila juga bancuh milo dan sedia biskut kering untuk pengalaman membaca entry ini dengan lebih rilekk.

mempersembahkan! ini lah bodyguard yuyu ^^

sempat lagi dorang candid yuyu tidur.. wuuuu T_T naseb tidur dengan cun. kalau tak, habes la market. muhahahah ^^

Kami lah pasukan sorak Sekolah Menengah Kampung Dusun >.<

Tokey Shawl AyuCinta. lepas ni, boleh pau selendang banyak banyak. hehehe

ohhh tidak! apehal dak tomato ni besar dari yuyu! tak aci! atau yuyu yang kecik? -.-'

ni la Ratu Cantik Dunia. yang paling kicik kicik tu la pemenang nye. bhahaha

calon laki. cepat pilihhh. dah pilih, sila bagi tau yuyu untuk sesi isi borang. dorang single

kami ada butang lawooo! korang hadoo???

apesal hakuh bajet ayu sangat tu? -.-'

weweeet! saye la paling pemalu di sinunn ^^

sila lah terus kelik gambar gambar di atas untuk bace entry pasal gathering ini ya ^^

terima kasih sudi bace :)

Cinta Pandang Pertama Di Pasaraya Bersama Promoter Ubat Gigi.

110 comments
Assalamualaikum ^^

untuk efek lebih jiwang, sila buka video ni dulu

pernah kah korang mengapa saat cinta pandang pertama takkala sedang asyik memilih lampin anak di Tesco?

begini, petang tadi, sejurus selepas solat asar, telah yuyu dan emak yuyu ke Pasaraya untuk membeli ubat gigi juga sabun mandi akibat terlalu cepat habis setelah yuyu berkampung di rumah. kami berdua saja ke pasaraya tersebut, dengan merempit nya, siyes rasa macam lepas ni nak ajak korang rempit kat highway. baru remaja!

nak di jadi kan cerita, yuyu dan emak ke satu department menjual barangan rumah. emak sibuk mencari barang, yuyu pun lagi la sibuk mencari barang apa yang berkenan di hati. rasa macam nak beli semua barang! lepas tu emak bayar.

tengah seronok pilih satu barang, tiba tiba, yuyu ternampak Vaselline. eksaited kemain yuyu nak bagitau kat mak, dengan harapan emak akan beli supaya siku yuyu yang sedikit gelap dari biasa akan putih lepuk tak ketahuan hala. yuyu cuba tarik tangan emak dengan gagah nya!
makkkk! beli ni! beli ni!! nak boh kat siku!
sambil bijik mata terus fokus seboleh boleh nya kat Vaselline tu. tapi kenapa tak ada respond? kenapa tangan emak kasar? yuyu tarik saja tangan, dan toleh kebelakang, ha!!!? promoter pasaraya la! kecut halkum yuyu! tercekik tak leh kata apa apa!
alamakkk! malu nyaa! ingatkan emak saya tadi!
hehehe. tak pa. nak buat macam mana, awak tersalah kan.

alaaa.. kemain malu yuyu! rasa macam yuyu perlukan satu sesi potong kepala lalu campak dalam bendang. wuuuu T_T apehal tetiba ada mamat ni belakang yuyu? kot la nak tegur masa yuyu terpegang tangan dia! makin diam ada la.

terus mamat tu senyum senyum. yuyu cepat cepat cari mak. ngomel ngomel dekat emak. ikut emak bayar di kaunter. tapi, sampai sekarang emak tak tahu apa yang berlaku pada anak dara beliau ni. hikhik. tak nak cerita. nak simpan je sampai dapat cucu ^^ malu.

waktu nak balik, yuyu pandang ke pasaraya, tengok mamat tu tengah ushar yuyu dari jauh. mungkin mamat tu telah jatuh cinta pandang pertama pada yuyu -.-' pasti beliau akan buat novel akan cerita cinta opss terpegang tangan sang Awek takkala sang Awek tengah mencari Vaselline. T_T

korang pernah tak jadi macam ni?

terima kasih sudi bace ^^

March 27, 2011

kaki yuyu di ganggu makhlus halus -.-'

93 comments
Assalamualaikum ^^

ohh rasa selesa kemain apabila dapat berada di rumah setelah berada di hospital selama 5 jam. haish. rupa nya, yuyu keracunan makanan, nasib lah tak teruk mana sangat. haish. mungkin ni berpunca daripada makan dengan prinsip hidup untuk makan. -.-'

tadi masa tengah layan lagu "Soley Soley" di hospital, ada la seorang mok cik tua datang tengok anak nya eksiden. beliau pun cakap la sesuatu dengan selamba

"ishh, kaki adik ni kena benda ni"
"err, benda apa?"
"hmm, menatang tu la. apa lagi. dia nak mengacau kaki adik la kot. adik ada pijak anak cucu dia kot"
"haa? hawat dengan kaki saya pulak?"
 "adik bukan sakit kaki ka? hawat balut kaki?"
"dak aihh, saya kena keracunan makanan la. sakit perut, kaki saya okay ja"
"ooo.. ingatkan sakit kaki, nampak balut kaki terok sangat"
"saya sejuk, balut la kaki, yang sakit perut, kaki tak dak kena mengena pun"
"oo. tak pa la, nak p kat anak makcik"

terus je mok cik tu berlalu laju ke katil anak nya. malu agak nya. haishh. ni la dengan orang kita, suka sangat percaya benda benda tahyul ni. kurafat.

kalau orang demam susah pulih sikit ja, cepat cepat jumpa bomoh nak tengok hantu apa mengacau hidup. adehh. cuba la berfikiran jauh dari benda tahyul ni.

kalau nak dengan sorang sorang pulak, pergi cari bomoh nak jodohkan dengan sipolan tu. adehh. dah belakangkan tuhan.

mok cik mok cik.

terima kasih sudi bace ^^

Sentiasa sedia untuk terus berada di atas.

73 comments
Assalamualaikum ^^

Amaran : sila bace dengan keadaan urat tensi kendur. sila kelik ini, untuk lebih tenang.


seperti yang di tepek di benak kepala hotak yuyu, hari ini, yuyu tak nak bercerita tentang kisah hidup yuyu. biar kejadian yang berlaku hari ini, di tunda ke hari esok. agar hari ini di beri ruang kepada diri yuyu untuk bercerita mengenai dunia belog.

dan entry hari ini, akan yuyu mengemukan kan pandangan yuyu sebagai blogger naif tetapi kudus terhadap berbelog.

ramai yang bertanya kepada diri yang genit ini, macam mana nak naikkan belog? macam mana belog kecik ini dapat di terima orang makin hari makin ramai? soalan itu telah menimbulkan perasaan riak terhadap diri ini. hikhik ^^ jujur sikit.

jujur yuyu cakap, bagi yuyu, apa yang kita perlu ada ialah identiti sendiri. belog kita, dengan identiti kita. belog orang lain dengan identiti mereka sendiri. nak tiru lah cara abang bengg. boleh ke tidak? pasti jawapan nya boleh. tapi, orang lain akan ingat sapa kalau bab bab segmen ni? mesti lagi pasti lah abang Bengg.

sampai sekarang, yuyu masih lagi mencari identiti yuyu sendiri, ramai beranggapan belog yuyu dengan identiti "kisah kelakar dengan doodle kelakar" . rasa macam Mr.Bean la pulak. ada juga yang cakap, dengan punya belog dengan identiti "ayat sempoi dan kelakar". hmm. Mr. Bean lagi. -.-' tapi, itu tak cukup untuk yuyu, yuyu akan terus cari identiti yuyu.

selain dari tu, jangan la selalu masukkan unsur negetif di dalam belog. benci si Karim, benci si Munah la, esok lusa, benci si Manap la. ada saja yang nak di benci nya. semua semua ni sifat yang perlu di jauhi. cuba lah jauhkan belog kita dari mengutuk orang ini, dan orang itu.

seperti hati, satu kali kita membuat jahat, akan menempek kan satu titik hitam di hati, kalau banyak? ambik sedikit iktibar dari hati itu dan sama kan dengan belog. jadi kan belog kita ni bebas dari unsur unsur negetif.

terima  ups and downs belog kita. tak di nafikan, belog juga seperti kehidupan realiti kita. ada kala kita di bawah, ada kala kita di atas. di waktu kita di atas, jangan pula kita tak langsung pandang di bawah, kerana, yang bawah lah menaikkan kita. dan perlu kita semat di kepala hotak, esok lusa, kita akan merasa juga berada di bawah.

tetapi, pabila dah di bawah, jangan terus putus asa. pabila di kutuk, bukti kan kepada semua, kita bukan seperti yang di sangka kan. pabila di fitnah, kita terus kuat melawan semua. agar kita kuat dan kebal supaya kita akan naik ke atas.

jujur yuyu cakap, walaupun banyak yang komen, cakap yang yuyu ni dah berjaya lah, belog yuyu ni fofuler hakhhhtuihh lah, tapi sebenar nya, yuyu masih tak anggap seperti apa yang korang fikir kan. esok lusa, yuyu kena bersedia, yuyu akan di bawah juga, esok lusa, yuyu kena bersedia dengan fitnah, caci maki, kutuk, dan herdik hina juga.

hari ini, yuyu ada satu kerja perlu buat, kerana, yuyu ada bau sikit sikit benda yang akan jatuh kan yuyu, sebelum tersebar, lebih baik yuyu betol kan semua nya. hmm.. dasar selalu tak berpuas hati dengan orang. yang tak bersalah, selalu di jadi kan mangsa. manusia.

p/s : demmm.. rasa macam yuyu siyes tak ketahuan hala la pulokk T_T

terima kasih sudi bace ^^

Ferry ke Langkawi bertukar menjadi Kuda ganas

120 comments
Assalamualaikum ^^

plawook plawook plawook plawokkk. ni bukan nak cerita ada bomoh tengah mantera ferry langkawi telah bertukar menjadi kuda kuda. bukan juga nak cerita  ferry berhatu tiba tiba betuka jadi kuda, bukan juga nak cerita penumpang penumpang takut kemain, hingga buka Kuda Kuda. bukann..

tapi nak cerita satu kejadian ngeriiii~ eee. ngeri nyeee -.-' serius, kalau korang dalam situasi yuyu, korang akan kata macam ni "eeee... takut nya"

baiklah, begini cerita nya. semalam yuyu ada menghadiri satu perjumpaan bersama Blogger Utara di Pulau Pinang dari pukul 10pagi yuyu sampai di Kuala kedah, terus ke Penang. best? sangat best wooo. okay, tak nak la cerita mengenai makan makan satay sambil makan ayam bakar sambil makan nasi goreng sambil makan sosej, sambil makan Cadbury kan. nampak lahap. tapi nak cerita...

tepat 7 petang, ferry yuyu bertolak balik ke Langkawi. bayangkan lah, pada masa tu, air sangat bergelora dan hujan lebat sangat. dah la malam kan. bayangggkan lah macam mana?

bagi yuyu yang dah biasa dengan ombak segala ni, okay je la. sambil usus terasa berada di awangan akibat ferry melambong lambong, penumpang lain yang tak biasa, semua nya muntah. eeee. busuk sangat masa tu T_T

macam ni la gambaran nya. umpama Fery itu Kuda dan Kuda itu Ferry. sama saja. Ferry melompat lompat, kuda juga melompat lompat.
=

=
=
 
ni Kuda, bukan Keldai jadian. lukisan udoh tak bermaksud tuannya pun udoh

yuyu pula, sambil menghayati kejadian ombak bergelora pehhh gila teruk tu, sambil dengar lagu tutup hidung sebab tak tahan dengan bau muntah. hmm. tak suka part tu.

kalau la korang kat sana, pasti dan mesti korang akan muntah teruk. hmm. 2 jam dalam ferry. sebab ferry tak boleh laju. hujan lebat dan ombak sangat kuat. malam pulak tu. yuyu banyak mengucap ja, takut takut ferry tu menjadi bangkai macam kapal Titanic.

bila sampai je kat jetty Langkawi semalam, pakat pakat jalan terhoyong hayang? yuyu? maintain jalan bagus. siap catwalk lagi *popping collar*

jaid di sini, satu pengajaran, kalau korang tak nak hadapi kenangan seperti di atas, sila jangan naik ferry pada malam hari dan jangan naik di waktu hujan.

terima kasih sudi bace ^^

Pencapaian terbaik belog Yuyu Zulaikha Hari Ini.

67 comments
Assalamualaikum ^^

opsss. hedong tu akan kembang 2 minggu setengah hari okay.

entry penutup hari ini ya. sebelum bijik mata minta di dodoi lalu menyanyi lagu dondang sayang sambil melayan wrestling di TV3. terbaik!

  • hari ini, telah yuyu post 4 entry, dah setakat ini, apa yang buatkan yuyu gembira adalah, satu di sebabkan Fatin Liyana, telah singgah lalu bace lalu puji pasal belog yuyu. puihhhh! kembang hedong yuyu 2 minggu tau. tak boleh kaber dah ni!

  • yang kedua adalah kerana setakat pukul 10malam tadi, UV yuyu amat amat kebaaabbommm! pehh. tak pernah pernah dapat macam ni. wuuuu T_T terasa amat amat kembang hedong kemain sekali lagi. ni bertambah aksi kembang hedong dari 2 minggu ke 2minggu setengah hari. hikhik. sila rujuk gambar di atas.
  • dan akhir sekali, di sebab kan belog yuyu, yuyu telah mendapat offer dari sebuah Spa di Langkawi, untuk mendapat kan rawatan secara percuma. RM200 tu korang! hebakk kan. ohh budiman betol. benda free, memang la yuyu takkan lepas. heheh.
  • itu sahaja pencapaian terbaik belog yuyu hari ini. dan ini bermaksud, ini adalah entry penutup yuyu untuk hari ini.
  • terima kasih kepada semua yang sudi support yuyu baik di belakang, di depan, tepi, tengah kanan kiri atas bawah juga di tengah tengah. sebagai balasan, sila belanja yuyu makan Meatball di IKEA.

Selamat malam semua, terima kasih sudi bace belog yuyu ^^

doa kan yuyu keluar ward awal ya.

85 comments
Assalamualaikum.

hmm.. tiba tiba. Yuyu di Hospital. Muntah dan perot pedih sangat sangat. tengah berehat id ward sambil air di masukkan di tangan. mungkin pukul 5, dah boleh balik. adehh. doa kan yuyu ya.

tadi siap pedih perot sampai ketar ketar. hmm.. habes rasa macam nak tumbang. kecut perot.

selamat la adik bawa laptop, dapat online ^^


p/s :asal bukan nurse laki yang hensem yang treat yuyu ^^

terima kasih sudi bace

March 24, 2011

Yuyu Di Marah Peminat Siti Nur Haliza

163 comments
Assalamualaikumm ^^

masih yuyu tak henti henti nak tergelak lagi bila teringat kejadian tadi. huhuhu.. terasa hina nya diri yuyu ini. golek kanan golek kiri cuba untuk tidur. tapi tak boleh. sebab musabab teringat akan satu benda ni tadi di Pasaraya bersama emak untuk membeli kunyit.

yuyu dan emak ke sebuah pasaraya yang semestinya bukan Tesco atau Giant seperti di Nilai, negeri Sembilan. tapi cuma lah pasaraya kecik kecik je. untuk beli kunyit. tetiba ada suara dari belakang yuyu.
Siti Nur Halija! Siti Nur Halija!
seorang kanak kanak Down Sindrom cuba dekat dengan yuyu. emak budak tu macam marah dia  
"haishhh. kakak tu bukan Siti la adikkk"
ohh. terasa anggun kemain apabila di salah orang ingatkan Mak Iti tu. tapi budak tu terus ja datang kat yuyu. memang beria ria dia. huhuhu. mungkin dia dah dah berumur 12 tahun, tapi cakap tak terus la.
Si ti Nur Haa li ja! Nya nyi! Nya nyi! satu satu perkataan di sebut. 
emak beliau marah. haishhh! jangan kacau kakak laa! tu bukan Siti la!

berkali kali budak tu mintak nyanyi. mana la yuyu reti kan. kalau ke karaoke pun, jangan harap la nak keluarkan suara terlebih merdu ni. mesti la duduk terkepam di hujung kerusi. suara lunak terlebih akan di simpan saja. bakat terpendam. -.-'

tapi, budak tu hampir nanges, berkali kali mintak, siap tarik baju emak dia. emak yuyu dah tergelak, emak suruh saja yuyu nyanyi, untuk puas kan hati budak tu. supaya juga budak tu takkan merengek nanti. tapi yuyu berkeras tak nak nyanyi.

yuyu buat tak tahu je, terus masuk ke kedai dengan emak. dah bayar, tengok budak tu masih di luar merengek dengan emak dia. emak nya pun datang la kat yuyu, mintak nyanyi sikit.
ishhh, mak cik ni, saya mana pandai nyanyi mak cik. 
ala, nyanyi la sikit je pun tak pa, susah mak cik nak balik rumah dengan dia macam ni
tapi saya bukan Siti Nur haliza la mak cik..
adik tu kalau tengok orang ada tahi lalat bawah mulut, semua siti nur haliza.
oooo. patut la...
si ti nur haaa li jaa! nyaa nyi!!
okay la... -.-' yuyu pandang emak. emak tahan gelak. fine emak.
Neeegaraaaaa kuuuuuuu~
tanah tumpahhh nya darahhhh kuuuuu~
ohhh patriotik nya. 
tetiba budak tu marah yuyu!
"tak see dapp! tak sedapp! buu kann si ti nur haa li ja!!" berkali kali dia ulang.
hampehh. tadi ko suruh hakuh nyanyi, ni ko kutuk hakuhhh! terasa malu dekat situ! emak gelak saja dengan emak budak tu. -.-'

yuyu berambos masuk kete. grrr~ geram betol dengan budak tu. wuuuu T_T ni malas nak nyanyi ni.lepas ni, kalau ada permintaan nyanyian macam yuyu ni, jangan la amik risiko untuk terus menyanyi ye. buat tak tahu saja.

bila balik rumah, terasa nak tergelak pulak. huhuhu. nasib lah tak pergi ujibakat Mentor hari tu.

p/s : lukisan udoh tak bermaksud tuan pun udoh

terima kasih sudi bace.

Telan Pahit Sepahit Panadol Activefast

113 comments
Assalamualaikum ^^


letih dan akan terus letih dengan sikap orang yang hanya mencari kesalahan orang lain. dan akan lebih letih dengan ragam manusia yang selalu tak berpuas hati akan kesenangan orang lain. hanya sabar dan doa agar terus sabar saja buatkan hati terus kuat untuk terus menaip.
salah kah Yuyu Zulaikha berbelog tanpa mengacau orang lain?

Selamat malam dan terima kasih kepada yang menerima penulisan naif yuyu :)

Buat Buat Baiklah Dengan Mak Bapak

117 comments
Assalamulaikum ^^

penat sangat hari ni, yuyu perlukan extra rehat demi menjaga diri yuyu yang telah berhempas pulas membuat kerja rumah. yuyu telah berjaya buat buat rajin dengan emak juga abah dengan sebab yang pelabagai.


buat buat rajin dengan emak : 
ini adalah sebab musabab paling teratas hari ini yuyu bangun awal, mop lantai yang tersedia di bersihkan oleh emak semalam, kendian terus buat memasak nasi lemak dan mengemas ruang tamu takkala emak sedang sibuk membaca surat kabar di ruang tamu.

pabila emak ke dapur, yuyu terus cepat cepat ke dapur untuk tunjuk kepada emak yuyu akan memasak nasi lemak. takkala emak ke bilik mandi, cepat cepat yuyu ke bilik mandi juga demi mengutip baju baju yang belum di basuh. dengan harapan, emak akan perasan akan kerajinan yuyu -.-'

buat buat rajin dengan abah :
takkala abah bangun dari tidur, terus serta merta yuyu membancuh kopi kegemaran abah yang kurang manis tapi pekat kemain, lalu menghidang kan nya kepada abah. takkala abah di ruang tamu, yuyu dengan buat buat rajin memberi surat kabar kepada abah. dengan harapan, abah akan perasan akan kerajinan yuyu -.-'


emak hairan. abah juga hairan. tak ape yuyu peduli asalkan misi tercapai.

perkara di atas terpaksa di lakukan demi mendapat duit habuan dari emak untuk ke gathering bersama blogger blogger utara di Penang 26hb nanti. dan demi mendapat kebenaran mak bapak untuk ke sana.

dasar pelajar tak duit akibat duit PTPTN habes di gunakan dengan melahap. memang ni la akibat nya. tapi syukurrrrr. Alhamdulillahhhhhh... segala yang di usahakan berjaya akhirnya. emak mula bertanya :


hawat buat buat rajin?
mana ada buat buat. memang rajin kot
patah tulang jari sat g buat banyak kerja sangat. hawat? nak apa?
hehehe. nak p Penang, nak duit mak. 26hb
mintak kat abah. abah banyak duit. -.-'

terus menuju ke Sang Abah :
abah nak duit nak p Penang 26hb ni
hmm. patut la bangun pagi pagi buat kopi. mintak kat mak, mak banyak duit.
mak suruh mintak kat abah, mak kata abah banyak duit.
nanti 26hb la abah bagi
okay laaaaa.... *nada sayu, tapi dalam hati kemain gumbira*

 heheh. akhirnya, misi mendapat kan duit telah berjaya. segala penat lelah akibat buat buat rajin di hadapan emak dan abah, terbayar juag akhir nya. yehuuuu. maka. selamat dapat duit yuyu ^^jadi di sini, pengajaran dari entry adalah, tak susah nak dapat duit, buat baiklah dengan mak bapak. dan tak perlu lah nak mencuri bagai.

sejurus yuyu publish entry ini, yuyu akan amik masa yang cukup untuk dapatkan rehat yang sempurna. hikhik. gelak tersimpul malu wanita sopan.

terima kasih sudi bace ^^

Berjimba Di Pantai Tengah Langkawi malam malam buta.

33 comments
Assalamualaikum ^^

sila teka dengan tepat. apa yang yuyu sedang buat sekarang? makan hingga perot terbalik ke depan? atau tengah mengenyit mata pada pakwe ensem ka? atau tengah berjimba jimbu jambu bersama rakan taulan? sila tepuk dahi dengan gagah. kerana....


yuyu adalah bersama keluarga tercinta merilekkan kepala hotak di Pantai Tengah Langkawi. piewww~ best kemain. apa yang best? apabila tengah demam tak ketahuan hala, tapi Emak dan Abah telah membawa yuyu ke pantai untuk apa?

untuk menyaksikan permandangan malam di pantai dengan melihat bintang bintang yang berkilauan indah umpama gelang gelang Mami Jarum.

sila jeles ya. kerana permandangan di sini indah kemain. dah la kurang nya lampu lip lap lip lap lip lap lip lap *berapa banyak lip lap daaa*, maka, keindahan bulan dan bintang tu jelas kelihatan. ohh bahgia nya yuyu di Langkawi ini. T_T terharu sekali lagi kepada mak bapak. terima kasih.

dah la demam, bila dapat hirup udara segar dari pantai yang belum tercemar ni, lobang hedong makin kombang tak ketahuan hala menunjukkan hedong setuju untuk hirup udara banyak dan banyak lagi. mata pulak dah macam nak terjojol keluar akibat tengok bintang sambil terpesona.

dah la.. nak luangkan masa dengan keluarga dan bintang bintang kejap. siap bawa kalkulator nak kira berapa bintang yang bersepah kat sini. hikhik.

p/s : minta maaf tak dapat reply komen korang di entry sebelom ni akibat kesihatan tak mengijin kan. 

terima kasih sudi bace ^^

March 22, 2011

Kerana Taksub, Akidah Gugur.

107 comments
Assalamualaikum ^^

hujan lebat kat Langkawi dari pagi membawa ke tengah hari terus ke petang dan sekarang dah malam. terima kasih hujan, anda membuatkan yuyu lebih bersemangat untuk berhibernasi dengan bertemankan katil empuk berserta comforter tebal kemain emak punya, -.-'

sambil berbaring dan terus terbaring demi proses hibernasi yang berjaya, yuyu teringat akan seorang kawan yuyu. lelaki dan umur lebih tua 2 tahun dari yuyu. dari Kolompo. megah sungguh beliau memakai celak keliling mata dengan berhiaskan rantai berloket setan nirrajim dan cincin juga gelang banyak kemain.

*mood Ustazah Yuyu Zulaikha*
p/s : lukisan udoh tak bermaksud tuan nya pun udoh.

satu jumaat yang hening, sedang lelaki lain ke masjid, beliau pulak, asyik kacau yuyu di fesbuk. dah habes fesbuk fesbuk, dia talipon pulak.  yuyu pun bertanya :


"wehh, asal tak g masjid ha? jumaat ko tak g ke?"

"tak men arr masjid, aku semayang jumaat kat church je la"

"pale hotak ko! ko kuar agama ke?"

"baru rock la kecik!" hampeh

kadang kadang kerana taksub dengan sesuatu perkara, akidah kita akan gugur. akidah akan gugur! bukan akidah akan rosak. rosak akidah, dengan kesedaran, dan penyesalan terus dengan taubat, insyaAllah semua nya akan di baiki.

tapi, kalau akidah kita gugur? tanya lah hati kita sendiri ya.

satu kelas Pengajian Islam semester lepas yuyu bersama Ustaz Faisal ada membincang kan mengenai hal hal yang dapat batal kan akidah kita ni. seperti, sesuatu yang bercanggah dari  Agama. baik dari segi nyanyian, perbuatan, perkataan mahupun niat.

kadang kadang kita alpha.

contoh nya yang dapat di kongsi bersama dari pesyrah pesyarah yang pernah yuyu cedok ilmu :
" mana aci poligami kat laki je! tak adil la! orang pompuan pun kena jugak! ni menindas orang perempuan!"
mari kita bertanya kepada iman yang kita berbekal senipis kulit bawang tu, adakah Allah yang Maha Adil tu tidak adil? Adakah Allah itu menciptakan hawa untuk di tindas?

"bhahaha. kalau Malaysia buat Hukum Hudud, habes la semua orang tak buat kerja. curi sikit je kena potong tangan!"
mari kita bertanya lagi. adakah Hukum Hudud yang di letakkan oleh Maha Agung itu untuk menyusah kan makhluk ciptaan-Nya? adalah Allah yang Maha Agung itu tak sedar apa yang di buat Nya?

"errr, kalau la aku tak dapat kawen dengan Milah, aku akan kuar agama. masuk kristian je la "
ketahuilah, kita akan terkeluar dari agama sekalipun kita berniat untuk akan datang.

"awak, saye arahkan awak berlakon jadi pompuan Buddhist ya, nama Kojol. sebab muka awak seiras Kojol"
" orait je! berlakon saja punnn"
gugur lah agama yang di sanjung selama ini walau hanya kerana berlakon.
"tiada lafaz yang lebih agung, kalimah cinta mu, yang ku tunggu tungguuu.... (lirik lagu) puihhh! sodap arr lagu ni! hantar kat awek arr!"
Kalimah apakah yang lebih agung selain "LA ILAHA ILLAHH"

jadi di sini, kalau sama sama lah kita saling ingat mengingati. dengan emak kita boleh bergurau, main tampar tampar sekalipun walaupun nampak kurang ajar, dengan belajar, kita boleh lagi main main walaupun duit PTPTN yang di pinjam habes belanja awek makan Mekdi, tapi agama?

p/s : apa yang salah,, harap di betulkan. ini hanya lah ilmu yang sedikit di cedok sepanjang semester lepas.

terima kasih sudi bace ^^

March 21, 2011

Yuyu berpantang demi badan yang di idamkan

145 comments
Assalamualaikum ^^

kini, yuyu akan lebih banyak berpantang, demi kepentingan badan yang manthopppp. badan yang cun idaman yuyu bukan lah seperti yang di pikirkan oleh kebanyakan manusia lain, di mana, kurus keding menjadi pilihan. yuyu berbeza, memang berbeza.

p/s : lukisan udoh tak bermaksud tuan pun udoh

yuyu kini akan berpantang lebih :
  • pantang jumpa makanan, yuyu akan lahap hingga terlentang. dengan harapan, lemak yang tersedia oleh makanan akan mempercepatkan proses kenaikan berat badan.
  • pantang jumpa katil, yuyu akan tidru terbongkang, demi membantu lemak menjadi lemak tepu. 
  • pantang nampak kerja rumah, jangan harap yuyu nak buat. sayang nanti makin kurus.
  • pantang bersenam, bersenam akan hilangkan lemak yuyu yang secoek ni. jadi, kena jarang bersenam
wuuu T_T sudah yuyu cuba macam macam cara untuk beratkan badan yuyu. untuk pengetahuan korang, berat yuyu sangat sangat tak ideal dengan ketinggian yuyu ni. dan ingin menjadi masalah besar dalam hidup yuyu.

bayangkan lah, yuyu tinggi 140cm *kecik kan*, berat 32kg, hmmm. okay ke tak? kalau boleh, nak la jadi 40 kg ke. haish~ susah betol. macam macam dah yuyu buat. antara nya ialah :
  • makan dengan kuantiti yang paling maksima
  • malas buat kerja pabila emak suruh
  • tidur dengan kekerapan paling tinggi.
  • makan Appeton GainWeight dengan harapan badan lebih choomel
tapi semua tak menjadi.. wuu.. sedeh nya. jadi di sini, sesiapa yang sudi mengepos lemak, dan membluetooth, sila lah berbuat demikiann. kesian lah dengan Yuyu Lopez ni. semua ni untuk mengurangkan yuyu terpelanting ketika angin kencang datang dengan sengaja, untuk mengelak, sama cerat dengan budak Darjah enam. sobsob.

dan hari ni, yuyu berpantang jumpa makan, yuyu makan sampai terbongkang keletihan. antaranya adalah :
  • roti telur 2 keping
  • nasi + tom yam
  • telur dadar 2 keping
  • pisang belakang rumah tok
  • betik amik dari umah jiran
  • bolongnese cheese bersepah abah buat
  • laksa utara
  • dadih 2 mangkuk
  • bubur Kachaaangggg

Terima Kasih sudi bace :)

March 18, 2011

Bilangan Anak Pilihan Kalbu Dahku ^^

117 comments
Assalamualikum ^^

kepala hotak yang masih serabut dengan memikir kan hal tak berkaitan dengan diri sendiri masih belum selesai. nak tak nak, dah nama kawan bukan hanya pada nama, terpaksa la mengerah kepala hotak untuk terlibat dalam masalah kawan.

baiklah, berbalik kepada tujuan entry kali ni...

masa nak ke kedai untuk me reloadkan number yuyu yang cepat kemain habes kredit entah yuyu buat apa tu, ada seorang mak cik, pun nak topup juga. tengok beliau dengan gagahnya membawa berketol ketol nasi lemak. 3 plastik bag.

puihhh! nak buat kenduri ke hapeee la mok cik ni. yuyu, seperti biasa, suka menyebok la kata kan, bertanya lah dengan tanpa segan silu. mungkin terasa nak jadi peramah tak ketahuan hala kot.

"uishh, banyak nya mak cik punya nasik, macam nak buat kenduri"

"nak bagi makan anak anak."

"haa? berapa anak makcik?"

"14 orang"

"uishh. banyak nya! paling besar umur berapa? paling kecik?"

"sulung 28tahun, bongsu 4 tahun, makcik kawen masa anak 13 tahun lagi"


glupppp.. tercekik halkum yuyu akan angka 14 tu. 14 la korang! bukan 4 okay! 14!! 14!!

banyak kemain la anak beliau. apa rahsia gagah beliau melahirkan anak sampai cukup jadi peserta Akademi Fantasia tu?  tapi tu orang dulu dulu. orang zaman sekarang? 

siap merancang lagi nak anak sikit sikit. ye la, masing masing sibuk dengan kerja dan rancang keewangan rapat rapat. purata anak dalam setiap keluarga sekarang pun ialah 4 orang. paling kerap setiap keluarga ada 2 orang anak, dan paling banyak anak pun 4 orang sahaja.

itu kata speaker masa yuyu g ceramah "Pembuangan Bayi" tempoh hari.
tu yuyu dengan laki masa depan yuyu. romentik kan ^^ anak anak ramai lantak la dorang -.-'

tapi, ye, yuyu perasan, banyak sekarang, anak anak semua nya nak 2 orang sahaja. yuyu tak kawen lagi, dan yuyu tak tahu sebab sebab mengapa anak sikit menjadi pilihan kalbu pasangan berkahwin. mungkin di sebabkan faktor :
  • masa yang padat umpama MILO Fuze sampai takut terabai tanggungjawab akan anak pinak berduyun duyun?
  • keewangan yang tak stabil akibat beli belah hutang piutang lebih banyak dari duit simpanan?
  • trend zaman sekarang, anak sikit sikit saja, nanti anak ramai, kena bahan la pulak.
  • masalah kesihatan.
yuyu pula, kalau boleh, nak la anak seramai mungkin. ye la, anak kan rezeki. tapi tu pendapat sekarang, tak kawen, yuyu tak tahu la. bila dah kawen, yuyu mungkin akan faham, kenapa suami isteri memilih untuk anak sikit. zaman sekarang....

Jom singgah belog best :

terima kasih sudi bace :)

March 15, 2011

Hell House Event | Selepas 5 Hari Tak Update Blog

138 comments

Assalaaaaaamualaikum ^^

weeweiit! oh terasa rindu menebal di kalbu akan belog kupukupukecik dahku juga kepada semua. wuu T_T ramai yang menghantar mesej di fesbuk juga di talipon tertanya tanya mane la yuyu pergi ni? sihat ke? ada masalah dengan belog ke? merajuk dengan belog ke?

mana tak nya, tak pernah pernah yuyu tak hapdet belog yuyu ni kan dalam sehari. haishh. sebenar nyaaa........

yuyu tengah mencutikan jasmani dan rohani yuyu setelah hampir tiga bulan menepek muka di laptop tanpa rehat. sekali sekala berdiam diri ape salah nya ye dak?. yuyu ke Penang dan Sungai Petani. rehat rehat kejap la kan. belog ni. puihhh! ingatkan holiday ke Paris. hekelehhhh!

pada 10hb yuyu bertolak ke sana. rehat rehat kejap rumah kawan yuyu, dan pada 13hb yuyu ada event dengan kesayangan hati dan naluri yuyu yakni kawan karib yuyu Babey Apple setelah hampir setahun tak berjumpa T_T

Event nya ialah Hell House yang telah di adakan di Kelab Cinta Sayang Resort Sungai Petani. Event ni di  hadiri oleh 4 DJ, DJ Yoshiro, Dj Chuckie, Dj Eijiz dan Dj Que.

mula mula mula mula mula nya, benak otak yuyu tak nak pergi sana, ye la, baru saja balik kampung, penat badan lenguh lenguh akibat mengankat beg besar dari yuyu masih belum habis, tapi memikir kan nak jumpa Babey Apple, penat tu telah di campak ke longkang.

mana tak nya, dah lama yak jumpa kan. dah ada peluang nak berjumpa, takkan la nak lepas saja.

nah la sedikit *ye ke sedikit?* gambar sebagai tatapan bijik mata korang selepas banyak hari nak mamppp yuyu tak hapdet~




Yuyu & Babey Apple <3

ni la kawan yuyu yang tahu, paham dan hargai yuyu <3
Mekdi pilihan untuk melahap tanpa batas

pompuan... tandas tempat paling best nak tangkap gambar~

power keluar dari badan. ^^

Devil Vs Angel.  ^^

Gambar yang ke sejuta

Dj Chuckies merangkap bopren Apple merangkap bapak yuyu merangkap bahan gelak yuyu~

terserlah ketinggian yuyu. yang baju putih tu Dj Yosyiro Agashi atau nama betol nye Syawal. heheh. adik Saiful Apek~

Ni Gelpren Yoshiro. dia suka pelop yuyu~ ^^

Ni dua lagi DJ. Dj Eijiez dan Dj Que.

Chuuuuuuuuuuuu~

Toilet! i love you -.-'

I Love You <3

dahhhh~ tu la setengah dari suku gambar. yang bermaksud ada beriban lagi gambar dalam folder kamera yuyu ni. biasa la, memang dah terpatri di hati yuyu dan Apple, bila berjumpa, tangkap gambar mesti la belambak kan.~

okay la, dah terjojol mata lenguh mata menatap. nak makan laksa mak buat jap. rindu pada belog masih belom pupus lagi. hari ni nak hapdet banyak banyak ^^

terima kasih sudi bace ^^
© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.