January 31, 2011

ada cuka di sebalik gula. puitis nya ayat hakuh!

43 comments
Assalamualaikum korang :)


setelah semalam penat bersuka ria bergelak tawa berkanak kanak ribena bersama Sahabat Blogger di Times Square, rasa nya, semua orang dah tahu kot kan. maka ada la yang tak seronok nya kan. lumrah hidup, di sebalik seronok, ada yang tak seronok.

mesti ada la jugak. tipu la tak ada. kalau macam tu, bahagia la semua orang. mesti tak ada mati, sebab mati boleh buat kita sedih bila kehilangan seseorang yang kita sayang kan. jadi semalam, ada la sedikit yang yuyu rasa sedih sangat. sampai menangis.

wuuuu T_T tengah baru nak kenal dengan blogger, tiba tiba, muncul la seorang blogger lelaki ni, dengan hebat nya datang kat yuyu dan cakap " la, ni ke Yuyu Zulaikha, dalam belog macam gempak, tengok tengok tak seberapa mana ja"

apa perasan korang apabila seseorang yang kita tak kenal cakap macam tu? sebab kat luar yuyu tak cantik? semua gambar yuyu tak la cantik mana pun. harap kan make up saja. terus terang yuyu bagitahu kat entry lepas lepas.

kadang kadang kita rasa kita hebat, tapi sebalik hebat kita, kita akan lebih hebat apabila kita tahu macam man nak hormat hati orang.

terima kasih sudi bace. T_T

SAHABAT BLOGGER"S GATHERING memang syok gile wa cakap lu!

30 comments
Assalamualaikum Korang ^^

Mood happy Sahabat Blogger tak habis lagi. siap mimpi makan pizza dengan dorang semalam. wuuuu T_T

tak tahu la nak cakap ape. tak boleh nak cakap perasaan happy nya tu. yang tahu, sangat best. Mempersembahkan muka muka yuyu besar gedabak bersama para para para sakura. tak la. bersama para blogger..























dah. tak nak cakap ape. layan je la gambar gambar tu. kepada yang ada gambar semalam tu, bagitau yuyu. nak curik


terima kasih sudi bace ye :)

January 30, 2011

Akhir nya

93 comments
Assalamualaikum korang!!





tahu tak perasan macam dapat pulau sebijik percuma!

macam tu la perasaan yuyu apabila jumpe idola yuyu HELIZA !!


terharuu gile!~


gambar ni je dulu!

next entry banyakkkk gila~


sekian

January 29, 2011

Jagalah aib sesama kita, Allah akan menjaga aib kita. insyaAllah

40 comments
Assalamualaikum

yang tengah tu la Ustazah YuyuZulaikha.. muahahaha.
"Barangsiapa yang menutupi aib saudaranya sesama muslim maka Alloh akan menutup aibnya pada hari kiamat. ( Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)

Aib? apa itu aib? Aib adalah malu. Malu bukan malu seperti berhadapan dengan bakal mak mertua atau malu apabila di puji dek kawan kawan sampai pecah bontot! tak tak

aib ini adalah perasaan malu yang tidak di kehendaki. semua orang akan ada aib nya sendiri. jagalah aib sesama kita. kerana Allah akan menjaga keaiban kita.

apabila kawan kawan kita kena serbu dek Jais, kita :
Melah: sokseksoksek, tahu tak, Jenon tu kena tangkap dengan JAIS! haa! padan muka dia!! aku harap sangat!
Munah: haaa~ padan muka! aku memang suka la! jom bagitau si Tipan, Leman, Karim dan Junah!

kesian nya si Jenon tadi. kesian jugak keluarga dia. malu kan. apa rasa kalau aib kita orang buka macam ni. kadang kadang bukan salah kita.


Gossip Buruk Di kalangan Artis:
Murah: haaa!? Fashiha Sandra dan clash dengan Jojoi! padan muka!! aku kena hapdet kat belog aku ni!! boleh jadi isu hangat!!

kesian si Fashiha Sandra tu. dah clash, media papar kisah dia. malu dia. kita pulak hapdet dekat belog pasal dia. dosa satu kita buka aib dia. dosa lagi bertimbun timbun bila orang lain baca. sorang bace? kalau beriban?


Buka Kejahatan Orang :
Berahim : ehh, ko toksah la kawan dengan Talib tu! dia tu kaki pompuan! terukk! ko jadi cam dia baru ko tau!
Pian : uishhh! simpang enam jalan semarak la! tak hengen aku lah kawan cam orang tu!

apa salah nye kita berkawan dengan Talib tu, dan ubah dia. doa ke, ajak ke arah kebaikan ke.


Panggil Dengan Panggilan Yang tidak Disenangi:
Limah: wehhh Timah Gelendut! mari sini dikau!
Timah: asal ko panggil aku Gelendut?
Limah : sebab badan ko gemok cam gelendut!
Timah : sampai ati ko! aku nangiss! T_T
apa perasaan kita pabila orang panggil kita "ketot" ke, "tiang" ke, apa apa la yang tak di senangi.


Menyebarkan Aib:
Dereman: Saud, ko nak tak video 32SX ni! pehhhh! best gilee wehhh! aku tengok sampai tak tidur patbelas hari wehhh!
Saud: ko boleh pulak tanye! bagi arr! ko buat tak tahu pulak aku! jup g aku nak bluetooth kat henset Karim, Harun dengan Sood pulak

satu sebar, dosa, dua sebar, dosa dosa, sebar sebar sebar, dosa dosa dosa..

Membuka Aib sendiri:
Dogol: apehal ko upload gambar ko minum air kencing setan (arak) kat fesbuk?
Dagul: wehhh! hebat wehhh! ko ni! tak Remaja la!! tak cool!
Dogol: cool kepala hotak ko!

ni selalu jadi sekarang, upload gambar dengan shisha la, gambar tengah minum arak la, gambar pakai tangkal setan la.. hmm



Dah la.. sekadar entry ringan untuk muhasabah diri sendiri dan perkongsian bersama rakan rakan ^^


terima kasih sudi bace ye :)

Sahabat Blogger's Gathering

32 comments
Assalamualaikum korang!:)

besok ada Sahabat Blogger's Gathering, di Times Square. star dari pukul 10.30 sampai 4.30.

sangat teruja nak pergi. tapi.. tapi ... tapi...

tapi yuyu tak tahu nak pakai baju apa! yuyu dah pikir dari minggu lepas, baju apa yang sesuai untuk prgi sana. semua baju, macam dah pernah pakai. takkan la nak pakai lagi sekali lagi?

maksud yuyu, bukan yuyu pakai baju sekali lepas tu campak dalam tong sampah, tapi yuyu jenis tak suka pakai baju yang sama dalam masa yang singkat.

yuyu sangat teruja nak pergi, tapi.... yuyu kan pemalu :') muhahah. kat belog dengan fesbuk je korang rasa yuyu versi tak tahu malu. hakikat sebenar tu semua auta 100.2% T_T

yuyu sangat malu nak tujuk muka yuyu yang menawan ni kat orang. (tolong jangan malu untuk muntah). dari muda muda dulu yuyu macam ni. sebelum kenal dengan orang, MasyaAllah malu yuyu ni, kalau bakal mak mertua tengok, memang cir pilihan kalbu orang tua tua la!

tapi tu sekejap je la. dah kenal, jangan harap la yuyu nak simpan kemaluan yuyu ni! maksud nya, lepas dah rasa serasi, dapat la tengok perangai yuyu yang tak tahu malu ni! siyes!

yuyu takut dengan orang sikit. adeh. macam mana la yuyu yang seorang selekeh ni nak jumpe orang orang yang homaigod-ko-gojes-gile-babik, dan aki laki yang semat semat belaka. dah tu blogger femes ames pun join.

yuyu ni dah la tak femes langsung, selekeh saja. macam mana kalau dorang buat tak tahu kat yuyu?? dorang bercakap dengan dorang dorang saja? yuyu? wuuuuuu T_T yuyu nangis kat sana hentak kaki! yuyu nak balik!

macam mana yuyu paling selekeh kat sana? yuyu akan buat buat sakit perot makan papadom cicah milo, g tandas, dan senyap senyap balik! yes! plan yuyu dah siap! tapi macam mana kalau yuyu cakap dengan dorang, dorang buat tak tahu saja kat yuyu? okay, yuyu akan buat buat cakap dengan talipon, cari coverage yang bagus kat luar Times square konon nya, dan terus balik! yes!

BIJAK SANGAT!

sama sama la kita join gathering esok ye. sape join, tak nak la sombong dengan yuyu T_T yuyu orang kampung datang Kolompo. takde kawan..


terima kasih sudi bace :)

January 28, 2011

tak bergunalah kamu kalau......

29 comments
Assalamualaikum


 tak  berguna  lah kamu kalau..

kamu di hormati
tetapi tidak pandai mengahormati orang lain

bermakan dengan lahap la si yang di hormati tadi, tiba tiba si tua tertumpah kan air sirap campur barli kat peha si yang di hormati tu. lantas "wehh si tua kerepot! ko nak kena lepuk ke ha!?"

kamu menasihati
tetapi sebenarnya kamulah yang perlu dinasihati
leha: ko ni Aminah Binti Sidek, ko tak ingat tuhan ke? asal la ko suka cakap macam guna speaker sekolah? aurat tu! 
Aminah : suara kuat aku ko kate aurat, ko g dating dengan kassim pakai baju nampak pusat ok pulak.
kamu menyayangi seseorang sepenuh jiwa raga
tetapi kamu tidak menyayangi apa yang sepatut di sayangi

karim: owhh sayang ku Jenab! aku sanggup terjun mencari ko dalam lava gunung berapi , merentas patbelas lautan, demi cari ko Jenab!
Jenab: abang Karim, jom g solat dulu jom
Karim: haishh.. potong setim betoi! waktu ni la nak solat! waktu lambat lagi nak habeh!

kamu berjimat
tetapi kamu berjimat dengan kepentingan yang membazir
Murad: Leman, jom tolong munah. kita beli kerepek keladi kat dia. kesiannn dia. miskinnn T_T Leman : uishhh! ko ni bazir je Murad Bin Tapa! aku kena berjimat! aku nak g konset Rahannu la!
kamu selalu ingat sesuatu benda
tetapi kamu lupa apa yang penting
hari Rabu
Derus: aku kena pangkah seksiap kat kelender aku ni! hari jumaat ni, aku ada dating dengan Jeton

Hari Kamis
Derus: okay, esok aku ada dating dengan jeton!

Hari Jumaat
Derus: yesss! aku nak g dating dengan Jeton!
Harun: wehh.. hari ni Jumaat, ko tak g semayang jumaat ke?
Derus: homaigoddd! aku lupa laa! aku dah janji dengan Jeton ni!!

ok dah.. saja post entry ringan ringan malam malam jumaat ni..

terima kasih sudi baca ye :)

January 26, 2011

berhati hati dengan pujian yanng di terima

61 comments
Assamalumualaikum korang :)


hari ni yuyu nak bertukar ke mood Ustazah Yuyu. baiklah murid murid. pelajaran kita hari ini adalah :

"Berhati hatilah dengan orang yang memuji kamu, dia mungkin akan membawa kamu ke arah kejahatan, hargailah orang yang memaki kamu, mungkin dia akan membawa kamy ke arah kebaikan"

bagus kan kan kan ^^ rasa tak sabar nak kongsi ilmu yang yuyu belajar dalam kelas Entrepreneurship tadi. Kata hikmah ini sangat sesuai di gunakan dalam kehidupan seharian kita.

kalau kita muhasabah diri kita balik, hidup kita penuh dengan orang yang suka memuji kita. pantang bagus sikit kita buat, puji melambung lambung. apa lagi reaksi kita. takkan la dah dapat pujian pehh-ko-buat-bontot-aku-kembang-pat-inci-la , takkan kita tak bangga kan.
berkawan lah dengan iklas ye murid murid ustazah yuyu ^^
bila dah dapat puji makin la kita pulun nak buat sesuatu yang dapat di puji. tapi kita tak sedar, di sini, timbullah RIAK. di mana riak akan membawa kita ke arah keburukan. membawa kita ke arah sombng dan takabbur. mula la nak hidung tinggi seinci dengan kawan kawan. mula la jalan mendada kan. nauzubillah.

tapi dalam hidup kita, tipu la tak ada orang yang membenci kita! aci kerat rambut la kalau korang cakap tak ada sape pun yang tak suka korang. sedangkan Heliza yang tak bersalah, pun kena benci oleh orang. yuyu? seperti manusia lain. yuyu pun ada orang yang tak suka yuyu. lumrah hidup kan

setiap kali yuyu kena maki, yuyu kena kutuk, di benci, di lupa kawan, semua la. sama seperti korang. tapi bila kita ada orang yang maki maki kita, dari situ la kita nak akan sedar, kita bukan lah manusia yang sempurna. ada yang sukakan kita, ada juga yang membenci kita.

dari sini, kita akan belajar cara merendah diri dan menjauhkan diri dari bongkak.kita akan kembali fitrah hidup kita balik. kita akan sedar kita adalah sama. kita ada membenci orang, dan orang ada membenci kita. dan terima kasih la kepada musuh kita yang memaki hamun tek ketahuan hala tu. di dah buatkan kita berfikir dan kembali kepada yang asal.

dapat tak korang faham sekarang kan. ada apa pada pujian kalau dia hanya akan binasakan kita. dan kita patut redha dengan kutukan orang, mungkin tu akan buat kan lebih bagus dari sebelum dan membuatkan kita tak riak.

cecehh.. macam nak bagi ceramah agama la pulak kan. baik la. lepas ni tok sah la kalau kawan kita puji kita "wehh mat, ko nye henpon semat arr" pangggggg.. kita penampao dia "wehh, ko puji aku ye karim! ko nak bawa aku ke arah kejahatan ek! amik ko penampao aku!"

bila ada ada orang kutuk korang pulak "ko ni sameon! ko memang terok, tidor patblas jam, bangun dua saat tidur balik!" kita dengan rendah diri jawab "mekasih arr ko yang memaki hakuh, aku sedar. aku redha. dengan ini aku tambah mase tidur hakuh. dari patblas jam, jadi pat belas setangah jam"

hampeh la kalau macam tu kan. dah. nak melayan lagu Grason Chance kejap. rasa terpana dengar suara merdu dia.

terima kasih sudi baca ye :)

abang hensem, kakak cantik, garukan yuyu. tolonggg.

57 comments
Assalamualaikum korang!

hari ni seluruh harta pusaka kaki dan leher yuyu wujud bintik bitik comel yang gatal tak leh belah gatal nya. yuyu merupakan elergik dengan udang sejak azali.

tapi kawan kata rugi satu nikmat bila tak boleh makan udang. maka,yuyu memaksakan diri yuyu untuk teruskan makan udang walaupun tahu yang lepas makan, badan yuyu terus mengalah pada bintik bitik merah yang comel gile kat badan.

kalau setakat comel tak pe, tapi gatal nye, ya Allah. kalau boleh nak mintak jari abang hensem tolong garu kan. boleh cepat sembuh. muhehe. tak lah. kalau boleh nak amik kertas pasir garu badan.
nak nak aaron aziz yang tolong garu. puihhh! makin gatal la hakuh!
              
semalam yuyu ada pasar malam. yuyu ni pulak kipas susah mati char koew teow goreng. kalau nampak mengkanan tu, otometik perut yuyu menagih simpati mintak makan. tahu je la yang char koew teow ada udang kan.

makan punye makan, yuyu bau udang tu. agak tak segar. ada bau tak sedap. yuyu dah tahu, kalau udang bahu macam tu sikit, yuyu akan gatal habis satu badan. tapi saja nak try. nak ajar sikit badan ni supaya tak gatal.

tapi tak boleh la. habis tekak leher, lidah dan badan yuyu gatal. memang lepas ji, kalau tau tak segar, yuyu takkan beragak nak makan dah. hishh. macam macam betul la yuyu ni. tu tak leh makan, ni tak leh makan. susah la kan nak makan memahal kat hotel T_T

sekarang ni, rasa macam nak keluar kan tekak kejap, lepas tu garu garu dia dulu. ambik kertas pasir, gosok gosok balik lidah yang tak tahan dengan udang tu. seksa nya. ada kelas tadi, nak garu, malu. jadi tanya je. main sental sental kat meja je la yang terdaya.

ni la padah nya kalau kita lawan fitrah diri kita. benda tak boleh, paksa diri nak buat bagi boleh juga.

terima kasih sudi bace ye :)

January 24, 2011

Dahulu & Sekarang

44 comments
Assalamualaikum korang! :)

malam ni sebelum meneruskan menaip assignment Entrepernership, lebih baik yuyu post satu entry ringan ringan (errkkk~), untuk belog kecik yuyu ni. mana la tahu kan, malam ni saje yuyu ada masa nak berbelog. lepas ni dah tak de dah. lepas ni yuyu sibuk dengan final exam. belajar perkara ke satu baru lah berbelog perkara ke sepuluh.

yuyu teringat lagi, yuyu dulu dulu. yuyu seorang yang sangat bergantung kat orang. cakap saja la dalam hal apa. belajar? hidup? berkawan? semua la. tapi tu dulu sekarang. sebelum yuyu di beri pengajaran dari-Nya. alhamdulillah. yuyu suka yuyu yang sekarang.

dulu...

ni masa umur 18
ni pun umor 18. suci kan??



bab belajar, tok sah cakap la. nak ke kelas, mesti la ada kawan. nak buat assignment segala, mesti la kena ada kawan, kalau tak, tak bergerak la jari jari yuyu ni nak menaip assignment. satu sebab malas, dua sebab bengap. pergi kelas dengar mp3. tak pon meset dengan bopren. budak budak baru belajar ada bopren. taksub sangat nak meset segala.

bab kawan pulak. bila ada kawan backstab, mula la nangis tak ketahuan hala. dari pagi bawa ke petang bawa ke petang, bawa pulak ke malam. asik menangis saja. rugi je air mata yuyu masa tu. kalau tak la semua tu rugi, lebih bagus yuyu tepukan air mata tu buat penambah perisa makanan.

pendek kata (sebab panjang tak nak kata apa apa), yuyu ni tak pandai urus diri sendiri la. tak sayang diri sendiri. apa semua yang yuyu buat, mesti nak fikir kan pasal orang sekeliling dulu. hati sendiri tak jaga pun tak pe. budakkk..

tapi tu semua dulu la..

sekarang.....


bab belajar, yuyu sangat bagi komitmen. belajar tetap belajar. nak berfoya foya enjoy, enjoy juga. bila belajar, belajar betul betul. ye la. pengalaman buat yuyu matang. bila sekarang, yuyu sangat taksub nak maintain pointer 3.5 above, kalau boleh, tak nak langsong jatuh. aminn..

bab kawan pulak, yuyu kawan dengan semua orang. muda ke tak muda ke (kang touching pulak kalau panggil tua), teruk ke baik ke, apa pun jenis yuyu kawan je. setakat berkawan. untuk jadi kawan baik, memang susah sangat. sampai la sekarang, yuyu kawan dengan sape yang baik dengan yuyu, taoi kawan terbaik cuma satu.

bab hidup, yuyu mula sedar yang betapa bernilai nya hidup ni. yuyu banyak buat sesuatu supaya tak menyesal pada masa depan. senang cakap, yuyu banyak berfikir dulu sebelum buat. tak nak mudah melatah dan terpengaruh. insyaAllah.

semua nya bermula dengan pengajaran. sekali lagi. pengajaran mematangkan kita. pengajaran dan pengalaman. dengan dua mende alah tu,  baru kita tahu macam mana nak bentuk mase depan kita. yuyu petik sikit ayat dari buku kecintaan yuyu, Women have all the power- by michael j.lockwood_ if you're never experienced downs, you can never truly appreciate your ups.

ups and downs selalu silih berganti. tapi tak semua orang amik pengajaran dari downs dia. 

tak berapa bulan lagi, cukup la umur yuyu 22tahun. dah rasa yuyu perlu pikir pada masa depan kan. 22 tahun? cepat sangat. rasa macam semalam je celebrate birthday yuyu yang ke 18. lek lu cok kok lu! 22 je pon. angka je tu. jiwa wa 15 wehh.

uish.. apehal ade sesi muhasabah diri memalam ni? takde la, cuma nak kongsi la kan.


terima kasih sudi membaca ye :)

January 22, 2011

selamatkan yuyu dari medan iniiiii!

38 comments
Assalamualaikum korang :)

kejup lagi pukul 9 yuyu ada exam, Basic Foundation of Sport. oh tidak! yang lain ok saje, mai tang tulang ni la terus berterabur otak. rasa macam amnesia tiba tiba.

gila ke, nak kena hafal semua benda alah tu. wuuu T_T dah la cikgu ni garang, tegas pulak tu. macam mana kalau fail? mampos la yuyu kena rotan tang bontot. wuuu! selamat kan yuyu dari semua ni!



korang boleh ke hafal macam ni? dah tu kena tau semua pasal sport. yuyu amik Islamic Banking! tak nak subjek ni! wuuuu! nak tutup muka kat bantal busuk, pastu nangis diam diam!

doakan yuyu tau! sape tak doa, tak mao kawan!

terima kasih sudi bace! doa tao!

January 21, 2011

Matang.

50 comments
Assalamualaikum ^^
p/s : lukisan huduh tak bermaksud tuan pun huduh


matang? yuyu sendiri tak tahu macam mana rupa nya matang tu. masa zaman pergi sekolah dengan bawa buku teks Sejarah dulu, bagi yuyu matang tu adalah manusia manusia yang senyum sinis macam nak tak nak senyum, kalau berjalan, tersepit sepit control, bab otak pulak, mesti orang yang matang ni pikir kawen -.-'

makin besar, makin yuyu konpius dengan maksud matang yang sebenar nya. tapi sekarang, sikit sikit yuyu faham dengan "matang" tu sendiri nya.

makin di telan arus usia, yuyu dengan sendiri nya sikit sikit dah rasa perubahan terhadap jasmani dan rohani yuyu.  kehkehkeh . terperasan pulak .walaupun sebelum ni, yuyu rasa yuyu macam tak akan matang buat selama lama nya dengan memegang prinsip "be yourself"


apa yang yuyu perasan dengan diri yuyu sendiri, kalau dulu, yuyu banyak sangat nak fikir bab nak berseronok. apa apa yang yuyu buat, mesti lah akan mendapat habuan enjoy. yakni dengan kepala otak hanya tuju nak fikir bab kapel, nak shopping la. semua yang memberi enjoy untuk masa yang singkat.

kalau study pun, biar cukup cukup makan pun dah cukup buat yuyu senyum telinga ke telinga. kalau la pass grade adalah F, maka yuyu akan gagah pulun biar dapat F pun dah cukup. hmm.. sangat teruk.

tapi tu semua tu. dan sekarang, sikit sikit yuyu dapat rasa yang yuyu makin bertukar sifat. secara semulajadi nya tanpa di paksa. dan sekarang yuyu mula rasa macam "apesal la aku macam tu dulu, haish" mengeluh sorang sorang.

nak jadi matang, tak kira umur sebenar nya. ada yang umur 12 tahun , dah matang. tahu nak urus diri sendiri, dah pandai fikir bab hala tuju hidup. dan tahu macam mana nak jaga keluarga. dah tahu juga apa tu yang buruk dan baik untuk diri sendiri.
p/s : lukisan huduh tak bermaksud tuan pun huduh

ada juga yang macam yuyu. dah umur 22 tahun, baru sedar yang sepatutnya yuyu tak buat itu ini, baru juga sedar yang banyak perkara yang tak berguna telah yuyu buat tanpa berfikir. baru sekarang rasa macam nak mula kan hidup baru dengan cara baru.

tapi, ada juga yang dah hampir jadi nenek orang pun, masih macam budak budak cara mereka. dah kawin pun, masih tak pandai nak urus diri sendiri.

walaupun macam tu, tak boleh nak cakap apa juga, sebab musabab, matang ni bukan di kira dari satu sudut saja. ada banyak yang perlu di perhatikan. secara fikizal nampak matang, tapi, kalau suruh urus diri sendiri, gagal la pulak. hmm.

ada juga orang yang nampak perangai macam budak budak. terkinja sana sini, asik dengan bling bling pink la, nak pelop teddy bear 17 jam 6 minit 89 saat  tapi, hebakk kemain bab bab nak urus masa, urus hidup, keluarga juga duit.

kira nya, susah nak tahu matang tu apa sebenar nya.

kalau sekarang, mungkin yuyu dapat rasa perubahan sifat luaran yuyu mula berubah. bila nak terkinja kinja, rasa macam malu pula, bila suka berangan benda bukan bukan, cepat cepat rasa macam malu dengan diri sendiri. dan la memang pemalu -..-'

tapi mungkin mula nak matang dari sifat macam tu la. pemikiran, entah la yuyu pun tak tahu lagi. InsyaAllah, kalau kita nak, kita akan dapat. yuyu teringin matang dalam macam macam perkara, InysaAllah, yuyu akan matang macam apa yang yuyu nak.

matang tu akan datang sendiri. kan kan?


p/s : korang matang tak?

terima kasih sudi bace ^^

Cuma Nak Tanya

38 comments
Assalamualaikum korang! :)

zaman kecik kecik dulu,sifat ingin tahu yuyu sangat tinggi. selalu tanya ni, tanya tu kat atok, mak, wan, dan sesape je la yang muncul masa kepala hotak sedang ligat berfikir. murni kan yuyu :)

nak jadi kan satu entry, dulu yuyu takde adik lagi tau. yuyu sorang la. bila tengok atok, ada anak sampai 7 orang. heran gile masa tu. yuyu tanya atok, "tok, nape tok ada mak, angah, bla..bla... paksu?" "tok buat macam mana?" "tok amik kat mana?".

masa tu umur yuyu dalam 4 tahun. tak kan la tok nak cerita yang betul betul kan. mesti la blushing tok dengan tok wan mase tu.:') jadi, tok pun jawab "tok lukis depa" "tok amik depa kat sekolah". oooo. jadi aku pun fikir yang macam tu. kena lukis dulu. setiap kali yuyu lukis, yuyu renung je, kenape la tak keluar keluar lagi orang ni. hmm

selain tu, yuyu selalu tengok jet ke, kapal terbang ke terbang. ye la, rumah yuyu dekat dengan airport kan. asal tengok kapal terbang kat langit, yuyu pikir, macam mana dorang terbang huh? yuyu pun tanya mak. mak jawab " ada tali ikat dia" yuyu tanya lagi "mane tali tu? tak nampak pung" mak pun "tali tu orang tak nampak, macam warna tali tangkap ikan (tali joran) abah yasin" ooooo. sampai hati mak tipu yuyu T_T

kadang kadang pernah mak rimas dengan yuyu selalu banyak tanya. yuyu pernah gak tanya kat mak "mak mak nape orang lain g keje mak dok umah?" mak jawab " mak keje la ni, tapi kat umah, mak jaga kakak" yuyu tanya lagi "orang keje kena naik moto" mak kate "sebab tu la mak ada moto". wahh. jadi kat situ aku buat satu konklusi yang mak banyak duit. tok lagi la banyak duit. ada 7 anak. start dari hari tu, yuyu suka sungguh paw duit atok.

bila dah umur lanjut (oh tua nya), baru la sedar semua tu auta belaka. sampai ati tok! mak! tokwan yang pernah auta pasal hujan. kate tokwan, hujan turun ade orang naik kat langit dengan kapal terbang, lepas tu curah air ke bumi. wuuuu T_T dusta semata mata.

jadi sekarang, dah tau sebab musabab kenapa dorang cakap macam tu. ye la. banyak tanya sangat.

dah besar ni, cuma satu je benda yang dari kecik lagi yuyu tak tau. hehe. harap harap yuyu tau la. ni benda ape??? tuh tuh! asap putih tu!
=
=
=
=
=
gambar ni yuyu amik subuh subuh buta tadi. gelap sikit kan.
agak agak arr korang nak tipu yuyu juga kan. ade orang conteng kat langit. grr~ yuyu tahu tu asap. tapi asap ape? kalau jet, kenapa tak dengar pun bunyi bising. kalau kapal terbang, cam tipu pulak. roket? amboi, selalu pulak roket berlepas.

terima kasih sudi bace :)

January 20, 2011

saya nak mohon maaf secara terbuka T_T

43 comments
Assalamualaikum korang :)

baru baru ni, yuyu ada tepek muka yuyu dengan make up mate gedik nak mampos tu kan. ok fine. korang dah muntah. memang tu niat yuyu. muahahahah! jahat kan?

yuyu niat nak bagitau yang yuyu suka make up saja. tak sangka la pulak, banyak komen yang kata cara tu dorang suka. baik di fesbuk mahupun di belog sendiri (macehhhh). cikai je. atau korang nak amik hati yuyu? baik jujur!




banyak blogger mintak yuyu buat tutorial video tak pun ajar macam mana nak make up macam tu. ok ok. buka balik entry lepas, dan bace, check satu satu kat shoutbox dan check kat fesbuk yuyu. wuuu T_T tak tipu. yuyu ni tak pandai tipu. memang jenis bukan penipu (nampak sangat aku menipu)

yuyu mintak maaf sangat sangat. bukan tak nak buat tuto. tapi rasa macam tak layak saja. nak buat video? tu memang tak akan! heheh. sebab yuyu guna Maxis Limited Broadband. paham paham la kelembablembuan nye kan.

tapi tak apa, yuyu fikir, dalam masa terdekat ni, yuyu akan kongsi la macam mana nak make up macam tu ye. sebab, tak hadap la yuyu sesaje nak make up dalam bilik. bila nak keluar hari sabtu ni rasa nya. jadi yuyu snap pic beribu lemon, dah tunjuk step by step. boleh?

sebenar nya korang pun boleh ada bijik mate macam tu. tok sah la kata sebab mata yuyu cantik. nahhh~ dengan sebam nya, dengan... entah la nak cakap! ( terkata). nest entry bila yuyu nak share, make sure korang ada mascara hitam/biru, lens, eyeliner, eyeshadow, foundation, concealer. tu je.

dah. kepada yang mintak yuyu share cara make up tu, weekend nanti ya yuyu buat. sekarang macam tak keluar mana mana lagi. wuuu T_T tanpa membuang masa, saya persilakan Cik Meon bin Lebai Pian untuk memberikan ucapan.

p/s : entry ni tak berbaur poyo. sape ngutuk dalam hati, tak nak kawan !

terima kasih sudi bace ye :)

January 18, 2011

Main Mekap Mekap

259 comments
Assalamualaikum korang!

semalam berborak la yuyu dengan rakan taulan. memang aktiviti tak leh tinggal. mane boleh tinggal bergossip kan. pompuan. sembang pom pom. padahal tak ada ape pun.

maka, ada la terselit sikit ayat ni "entah yuyu ni, tak yah la make up. make up nak sampai tak nampak muka sendiri. hilang seri nanti bila nak kawen"

wuu T_T terasa diri ku ini. sebenar nya, yuyu memang suka make up. dari kecik lagi. tapi bila kena kate cam tu, terasa la pulak. bagi yuyu, yuyu make up, cuma sikit sikit saja. tang mata tu yang penting. kalau betul la yuyu make up tebal, habes la jerawat semua tak nampak kan.

jadi, ada la sikit gambar yang yuyu tangkap, nak tunjuk, yang bagi yuyu, make up yuyu tak la tebal, cuma main sikit bahagian mata. ye tak? ye la, lain orang, lain pendapat kan. takut nye hilang seri.

ni sebelah yuyu make up, sebelah tak. huhu. senang tunjuk. boleh la tengok muka basi yuyu dah muka bajet "wehh-aku-rasa-aku-cun-habis" yuyu ni. bih kurang je kan. cuma lain tang mate kan!

ok, sedia untuk g makan meat ball kat IKEA dah. muahahah!

ha ni lagi satu, nampak tak jewat yuyu? parut kat dagu? wuuu T_T nak make up sikit kat mate je. kening tu yuyu lukis sendiri, di sebabkan kening yuyu tak cantik. tak cukur lagi ni. highlight sikit, supaya tak nampak kening berserabut.



ni pulak, sebelah muka yuyu tak bermake up. huhu. muka basi. takkan la nak keluar dengan mate kantung panda comel kan. hikhik. lebih kurang je kan dengan muka yuyu ber make up? cakap ye cepat! kalau tak, tak nak kawan!

mempersembahkan muka basi yuyu!


yang yuyu pentingkan masa make up, mata je. pastu, tenyeh sikit blusher, nampak comel comel gitu. heheh. baru la fresh sikit kan.

</> </></></></> </></></></>
dinasihat, untuk pakai bulu mate pelesu, untuk membesar gedabakkan biji mata anda!

gambar semua yang atas adalah sebelum di snap sebelum bersiap betul betul. dah pakai habis baju yang di kehendaki, masa untuk pakai lens biru. nak bajet cam mata omputih gitu. muhahah.

</> </></></></></></> </></></></></></>
sengeh mintak puji!

highlight sikit kan mata dengan eyeshadow biru, sebab yuyu pakai lens biru kan. baru bangkit mata kita. macam tu la. tak kisah la, asal kan , kita berani, nak pakai apa apa kaler pun.

akhir sekali, jadi la macam yuyu yang gedik ni. dah habis make up, sambil menunggu laki masa depan menjemput untuk bersuka ria, sempat la tangkap gambar beriban. muhahaha. silakan cuba

</></> </></> </></>
oh gedik nya diri dahku!


</> </> </>
sila muntah kalau perlu ye :)

ala, tak tebal mana pun kan. kalau kawen nanti, make up lagi lawa kan kan !



terima kasih sudi bace :)



January 17, 2011

jangan salah memuji ye murid murid

26 comments
Assalamualaikum korang :)

tertarik dengan satu ayat Quran ni : Firman Allah :

''dan hendaklah kamu bertolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolongan pada melakukan dosa (maksiat), dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana seseungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya ( bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya)" [al-Maidah:2]

ayat ni sangat menegaskan yang Allah sangat lah menyeru kita supaya mengajak kepada kebaikan dan mejauhkan dari mengajak ke arah kejahatan. oh tidak, rasa macam ustazah la pulakkk. eheee..

yuyu teringat lagi Ustaz yuyu cakap masa di kelas Legal Maxim semester lepas. contoh nya, yuyu buat sendiri la.
dengar kate yuyu ye sayang sayang :p
jangan kita memuji orang yang berbuat dosa. makin kita memuji, makin la dia buat dosa. contoh nya: kamu lihat A pakai seksi, dan kamu memuji nya "wahh, cantik baju ko ni Mariah Coroy!". dia jawab "aww, thanks, Mariah Coroy kate kannn~" esok lusa, dia akan mengulangi dosa nya lagi, maka di sini, dosa, kamu juga akan terima.
selain itu, apabila kamu melihat seseorang tengah marah, dengan marah yang amat sangat pada seseorang. contohnya. A: "aku benci dohh ngan si Meon Gelendut sengal tu, nak je aku lempang dia terkangkang" kita: "ye arr, dia tu memang arr, sengal betul!" jadi, situasi ni, kita mennaikkan marah si A tu lagi. marah kan satu amalan syaitan, berdosa apabila kita mengapikan sesama kita, jadi sini, kita akan berdosa, apabila si A tadi, terus marah pada si B.
contoh lain, bila kawan kita nak dating,"aku nak pinjam kete ko arr, nak g ngedate ngan balak aku". kita :"amik arr, aku memang beli kete nak bagi ko pinjam pon". kan dah dapat dosa dari tu. bersubahat dengan sesuatu dosa.

wuu! tanpa yuyu sedar, banyak sudah yang yuyu buat selama ni. lagi lagi, contoh yang pertama. hmm. takutnya. kadang kadang, semua tu, kita buat tanpa sedar, sebab, kita selalu buat macam tu. dah macam sebati dengan diri kita. ye la ye la. kita slow slow ye lepas ni.

lepas ni, kalau kita tengok kawan kita rajin study, cepat cepat kita puji dia tau! heheh.. semoga dia rajin lagi. nanti InsyaAllah, dapat la sikit pahala kan dari Allah. Allah kan Maha Pemurah :) aminnnn

terima Kasih sudi bace :)

January 13, 2011

Sista Modeling's Gathering

100 comments
Assalamualaikum korang! :)

ingat lagi tak entry yang yuyu tepek muka yuyu besar besar tu? (nada riang ria di pagi raya!) tak ingat laa. (suara halus muncul). bedebah! tak pernah ingat pasal yuyu kan. fine.

jadi hari ni, nak bocor kan rahsia. hikhik. sebenar nya, pada 9january lalu, yuyu join Sista Modeling's Gathering kat Villa Felda Keramat yang memang gamat habis la! mari ikuti perkembangan tumbesan bayi yuyu comel:


pagi pagi lagi, sambil tunggu laki masa depan tersayang sampai kat kampus, sempat la tangkap gambar bergedikan bersama Kinuya tersayang. korang jijik tak tengok muka yuyu ni? kalau ya, sila muntah segera.


dalam perjalanan, memang make up tak sudah. minit pertama, make up, minit pertama point tiga puluh lima saat pun make up. sangat takut, nak berdepan wanita wanita vogue lagi gojes semua.


buat buat tak tengok Kinuya. muhahah. rasa nak termuntak tengok gambar ni. mengada ngada yang melampau. yang yuyu buat buat senyum kenapa.

sampai sampai je, lepas registration, terus ada half body photoshooting. oh tidak. tak sempat nak tenyeh bedah buat kali ke enam ratus tujuh puluh tiga point enam enam kali. dah la kaku. nasib la photographer best. Bulan Madu Photo tuhh.

lepas tuh, terus cari table yang telah di tetap kan. dekat dengan tingkap. boleh la merenung jaun nun jauh keluar tingkap. malu sangat masa tu. ni nama nama nya apa ya? tak sempat kenalan walaupun dok sebelah siap boleh g tandas tengeh bedak dan mulut merah tebal tebal. comel kan dia.



menunggu ketibaan makanan yang lazat. tapi tak boleh nak tangkap gambar makanan. "malu" dah "mahu" masa tu dua perkara berbeza. "malu" masa tu mendominasikan keadaan. jadi "mahu" terpaksa di pisahkan la.


tengok!wanita wanita gojes bertemakan pinkish yellowish! lawa la dorang ni. yuyu ni bukan gojes dah, gajus je. ni antara suku yang hadir. orang kuat la ni. tapi masa ni yuyu dah berangakat menuju kampus. sedeh T_T



last photoshooting! tak sempat nak join yuyu dah balik masa ni. oh tidak! kalau tak boleh nak mencapap paling depan sekali sambil buat gaya mengada ngada tak hengat dunia. hmm. sayang nya. cantik kan dorang semua!


sebelum balik, dapat la  shoot satu full body. hikhik! malu nye. tengok je, sape gelak dalam hati, korek hati dia malam ni! ayyok! tak tahu!

ok fine yuyu mengada sangat. sila buat buat tak nampak!
jadi, tu la sebenar nya. alahhhh.. buat saspender je!

terima kasih sudi belek muka rabbit ni ^^
© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.