December 22, 2010

10 jenis orang yang menyenangkan hati

20 comments
Assalamualaikum!

berbekalkan idea yang seciput, tapi hati meronta ronta nak post entry baru. ish. dok tak diam betul hati ni. rehat la jap sehari dua. baru semalam post entry baru kan. tapi takpe, nak penuhkan impian hati, yuyu cari idea. apa yang nak di kongsi kan. kan. kan. kan.

kali ni, nak kongsi, jenis jenis manusia di mukabumi ni, yang di sukai manusia.

1- Orang yang murah senyuman
sejuk hati mak mengandung kalau tengok anak pinak budiman senyuman. tak payah nak senyum selalu, cukup la kalau senyum bila nampak orang. bukan masuk buku 555 pon kalau senyum. tengah urat urat tensi kita tegang keluar, dek kena marah dengan bos ke, hutang tak habis bayar ke, asignment berjuta juta lemon ke, tapi bila tengok orang senyum kat kita, otometik, reda sikit kan serabut kepala hotak. setuju?

2- Orang yang pandai tak kedekut ilmu
syok sungguh nak rapat dengan orang macam ni. dah la bijak bestari, tak kedekut pulak nak kongsi ilmu yang ada. bila dia dapat sikit ilmu, dia kongsi ramai ramai. dia tahu sikit tips, dia share beriban dengan orang. contoh nya blogger, bila dah dia tahu orang memerlukan apa apa tips, dia offer nak tolong. ish bagus! ni tak, ada orang yang pandai, sangat pandai, tapi bila kita tanya sikit je, dia sorok ilmu rapat rapat. kalau ilmu dia tu berisipadu, memang sah dia simen rapat rapat dalam dinding rumah. tak bagus betul.

3-Orang yang baik
sape la yang tak suka kan rapat dengan orang baik. semua nya yang dia buat, kita rasa senang saja. tak main cocok cocok belakang kita, tak suka tanduk tanduk kan kita, tak jadi hakim takbertauliah terhadap diri kita. sejuk perut ginjal hati paru paru kita bila rapat dengan orang macam ni. ni tak, baru ada sorang dua puji dia baik, mula la nak jadi hakim tak bertauliah. nak cakap kita teruk la, kita itu la, ini la. tak pun, depan nampak baik, belakang, main tikam tikam belakang pulak -_- benci. bila kita rapat dengan orang baik ni, dia akan buat kita sangat selamat untuk rapat dengan dia. best.

4-orang yang suka belanja.
heheh.. yuyu suka orang macam ni. :D kalau boleh, nak offer kan diri kawan dengan orang macam ni. ye la, sape tak suka benda free kan. kalau masuk supermarket, ada ubat gigi darlie percuma BMW, dengan colgate tak ada percuma apa apa, mesti kita amik darlie percuma BMW kan. heheh. tipu la tak nak. munafik kalau kate tak nak.0.o orang macam ni, memang di kelilingi ramai "kawan". awal bulan dah tentu ada duit, tapi dia offer nak belanja, tengah bulan, duit dan poket umpama isi dan kuku, tapi dia still offer nak belanja, best! ujung bulan, duit dan poket umpama melukut di tepi gantang, still, mehh arr aku banje ko, aku bek hati. tapi kalau dah baik macam ni, ragu ragu la pulak

5-orang yang tak sombong, bongkak, riak, takabbur!
ni sifat semula jadi yuyu ni! betul! lehh caye ke. best betul bila dapat kenal orang yang sedemikian. takda la kita rasa rimas sangat kan dengan orang macam ni. orang melambung lambung puji dia pon, dia cooooool saje. orang bagi anugerah kebesaran duli yang amat mulia sultan selangor pon, dia, lek lu cok kok luuu saje. tak ada la nak jalan dada 400 inci kedepan bila kena puji. tak la pulak, nak buat baik depan orang saje kan.
-----------------------------------------------------------------------

mungkin tu apa yang korang suka, bagi yuyu pulak, yuyu suka bila :

6- bila kakak maxis(sebab yuyu guna broadband maxis) pemurah:
"bill broadband adik, tak payah bayar ye bulan ni, bulan depan, bulan lagi satu depan, buln satu satu lagi depan, juga bulan satu satu satu lagi depan. pakai la dengan free ye. lepas tu, nah singgit dua puluh sen. buat beli gule gule." siyes, kakak tu akan di sayangi yuyu serta merta.

7- kawan yang ambil berat:
sedang yuyu bawa benda berat seperti tiga belas ketul buku yang gedabak besar, serta pelbagai lagi beg yang berat berat ke kelas pada tengah hari yang terik lagi panas, tiba tiba, muncul makhluk yang di cari cari bersuara: "tak payah la nak bawa semua benda alah tu, meh saya bawa semua, saye memang suke amik berat. yang ringan tak suke. yang ringan awak je bawa" yuyu akan balas : "macehh :D"

8- lecturer yang budiman markah
kita semua tercari cari seorang pendidik yang budiman markah. kalau dapat lecturer kedekut taik idung agak masin, sanggup wehh extend tahun depan subjek tu, amik tahun depan demi lecturer tersayang tu. lagi lagi la lecturer yang : "ok, baiklah murid murid, mulai sekarang, awak semua tak yah datang kelas ye, pergi la buat amal kebajikan. nanti dua hari sebelom final, datang bilik saye, copy semua soklan final, ye" yuyu akan jawab" ishh, baik sungguh cekgu ni, budimannnn"
9-majikan yang murah rezeki (harap mak yuyu tak bace)
kalau keje esok esok, kita doa la supaya dapat bos yang bertangan selalu memberi. setiap bulan ada dau kali bonus, elaun pulak tu ada. siap tambah, elaun tidur, elaun jalan, elaun anak laki bini, elaun dapur rumah, elaun minyak kete di lipat gande kan. ish.. murahh rezeki bos kita kan.

10- jiran tetangga yang jaoh sekali nak mengumpat.
paling tak suka orang mengumpat. apa lagi kalau jiran jiran kita mengumpat. bila dah keje nanti, mesti kita ada rumah sendiri kan, tak pun, bila dah kawin nanti, kan senang hati kalau dapat jiran yang petang petang datang rumah "awak, jom la kita berbincang pasal cara cara nak masak tempoyak agak lebih enak lagi best-giler-babi-wa-cakap-lu," ni tak, asal datang rumah je "awak, tak dengar cite ke yang jirang kesayangan awak tu kena tangkap dengan JAIS?" cesss.. jaga tepi kain orang je.

sekian, tu saja 10 jenis orang yang menyenangkan hati kita. kalau fikir fikir balik, apa saje lah yang ada kat yuyu yang boleh senang kan hati orang. kadang kadang, kita dah try buat yang terbaik, tapi orang, samaada salah anggap ataupun, tak perasan apa yang kita buat tu. sigh!

p/s: apa apa lagi yang senangkan hati korang?


terima kasih kerana sudi luangkan masa bace entry yuyu kali ni ya :)

December 17, 2010

doakan saya..

5 comments
Assalamualaikum :)

mood: serius tak ok

entry yang paling pendek. doa kan yuyu tabah untuk hadapi hari hari lepas ni. supaya yuyu tak berundur dari keputusan yang yuyu buat. dengan keputusan yang yuyu buat, akan senang kan pihak "dia". cess, tak best arr rase cam ni

dan doakan yang terbaik untuk exam Business Maths esok hari.

terima kasih.


p/s: contest, almost 100 blogger join. thanks.

December 13, 2010

cekgu, saye nak minta maaf sangat ye :)

4 comments
Assalamualaikum!

semalam.
hari yang sangat rilek. tolong jaga booth. team kitorang di 'paksa' cekgu untuk buka satu empayar perniagaan bagi membolehkan kitorang mendapat 20% markah percuma Mid-term Exam. alhamdulillah. bermakna di sini, tak perlu yuyu mengusahakan diri tengah tengah malam untuk selak satu per satu buku yang semestinya bila exam je yuyu buka.

padahal yuyu perlu wajib siapkan satu keje sekolah yang cekgu bagi. bermarkah 25%. mengenai Principle of Islamic Economic. Soalan nya cuma :
  1. Define the concept of "making money out of man". (6marks)
  2. Elaborate the two stages of Islamic rationalism in consumer behavior theory (9marks)
  3. Explain the three elements of rationalism in consumer behaviour theory. (10marks)
memang nampak senang. tapi tak terbuat sebab musabab , broadband yuyu di pinjam kawan, dan satu lagi, yuyu terlalu fikir yuyu dapat siapkan assignment semua tu dalam masa satu jam sebelom tidur. meleset jangkaan tersebut. bila dah terlalu mengantuk, yuyu nekad tak nak pergi kelas esok. yuyu kena cari alasan "baik punyee"

hari ini:

kerana pabila malas mengusai diri, yuyu me "rajin" kan diri menghadirkan jasmani ke Seminar Pembuangan Bayi yang "best". sanggup T_T. siap talipon cekgu fiqh islami, cekgu Jurisprudence, juga tak ketinggalan cekgu matapelajaran yang ade assignment tadi. dengan alasan yang same " saye ada seminar la miss/ustaz. tak boleh attend kelas hari ni. jangan buat quiz tao. ^^"

selamat. terselamat. tapi bala apabila pergi ke seminar, rasa macam, tak dapat satu input pon. yang yuyu dapat cuma "tips untuk menambah kebahgian dalam rumah tangga adalah pelukan suami isteri sekurang kurangnya empat kali sehari". bukan kah yuyu masih bawah umur? atau belagak bawah umur?

rentetan seminar terlalu "best". toilet tempat melepas kan mengantuk di tangga.

sebelum kejadian, nampak happy :)

gambar sebelom hari ni, nak nampak putih melepak macam dalam gambar ni, cepat cepat tangkap gamabr waktu pagi. chaya masa ni menipu.
bila dah balik dari seminar, sepatutnya yuyu masok kelas Islamic Economic berserta assignment yang perlu dihantar. tapi tak, yuyu jaga booth. jaga jaga juga, takut cekgu yuyu tu lalau depan booth. dah kantoi, sorang budak itam tak masuk kelas. jadi untuk mengelak di kantoi cekgu, yuyu sembunyi rapat rapat. agak agak kelas dah agak lama bermula, yuyu mula tolong kawan kat booth. selamat lagi. :")

_________________________________________________________________________________

bila di pikir balik pasal yuyu, yuyu rasa prestasi kerajinan yuyu merosot hari demi hari. cehh. agak tipu la. mungkin dua tiga hari ni, sebab tak siap keje sekolah. tapi janji, untuk capai matlamat & cita yuyu yang belambak, yuyu kena men triple kan rajin yuyu ni. kan kan :)

dah sekarang, yuyu cuba habiskan satu entry selepas berhari hari yuyu tinggal belog tanpa suapan entry yang fresh. kesian belog. kurang kasih sayang. :) cukup la setakat ni, yuyu nak habiskan keje sekolah yuyu, dah study sikit untuk kelas besok. persediaan/study awal sebelom ke kelas penting supaya kita cepat faham. selepas persedian ke kelas, kita perlu tumpukan apa yang cekgu membebel kan depan, supaya, kita tak terlepas ilmu yang tak ada dalam buku, dan kuat kan lagi pehamahaman kita. dah akhir sekali, proses mengulang kaji, penting supaya, apa yang kita dapat hari ini, kekal sampai kita mati :) insyaAllah

terima kasih kerana sudi membaca.

December 8, 2010

nanti diam, kata sombong pulak kan ...

14 comments
Assalamualaikummm !

 yuyu baru sudah manja kan muka dengan Oxy10. tak main ar Oxy5. jerawat besar tegalang, guna Oxy5 ape barangg~ tapi korang kena tahu, di sebalik ayat ni, hati yuyu remuk sebab jerawat muncul silih berganti. lepas naik kat dagu, naik pula kat dahi, lepas tu muncul pulak kat hidung (yang ni yang tak best, nak bersin pun sakit), lepas  tu tetiba sekarang muncul pulak jerawat kat pipi. sekarang kena terima suratan takdir yang jerawat dan yuyu tak boleh di pisahkan. ni lah akibat orang yang terlalu sibuk sampai tak sempat nak tanggal make up sebelom tidur. mengaku weh.
jelas kan jerawat kuh ^^
tengok saja entry entry yuyu yang baru baru ni. yang terpampang sekmen yuyu bersama jerawat. ceh. tak best la. nak macam muka takkala muda mudi dulu. muka ibarat isi telor baru kupas. *ayat ni agak hiperbola yang sebetulnya, kulit yuyu macam kulit petola tak kupas lagi T_T

entry kali ni bukan nak cerita pasal jerawat aka my bff. tak. entry kali ni pasal lain. tapi di serabutkan dengan pendahuluan pasal jerawat panjang berjela. terima jela. selalunya perenggan ke tujuh puluh enam pun belom tentu  habis dah pendahuluan merapu. sigh!

ok. tegas! untuk pengetahuan tuan puan cik encik semua, yuyu dah dikenali dengan seorang wanita ayu yang sangat aktif, banyak bercakap, bajet happy go lucky, peramah (aww~ i loike), juga sopan santun berbudi pekerti juga baik hati (ni tambah sendiri). cut the crap! tapi semua tu kadang kadang yuyu yang paksa diri sendiri nak jadi macam tu. kenapa? ha. tu yang nak di bahas kan tu.

setiap kali orang bagi satu perkataan, yuyu akan sambung dengan ayat yang lengkap lagi sempurna. contoh nya. kawan yuyu baru sebut "cun". yuyu akan sambung "yuyu memang cun gile, awak kena tahu fakta tu!". :') malu pulak. macam tu la. yuyu asyik cakap benda merapu yang sangat sangat rubbish boleh buang dalam tong sampah belakang rumah korang.

tapi jadi masalah, bila yuyu teringin nak diam, orang pulak akan kate "yuyu pehal tetibe diam ni. cerai dengan laki mase depan ke?" tak pon "aku pelik dengan si yuyu ni. tak banyak cakap. dia buang tebiat kot". atau paling dahsat "yuyu, ko ok ke tak? rasa gerun pulak bila yuyu tak banyak cakap" :'(

bedebah. ayat ayat tersebut dah terbukti yang yuyu tak boleh berubah jadi "yuyu pendiam lagi sopan santun". almaklum lah, sorang kawan yuyu yang jujur bagi statement berbaur ayat nak kena tinju "yuyu ni kalau orang baru niat nak buat lawak, dia dah gelak, padahal orang gelak sebab tengok dia gelak". hooo. ini tak di nafikan, yuyu suka gile gelak termasuk gelak kan orang.

tak best nya, bila yuyu ni datang dengan imej ala ala gangster yang suka cari pasal dengan orang, orang pulak suka cari pasal dengan yuyu. tapi best oh kalau sekali sekala buat buat tengah tension. kerut kening tak boleh belah. pastu buat buat diam sikit bila semua orang sebok gelak terbahak bahak. (yuyu gelak dalam hati lagi la terbahak bahak bahak bahak!). masa tu, mesti ada orang yang cakap gile baik dengan yuyu. lepas tu, orang macam concern gile arr! bestt! hahah.

lepas tu terpikir, ape la orang tengok yuyu kan. antara orang akan fikir :
  • minah ni tak reti dok diam ke?
  • minah ni kecik tapi suka buli orang ar!
  • weh, tak yah kawan dengan dia ni, dia ni banyak cakap
atau


  • jom kawan dengan dia, sebab dia ni gila.
  • kalau ko kawan dengan dia, kita putus kawan T_T

wahh. bapak sedih. mulai esok, yuyu nak try seboleh boleh nya jadi perempuan sopan santun di dunia! hohoho. nak try. berapa hari yuyu boleh buat semua ni. harap harap lepas la walaupun satu hari! wakakaka.
at least macam ni la ^^
terima kasih kerana sudi membaca ^^

December 5, 2010

saya ni bukan perempuan ke? :'(

3 comments
 Assalamualaikum cik mat ayob & cik leha bunga melor!



pendahuluan pon dah nampak muka cik melah ni kan T_T

malas nya nak menaip entry baru ni. ni semua angkara asignment yang belambak. tak best ar! nak tidur lebih susah, nak golek golek lebih pon susah ape lagi nak fesbuk fesbuk lebih kan.

post kali ni, tak banyak idea sangat. sebab otak dah letak sepenuhnya kat projek tempoh hari. jadi idea yang tinggal kat jasmani yuyu ni cuma seciput. atau lebih tepat lagi sebanyak sepertiga peratus. korang rasa yuyu ni perempuan ke tak?

yuyu pon konpius ni. semalam kawan yuyu talipon yuyu. kawan lama masa kenal kat bukit bintang dulu. memang rancak wehh. macam dah tak main talipon talipon seabad. biasa la pompuan, bila jumpe gang, mesti ar aktif gila en. banyak nya, dia la yang bercerita, biasa lah dia yang call. yuyu ni tunggu turn je nak buka cerita T_T tak best betol la.

maka, nak jadi cerita, dia bercerita pasal birthday dia 3hari lepas. (sumpah hakuh tak hengat langsung) cerita pasal bopren dia kasi hadiah kat dia.dialognya lebih kurang macam ni la:

yuyu: wahhh.. langsung tak ingat besday u. hmm. sori, i ni tua sikit (harap dia tak kisah la)
nini:takpe, sebab birtday i kali ni, happy sangat! bf i buat i happy taw! (ape yang happy nya? )
yuyu: cerita la! cerita la! (siyes nada yuyu mase ni gedik gile ohh!)
nini: bf i kasi i teddy bear besar gileee!!!!! chocolate 1 bakul. besttttt!
yuyu: huh? best? ape yang best syg?
nini: dapat semua tu la. pompuan mana la yang tak suka semua tu kan. pompuan nak jadi jantan kot. hahahaha!
yuyu: hahahahah! ye la.. best nyeeee!!
hahahha ( buat buat gelak). sebetulnya, yuyu terus tengok kat jasmani dan rohani yuyu. betul ke yuyu ni perempuan? ish.. betul la. siyes tak tipu! sebab nya, yuyu memang sorang perempuan yang sejak azali tak suka hadiah cekelat juga teddy bear. apa lagi kalau teddy bear besar kan. satu lagi tambahan ialah bunga.mari korang kenal pasti sebab musabab kenapa dengan penyakit yuyu ni:

cekelat:
hmm. sedap la pulak T_T
memandang kan yuyu sejak lahir lagi berada di Pulau Syurga Cekelat, maka, bagi yuyu, "ko takyah la susah payah kuar keringat ko nak beli hakuh cekelat, hakuh dah puas makan kat Langkawi dari kecik lagi". macam tu la ayat yang terselindung di sebalik yuyu. cakap je la cekelat apa yang korang pernah makan, mesti yuyu dah pernah makan juga. kalau yuyu tak pernah makan pun, korang anggap la yuyu pernah makan juga! mesti! wajib! maka dengan seterusnya, kalau cekelat merupakan idea korang untuk bagi kat yuyu, sila cancel laju laju, tukarkan ia kepada MILO kotak! bestt! minum 8882368638384 kotak pun tak jemu ^__^


Teddy bear:
nih kalau tengok hakuh malam malam ni, boleh histeria hakuh ni!
ni lagi la tak nak! yuyu suka teddy bear, tapi untuk memiliki juga mempunyai memang "mintak simpang tiga kampung dusun". yuyu takut gila. kecik kecik dulu, arwah abah yuyu pernah belikan yuyu teddy bear & barbie doll. tapi bila ingat pesan tokwan "main la anak patung, nanti dia minta nyawa kakak baru tao" (tokwan cuba jaohkan yuyu dari semua tu, malaikat tak masuk rumah owh kalau ada semua tuh!). jadi, bila abah beli je, malam yuyu termimpi yang patung patung tu jadi besar lalu minta ihsan nyawa yuyu! gila scary!. sampai sekarang yuyu tak ada semua mende alah tu.

kat sekolah masa lucky draw pon, yuyu pernah dapat Pooh (masa tuh femes ar Pooh ni). kawan kawan siap nak tukar lagi dengan yuyu. jeles akan ke-lucky-an yuyu. balik je, yuyu bawa hati yang hampa. bagi Pooh tu kat adik. main la. tapi jangan bawa masuk bilik yuyu! tendang Pooh tu kannnggg!

Bunga:

dari bagi bunga, leih baik bagi taman bunga! ^^ (demand sikit)
 yuyu suka bunga! suka sangat! semua bunga yuyu suka. tolak tepi bunga tayar juga bunga bank. tapi yuyu tak suka orang bagi bunga kat yuyu. dah rasa macam cerita orang dulu dulu. apa apa sikit, bagi bunga. pastu tulis kat kad kecik molek. ceh. tak suka betul! masa yuyu couple dengan sorang ni dulu, dia dah tiga kali belikan yuyu bunga. macam macam jenis. balik hostel, yuyu fikir balik, "lebih baik ko belikan aku filet-o-fish". nescaya aku makan dengan kenyang T_T

terpikir pulak satu. asal konvo je, ada bunga, asal ada bunga je konvo. mak bapak tok nenek bagi bunga. bopren pon bagi bunga. macam mana yuyu konvo nanti. benda tu macam benda wajib kan. harap harap masa konvo yuyu nanti, mak cik pak cik jual bunga dah tukar citarasa. dari jual bunga kepada cekodok bunga ke, tak pon air teh bunga juga tak ketinggalan cekedis bunga. untuk mengisi perut cap tak kenal kenyang.

jadi, bila di fikir balik apa yang nini cakap tuh, yuyu terus buat buat bodoh. yuyu ni pompuan ke laki laki? tapi betul la, bagi yuyu macam semua perempuan suka tiga mende alah tu. ish. abnormal ke? tak pon yuyu ni sepatutnya laki. sobb T_T sadis ar!

kalau yuyu tak suka tiga ni, korang apa pula? kongsi kongsi!


terima kasih sudi membaca! :)

December 2, 2010

saye akur, saye buta IT. tolong lah saye!

6 comments

Assalamualaikum!

ok ok straight to the point. tak nak bagi pendahuluan karangan yang panjang berjela merepek. sebab ni merupakan kes yang penting, yang perlu penyelesaian mee segera! ini perlu kata professional dari yang professional! ini perlu penyelesaian yang pantas demi kepentingan bersama! *tengok, kate je tak nak merepek T_T

pernah tak jadi macam yuyu ni? bila nak view belog orang orang tertentu, dia jadi macam ni? sakit hati betul la. dah try buat macam macam, tapi jadi macam ni jugak. nak kata bil broadband dah 3bulan tak bayar, tak kena mengena. nak kata, yuyu selalu online fesbuk, pon tak kene mengena. nak kata sebab yuyu selalu tulis belog merepek pon, langsong tak kena mengena. tapi ape sebenarnya sebab musabab penyebab yang sebabkan sebab ini? jangan mudah terkeliru dengan ayat yuyu. main pointnya cuma "ape sebab jadi macam ni?"

banyak belog yang singgah mengadap belog yuyu. yuyu ni nak la rajin kan diri untuk mengeratkan tali silaturrahim kan, nak ber hai hai dengan blogger blogger yang rajin mengadap belog yuyu, tapi  bila yuyu view belog dorang, jadi pulak macam gambar kat atas nuhh!

leceh betol la! sakit hati taoo! T_T. nanti orang kata yuyu sombong pulak. kadang kadang boleh tengok kat dashboard seciput je :( tengok pendahuluan entry dorang. habis, isi 1, isi 2, isi 3 juga penutup, tak boleh la tengok? tak best ar belog ni!

tak ada ke sape sape yang tau macam mana nak selesaikan kes yang membiulkan kepala otak yuyu ni? tak suka la macam ni! kongsi kongsi tau, kalau tau macam mana nak settle semua ni.


terima kasih daun keladi, nanti nanti bace la lagi entry kami! ^^

December 1, 2010

B&C Holding.sila bace dengan mimik tanpa stress ^^

5 comments
assalamualaikum !

ngaaaaa~ terkejut la tu kan. ok ok. minta maaf ya. saje sergah tengah tengah hari ni. sambil sambil cari idea untuk Malaysian Inovation Competition. wah! yuyu ni mesti budak enginering en? eh. mana ada, yuyu kan bakal ahli perbankan islam. mari la invest kat bank saya ya nanti.. boleh bagi sedekah seposen. masok poket banyak banyak, buat beli gule gule :)

memang kerah otak la kitorang ni. budak Islamic Banking kena pam pam idea pasal "inovation". see! korang pon kerut kening kan? yuyu dah cakap. memang susah tau. ni semua sebab semester ni yuyu ambil subject Entreprenuership. T_T kalau tak amik sem ni pun tak pe.

macam macam idea yuyu tanye kawan kawan yuyu. ada yang kelakar, ade yang macam "wow, otak ko ni bagus gak en kadang kadang". memandang kan yuyu memang tak suka fikir pasal benda benda macam ni, maka, yuyu lebih suka sampuk sampuk takkala orang bagi idea.rasa la jugak macam yuyu ni berguna kan.

dari semalam sampai hari ni, memang tak tidur tao tak.sikit pon tak tidur. bersenkang mata yang sekangkang kera ni di McDonald. dah la masa pagi tu tak sempat tidur, kelas bukan main lama. dah petang, siap siap pulak pergi discuss kat McD. dari pukul 9 sampai subuh nya. memang agak lalok la yuyu hari tu.
 nama je "Discussion di McDonald". tapi yuyu akur dengan naluri yuyu yang meronta ronta nak check belog. tidakkkkk! memang tak boleh. asyik online buat kerja tak patut. lepas tu bagi idea seciput. nasib lah yuyu design semua. ada la hasil yuyu. bagi idea pon tokok tambah dari idea orang T_T. lepas guna laptop sendiri, tak cukup laptop sendiri, pergi pulak menyebok online kat laptop orang lain. tengok tuh gambar kat atas sane tu, dah terbukti saya bersalah.


kutuk ar tu kan? malas nak make up la!
 orang besar kumpulan kami! heheh.. jangan marah. yuyu pulak orang kecik kumpulan. jangan main main dengan kakak ni, beliau master buat donat tao! bukan setakat donat, kuih muih, kek dan macam macam masakan pun dia master. (err~ tak de kene mengena)

 ni lah lelaki lelaki gagah kumpulan kami! cewahhh. dorang ni banyak bagi idea. bagus ni depa ni! setiap semester DEKAN wooohh! padahal selalu kat kelas dok belakang sekali mengumpat & membuli yuyu. :'(
selain mengumapt dan mumbuli, mereka sangat baik hati! tengok, ada orang dalam kesusahan la!! tapi dorang telah tolong dengan jaya nya!!! bagus bagus.
selain daripada mengantuk dan lapar setelah melahap McD belambak, yuyu juga sangat "tak boleh belahh". orang lain dah malas layan karenah yuyu. asyik nak tangkap gambar ja. T_T alaa. orang nak buat kenangan. nanti boleh tunjuk kat anak cucu kan..


tapi yuyu bangga sangat dapat kumpulan dengan BnC Holding (name kumpulan kitorang la ^^). sebab teamwork kitorang sangat sangat kuat. sanggup habis duit & masa untuk team. tepuk amai amai sikit untuk team yuyu!! tepuk amai amai untuk kak dayah, kak asrina yang bertunang tempoh hari, kak tikah, bukhari, wan, hafiz & ziyaad ehh. lupe lagi sorang kak kamilah. (saje je buat buat lupa)

mula mula idea kitorang di reject, bapak sedih T_T. penat kitorang cari idea, pastu kena reject mentah mentah. kata Mdm.Ainina, idea tu dah ada. maka kitorang pon cari la lagi. dan hasil la idea yang "DAHHSATTTTT". apa tu idea tu?ehh. mana boleh bagitau lagi. kalau menang competition tu, baru kitorang bagitau ya :) doa kan kejayaan kitorang. aminn..

ehh. kejap, mempersempabah kan, hasil dicuss kami! hahah.. dorang penat kerah otak, yuyu penat edit pic ^^ sungguh tidak berguna



Terima Kasih kerana sudi buang masa bace ye :)
© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.