November 29, 2010

Tuhan.. tolong lah hati saye ni tuhan T_T

9 comments
Assalamualaikum awak awak awak juga awak! (eh awak tu!, jangan mengada fesbuk fesbuk lagi, bace entry saye ni dulu!)

rasa best pulak nak taip keyboard hari ni. dah la beli sticker keyboard cun baru, sambil minum susu takde gula cicah dengan biskut gula Julie's, pastu hujan yang malas malas nak turun lebat. siyes yuyu rasa macam bahgia pulak! dah la rasa best sebab suasana yang indah permai kan, lagi best la bila first time apply PTPTN sebulan lepas, di approve la pulak hari ni *terima kasih abang abang PTPTN yang approvekan saye tadi ^^. ish.. terima kasih ya tuhan ^^ suke betol la hari ni! (pendahuluan pun dah merepek panjang berjela T_T)

sebagai pelajar yang sangat setia beri komitmen kat pelajaran *harap dapat la pujian sikit dua kan.  yuyu tak macam blogger lain, selalu update belog dengan entry entry segar bugar, pastu sehari kadang yuyu tengok sorang blogger ni, boleh post sampai 3 hingga 4 entry sehari. gagah betol awak kan ^__^


lepas seharian kelas padat isi tin sardin, sekarang masa untuk rilek rilek, golek golek, menyanyi lagu. lepas penat la kate kan. nak godek godek belog, nak godek godek Fan page baru buat. (tuhh.. ade kat tepi tuhh-----> )bukan nak bajet artis, tapi untuk update status belog je. *rajin rajin lah tangan nak meng-like ye . sape like , dia memang cun ah!^^. dah selesai godek godek, baring pulak. lepas tu, terbaca balik entry yuyu yang lepas. hmm.. macam tak percaya.

apa yang tak percaya? (masuk mood siyes sikit). honestly, sebelom ni, yuyu tak terfikir pun nak pakai tudung la. pakai kat kampus je la. tetiba je yuyu rasa terlalu nak pakai. dan yuyu tanya kat tuhan, apa yuyu teringin pakai tudung ni sebab obses dengan sekeliling yuyu yang obses dengan fashion bertudung ke? atau yuyu sendiri yang teringin semua tu.

saye yang agak sekarang

pon agak sekarang

pon pon agak sekarang

pon pon pon pon agak sekarang


pon pon pon ponnnnn agak sekarang






 semua tu buat yuyu tanya balik kat diri yuyu. banyak yang support yuyu untuk terus bertudung. tapi hati yuyu ni. kalau yuyu betul nak bertutup, kenapa tak bertutup betul  betul? macam macam la yang agak serabut kan kepala otak yuyu sekarang (cehhh.. keje setan arr ni. bedebah kau setan T_T)

mungkin sebab yuyu dah rasa nak satu perubahan la kan. dah agak tua *siyes hakuh rase cam layak pegi umah kebajikan pulak. dah sikit matang, dah kurang sikit rasa macam nak attention macam zaman dahku mude mudi dahulu T_T. dah mula sedar kenapa dulu tokwan selalu kerah keringat tua beliau didik yuyu untuk bertudung. tapi, harap maklum tokwan, cucu tokwan ni memang ketegaq bijik sikit nooo~ (yuyu tau, tokwan tau semua tu. kesian beliau)

atau  mungkin sebab yuyu terkejut dengan fenomena alam sekarang yang banyak gadis semasa  omaigod trendy habes pakai selendang. yang sememang nye, kalau tengok dorang, fuhhh.. memang kalau jalan tepi Jennifer Lopez, J.Lo mintak otograp la. serius, buka fesbuk, tinggal seciput dua je kot yang tak bertudung, yang lain dah berhijrah pakai tudung. bagus^^ tapi, sebab ini kah awak awak? T_T

tapi bila di fikir balik, biar la apa pun sebab nye, benda baik, ia tetap baik (cam wat essei bahse melayu la pulak). kenapa yuyu nak banyak banyak tanya pasal benda baik, sedangkan, yuyu buat benda tak baik, takda pulak nak tanya tanya kan. takda pulak seisi muhasabah diri atas katil sambil makan biskut gula. tak teragak pula nak buat lagi tak baik tak baik tak baik.

cuma sekarang, bukan yuyu nak heboh yang "wehh kawan kawan, aku jadi baik la sekarang!", tapi macam ni " weh kawan kawan, yuyu teringin la jadi lebih ok dari sekarang". manis gitu. yuyu harap sangat, tuhan bagi sikit hint hint untuk semua tu. bukan senang tau. kalau setakat nak fashion segala, yuyu  boleh googled bila bila masa. tapi, kalau sebab Allah, Kau berikanlah hambu mu yang naif ni pentunjuk. T_T

ada apa apa yang boleh di kongsi tak awak awak?

p/s : besties yuyu, jangan tinggal yuyu tao, walaupun yuyu macam ni T_T

p/s lagi : laki masa depan, tak kisah en yuyu teringin macam ni? T_T lagi.

p/s lagi lagi : awak awak awak, jangan ar kutuk kutuk saye dalam hati T_T lagi lagi


terima kasih kerana sudi mebaca ya ! ^^

November 28, 2010

sape cakap yuyu cantik angkat tetikus!

11 comments
Assalamualaikum kamu kamu!

heheh. dengan ini, yuyu nak membuktikan pada korang yang angkat tetikus tadi, bahwasanya korang salah! mu8ngkin ilusi optik kot. sebenar nya, muka yuyu dah bukan macam bangunan tak siap, tapi dah macam bangunan usang tak kan siap! hoho.. mempersembahkan!! (roll drum pleaseee)
ececehhhh... buat buat cun la tuh.

nak tak amik saye jadi bini kamu??!




tetibe je muncul budak ni. anak sape pon tak tau

ngeri hakuh tengok muke ni!

yuyu cantik lagi tak?? cepat cakap! haha. masa ni di masjid. dengar talk. di sebabkan talk nye sangat sangat agak tak sesuai untuk di dengar, tetibe je yuyu & nang suka gila tangkap gambar ala ala kanak kanak spastik ni. dah la kat masjid, kene sumpah dengan tuhan muka tak boleh jadi asal baru ko tau yuyu!

kalau sebelom ni, yuyu upload gambar berjuta juta kat fesbuk muka semua bajet nak puji, tapi kani ni, nahhhhhhhh~ memang dah tak ada keje kan. dah dah.. lagi panjang yuyu menaip, lagi la merepek!


terima kasih kerana sudi membace ye !


November 21, 2010

Kembalikan Kinuya dahku T_T

13 comments
Assalamualaikum awak :)

cewah.. bagi salam pulak entry kali ni kan. sopan betul yuyu ni. lama gile babeng tak jenguk belog yuyu yang suram pudar sunyi lagi kelam ni kan. dah bersawang dah. T_T jangan merajuk belog, yuyu balik kampung tak bawa laptop. dah tau kat langkawi coverage dah macam kena sumpah jadi siput bebi.

selalu nya, bila balik dari langkawi yuyu akan upload gambar berkilo kilo untuk santapan jiwa dan mata. tapi kali ni sayang sejuta juta lemon, bila kamera yuyu  di tempat kan di ospital. kesian beliau. eksiden sebab sepupu yuyu yang msih lagi kanak kanak dengan senang hati nya melepaskan batuk di tangga. mungkin takda kena mengena. tapi ada kena mengena nya, sebab beliau pegang kamera yuyu macam lepas batuk di tangga :'(

. kesian yuyu jugak. bila takda kamera, yuyu tangkap gambar guna kamera 2.0mp phone yuyu. menangis teresak esak umpama melukut di tepi gantang. sedih kan  perumpamaan ni? :( sedih juga telinga yuyu dengar mak rajin membebel. gagah betul mak membebel. :) dan hasil kamera talipon yuyu macam ni T_T



aik. macam "ok" la jugak gambar yuyu tangkap ni. yuyu edit ekkkk??  ehh ^^ hehe. ye la..saye mengaku. ni gambar yang telah sedia di edit. boleh laaa ok nye. ni gambar bawah ni. siap tak rotate lagi. sah sah terselindung parot jerawat dalam kesamaran gambar. terima kasih kamera talipon.  ada juga baik nya.


saya tak pernah bersungguh sungguh dalam menimba ilmu. ini bukti nya!

begitulah hasil dari kamera talipon yuyu. dah boleh cakap "awak yang baik hati, tolong lah kopek kamera talipon saya ni dan simpan lah dalam kocek pelbagai guna awak. nak buang jauh dari pandangan pon tak pe". begitu lah perit nya hasil kamera talipon yuyu :(

bukan yuyu nak maki talipon yuyu tu, tak ada la talipon ku ^^ tapi yuyu cuma terlalu sedih sampaikan yuyu bandingkan antara kamera yuyu dan kamera talipon yuyu.

ni la kamera yuyu. Kinuya nama nya. pink gitu. bajet jantan gagah perkasa tak sudi memegang kinuya ni :)


alaa.. bukan slr canggih besar gedabak pongg.. ye ye.. saye takde slr besar gedabak sampai saya yang kemetot ni memerlukan dua belah tangan untuk memegang nye.. sebab mak kate, nak semua mende alah tu, kena beli guna duit sendiri.. :'( *tolong bace dengan mimik muka yang sesuai. tapi, kamera yuyu ni gambar dia bagus jugak la!



sedih kan entry kali ni, di harap awak baca entry kali ni selari dengan mimik muka. mestilah seperti ni " :( "


terima kasih kerana sudi membaca :)

November 9, 2010

Cara saya menghargai matapelajaran kesukaan saya. DIY

3 comments
sambil menghargai matapelajaran yang yuyu suka, kali ni, yuyu cuba untuk tak membazir berpuluh ringgit duit yuyu melabur untuk majalah. cantik kan idea yuyu? ya macam orang nya * ayat nak kena lempang.

Business Maths. sebut pasal Maths je, memang pebret yuyu la. minat nya macam yuyu pergi kelas, bukan belajar, tapi cekgu bagi kursus kawen. alaa. macam tu la lebih kurang kan. tapi yang jadi masalah, subjek ni, cekgu tak provide buku yang cantik tertarik kau memang debom. buku nya naif lagi dhaif. kesian la pulak mata memandang kesian lagi tangan memikul T_T.

buku naif lagi dhaif dah transform jadi buku halwa mata.
jadi, datang la idea yuyu, nak men-cun-kan buku yang naif tadi, kepada buku kegemaran mata yuyu sebagai tanda yuyu sangat menghargai matapelajaran tersebut. *semangat make up buku je, belajar nye, idak pon.

begini la cara cara yuyu menghabiskan masa buat benda alah ni :




buku yang dhaif, putih gebu, suci dalam debu ni nampak naif sangat kan? kesian mata yuyu melihat nya. kang dalam kelas, tak selera pulak nak tengok beliau. jadi,tersembul lah idea bagus yuyu untuk cun kan beliau. beliau kan buku matapelajaran kesukaan yuyu :")
memandangkan majalah lama tersemat hebat dalam almari baju yuyu, kan bagus yuyu gunakan beliau. RECYCLE. membazir kan amalan setan. tak mo la yuyu kawan dengan setan. tak mo tak mo ! T_T
jadi, kerat kan je la apa apa yang kita suka, tak kisah la tulisan ke, gambar model ke, gambar alat make up ke,gambar tempoyak pebret kita ke, tak pon gambar barang yang kita teringin sangat. contoh nya, gambar baju yang kita teringin nak mampos ada.*bajet lari. lekat je la dengan gam ke, selotep ke, tak pon nak sangat steple, buat je la ape yang nak kan.

dan penuh kan la dia dengan cantik, mengikut citarasa masing masing. kalau ikut citarasa cik timah, murad atau halim, dah le tak nama buka kita sendiri kan. kalau suka yang simple, simple kan lah buku korang, tapi, kalau suka serabut mabut macam yuyu, buat la macam yuyu.

tadaaa!!! dah siap. dah sedia bawa pegi kelas besok. tak sabar nak conteng conteng dalam buku tu pulak. belajar nye, tak penting sangat ^^ boleh tengok kat gambar atas tu, betapa naif nya, isipadu isi buku tersebut. kann :) lepas ni, nak mintak kawan kawan puji belabak! ^^


selamat mencuba ^^
© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.