September 23, 2010

BILA LOSYEN JADI SAHABAT SETIA

6 comments
yuyu buka buka laci almari. nak kemas. dah macam setor serba guna pula. laci yang kecil pun yuyu sumbat botol ribena kosong. apa la nak jadi. tapi jangan salah kan yuyu. laci tersebut memang tak di usik. mungkin sebab dah di ketahui umum, laci tersebut dah macam tong sampah.

bila korek korek, nak kemas balik ( yuyu ingat nak  simpan selendang dalam laci tu), yuyu terjumpa biodata kawan kawan yuyu dulu. ingat lagi. biodata dah macam benda-mesti-buat bila di sekolah dulu. sampai kan yuyu ada lebih dari 10 buah buku biodata.banyak tuuuu!

 bila tengok kenangan manis kat salah satu biodata yuyu semasa yuyu berumur tujuh tahun, rasa kelakar pula:

KENANGAN MANIS: bila dapat losyen impian dari emak

hehe. macam bodoh je kan kenangan manis tu? bodoh la bagi korang, tapi bagi yuyu tak. yuyu nak losyen tersebut masa tu. yuyu pun dah tak ingat apa nama beliau. mak memang tahu, yuyu suka curi pakai losyen mak. kadang kadang dah macam mandi losyen. wahh.. wangi nya. rasa lembab je badan. tapi bila dah dapat yang sendiri, nak pakai besar taik cicak pun rasa sayang ^^


Avon punya losyen. bau nya wangi sangat. yuyu suka guna bila nak keluar malam. (beli masa promosi ^^)
 ini la cerita nya. sebenar nya, yuyu ada tiga lagi losyen yang yuyu suka, tapi buat masa sekarang, tiga ini aja yang yuyu guna. biar ke mana saja, yuyu tak kan tinggal losyen. salah satu, yuyu pasti bawa. dah macam sahabat sejati.


losyen ni bagus untuk tangan & kuku. tak caya cuba la. memang tangan yuyu rasa lembut je tao. (abah beli)

yuyu lumur aja bila bila yuyu suka. kesan nya, kulit yuyu memang tak pernah kering, lembab saja. lembut juga. takcaya? tanya laki masa depan yuyu! itu pun kalau beliau sedar pasal kulit yuyu la kan.

tapi jangan la kata yuyu gedik gedik dengan losyen. tak tak. yuyu selalu pakai losyen sebab bila kulit yuyu kering, yuyu cepat gatal, dan kulit yuyu sangat sensitif. garu sikit, ngade ngade merah lebih.


ni losyen kegemaran yuyu! bila lumur kat badan, rasa macam nak makan je badan! sedap bau beliau! lagi best bila beliau tahan lama, pakai pukul 10am, petang nanti masih lagi lembab kat badan ^^

itu la kisah nye..yuyu dan losyen.


September 3, 2010

E-CARD FREE DARI CIK SHA!

4 comments
mempersembah kan!! e-kad raya yuyu!!
cantik kan kad raya yuyu kan. yuyu buat sendiri! haha.. yuyu dapat rasa yang cik sha tengah marah!. tidak kawan kawan. e-kad ini di reka dan di ciptakan oleh cik sha! lawoooo oo yang lain di buat!  yuyu antara yang bertuah kerana merasa e-kad free. cuba godek godek belog beliau! beliau kreatif bukan? (dengan harapan, yuyu dapat e-kad free lagi tahun depan )

Cuba Kelik. memang best. mungkin yuyu nak suruh beliau men cipta kad kahwin free untuk yuyu. ^^ beliau pasti setuju! print pun free dari cik sha.

terima kasih kepada cik sha yang budiman! dah tak sabar yuyu nak upload di fesbuk dan tag tag ramai ramai. biar penuh notification korang ^^

PANAS BARAN

11 comments
memandang kan yuyu dalam situasi tidak sabar balik Langkawi tahap kritikal, maka dengan ini, entry belog yang akan di post oleh yuyu untuk kali juga akan agak ketot sahaja.

entry kali ini bukan untuk mengumpat sesiapa, bukan juga nak promote kuih raya yang ada di jual di bawah blok hostel yuyu. tidak kawan kawan. entry kali ni yuyu nak mengumpat pasal diri sendiri.

mengumpat pasal diri Asmidayu Zulaikha Bt Eswan. dalam satu hari ini, yuyu agak panas baran dan agak tak betul. kenapa? kenapa? dah tak sabar balik kampung mungkin. mungkin tak sabar menge-pau duit raya dari sanak saudara. minta maaf ya pak long mak long dan seterusnya. menge-pau duit raya merupakan rutin tahunan yuyu sejak dari kecik lagi. oleh itu, tradisi tersebut mesti di terus kan walaupun yuyu hampir masuk 22 tahun.

cerita yang tak sedap di dengar pasal yuyu hari ini adalah begini :
1.pagi pagi yuyu bangun tidur, yuyu kemas bilik yang semak akibat berkemas untuk di simpan di setor. yuyu nampak cawan kesayangan yuyu masih lagi belum di simpan. comel saja beliau di atas katil yuyu. sungguh! yuyu dan laki masa depan beli di Alamanda. yuyu ambil beliau untuk di simpan, dah nak simpan, licin pulak, jatuh. ambil lagi sekali, jatuh lagi, licin di sebabkan tangan yuyu berbedak. kerana panas baran yuyu yang melampau lampau, yuyu dengan suka rela nya ambil cawan tersebut campak keluar tingkap. pecah. lumat macam serunding daging. bila dah nampak pecah, yuyu rasa kasian pulak. sayang nya. "kau comel, sebab salah aku, aku pecah kan kau". yuyu turun dari hostel, tengok jasad jasad beliau yang dah hancur. :( kesian nya. yuyu simpan beliau dalam tin biskut. hmm. kerana panas baran yuyu, yuyu hilang cawan kesayangan yuyu.
itu cerita satu. yang berlaku sekitar awal pagi. bodoh? jangan salahkan yuyu. yuyu hanya mewarisi sifat semulajadi mak yang panas baran ^^ (minta maaf mak, raya nanti kakak minta maaf lagi)

selain dari cerita pagi tersebut, ini lagi satu, cerita yang yuyu sendiri tak faham dengan diri sendiri. dah tiga beg besar yuyu simpan dalam setor.
2.untuk beg ke empat, yuyu bawa beg yang besar tersebut umpama semut comel membawa seketul kuih samperit. sangat kelakar pabila yuyu tengok diri sendiri di cermin pintu kecemasan. "kau kelakar yuyu, tapi comel" (sapa je lagi nak puji kan). bila dah sampai setor ada pulak makhluk tuhan yang menempatkan barang barang beliau berjiran dengan barang yuyu. memang tak cukup la untuk yuyu nak simpan barang yuyu! dengan agak tidak cerdik nya, yuyu naik atas bilik, dan merajinkan menulis sesuatu di kertas A4. ya kawan kawan, agak puas hati. dan yuyu balik bilik dengan senyum dari telinga ke telinga. begini lah yang yuyu tulis: "BEG KAU HODOH, TEROK PULAK" . dan yuyu sepak sepak beg beliau. puas hati
oh yuyu sangat tak faham dengan diri sendiri. kenapa la yuyu memiliki sifat sebegini. dan lagi satu cerita selepas cerita 2 tadi.
3. yuyu seterika baju kurung. untuk ke department. check out hostel. baju dah hampir selesai seterika. tapi ada sikit yang 861862791787181 kali yuyu seterika pon masih degil. tak cantik juga jadi nya. kerana panas baran yuyu, yuyu kenyuk kenyuk kan baju kurung tadi. padahal sikit je yang teruk nya, dah kena seterika lagi sekali.  susah betul akhir nya yuyu ke department tersebut dengan baju kenyuk kenyuk tadi.
apa la dengan yuyu ni kan. bila nak hilang sifat panas baran yuyu ni. tu baru sikit. yang lagi teruk yuyu simpan dalam balang kuih raya saja. :)
© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.