MARI MENGJENGUK KAMPUNG HALAMAN YUYU

by Yuyu Zulaikha, 10:05:00 PM
mari kita skodeng, mana rumah yuyu^^. melalui benda ni atau di henset canggih korang yang tersedia GPS, boleh tengok lokasi rumah masing masing kan. selepas ber-video-call dengan mak, yuyu saja mengodek laman sesawang tadi tu.

rasa syok pulak bila jumpa rumah yuyu tu. cewahh.. jakun pun boleh juga la. teringat pulak kat kampung halaman. macam nak pack barang sekarang, berambus, dan tak nak ambil apa apa exam. tu pon kalau boleh la. disebabkan tak boleh, cara ni je la yang buat yuyu lepas rindu kat kampung kan. (dah macam tak balik empat abad).

cak! yuyu jumpe rumah yuyu! jangan sembunyi lagi ya rumah!
sila kelik kelik untuk tumbesaran gambar  yang nyata
di bulatan biru, ada rumah kaler hijau muda kan? haa. tu la rumah yuyu ^^ jom jom serbu rumah yuyu raya nanti! rumah tu baru je lagi. baru 5tahun. sebelum ada rumah tu, yuyu dibesarkan (walaupun tak besar) di rumah atok (bulatan oren). besar kan halaman rumah yuyu? biase la. rumah kampung kan. memang besar. di situ la yuyu selalu main tenteng, main kejar kejar dengan pakwe pakwe (konon konon romantik la), main mercun bila berpuasa, situ juga family besar yuyu berkumpul untuk bakar lemang ^^. ya ya. syok. terima kasih.

di kawasan petak kuning tu bukan kawasan kanak kanak melintas, tu sebenarnya padang bola. petang petang, muncul la jejaka jejaka memikat hati bertandang ke padang bola tu. di situ la yuyu selalu mengintip dari rumah. mengintip calon calon jejaka hati (cewahhh). tapi tu dulu. sekarang, ada dekat dengan yuyu. tak payah jenguk. bila raya makin hampir, yuyu ikut kawan kawan yuyu, main meriam buluh ^^ sumpah tak tipu. kena rush dengan polis. kena maki hamun dengan orang kampung. tapi semua tu dulu. sekarang, yuyu jadi ketua je la, arah budak bawahan (tipu).

memang best suasana kat sana. di tambah lagi dengan cuaca redup. banyak pokok. bayangkan cuaca redup tu sambil makan ais kacang^^ best tau. memang kampung yuyu tu banyak pokok. bukan setakat pokok, lebih kurang 5minint, sampai la bukit. berjalan pon boleh sampai tau. ada banyak sungai pulak tu. sungai yang selalu yuyu & family berkelah hujung minggu.^^ kalau ke bahagian selatan sikit, ada sawah. sawah tu yuyu selalu ikut atok menuai dulu dulu. tapi sekarang ada jentera.  best bukan ^^ terima kasih. memang best pon. datang la ke sini. ke kampung sebelah pulak, korang boleh tengok laut/ pantai yang cantik. betol. tak tipu. memang cantik.

mari lah ke langkawi ya
sila kelik untuk tumbesaran gambar yang nyata^^
bagi yuyu, yuyu selesa di sana, semua dekat. airport dekat sangat. 10 minit sampai, tanpa jam macam kat KL. tanda bunyi bunyi hon. kalau ada, mungkin disebabkan di mengorat oleh jejaka jejaka langkawi. (ade ke^^) sawah, bukit, sungai pon dekat. ini untuk orang yang suka kan alam semulajadi la. yang tak suka, dok jauh jauh. jetty dekat, sekolah dekat (boleh berbasikal atau berjalan kaki ke sekolah).

tapi ada je yang yuyu tak suka dengan langkawi. cabbies dia yang mencekek darah. bayangkan ya. tumpu perhatian sekarang!! perjalanan untuk 10minit akan di kenekan bayaran $16. mahal kan. kalau teksi meter KL, baru $3. kedai makan yang suka mencekek darah orangluar langkawi. jadi, kalau ke sana, pasti kan korang fasih loqhat utara ya. untuk dapat makanan murah la. kalau tak percaya. satay yuyu boleh dapat sebatang $0.30. tapi kalau korang yang pergi, cakap pulak lain dari orang orang yuyu, dorang akan cas sebatang $0.60. dah macam makan kat satay Kajang wooooo~ lagi satu pasal pemikiran orang orang langkawi yang masih tak berkembang. masih lagi suka ambik berat sampai terlebih ambik berat pasal orang lain. ish. (tempat lain pon sama). tapi yang lain, yuyu suka. ^^

raya nanti, jemput la datang rumah ye ^^. (penutup macam tak bagus pulak)
SHARE 8 comments

Add your comment

terima kasih sudi komen :)

© Yuyu Zulaikha · THEME BY WATDESIGNEXPRESS