August 30, 2010

HAPPY BIRTHDAY MALAYSIA! TUA SUDAH AWAK!

4 comments

Lagu Kebanggaan rakyat Malaysia. Dah 53 umur Malaysia kan.. Pakcik Malaysia ^^ sama umur dengan makcik sebelah rumah yuyu. Sebagai rakyat Malaysia, yuyu rasa bangga jadi rakyat nya. (ni bukan di bayar). kita dah bebas dari penjajah kan. bukan ka tu satu yang patut di banggakan?
 
hey cik salji! kami tak perlu awak la!! kami dah ada peti sejuk LG yang besar!! blwekkkk!!

Biar la kat sini tak da salji macam yuyu selalu tengok kat cerita cerita omputih tapi yuyu bersyukur kita ada peti sejuk, masok dalam tu, dan buat buat macam kat korea.^^. biarlah kita takda Disneyland yang yuyu suka sangat dari yuyu kecik, tapi bersyukur ada Genting. Biar lah tak ada laki laki ciptaan tuhan bermata biru yang mengiurkan, yuyu dah bersyukur ada internet di Malaysia, boleh aja guna contact lense, online shopping aja. biar lah takda ikan salmon di macam di negara luar sana, tapi syukur bila Malaysia ada supermarket yang besar besar yang menempatkan ikan salmon dalam tin. dan macam macam lagi la.

nenek yuyu antara yang hidup di zaman sebelum merdeka. waahh.. panjang umur dia kan. dia ada cerita macam mana hidup dia pada zaman dulu. susah sangat. nak angkat kepala pun susah. macam macam lagi yang kita boleh dengar direct dari atok nenek kita ke, dari cekgu sekolah ke, tak pon dari televisyen.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! (semangat giler yuyu)
tapi tahun ni sambutan nya mungkin berbeza. sebab kita sambut merdeka pada bulan Ramadhan. Kerajaan juga tak benarkan buat sambutan bunga api untuk tahun ni. supaya menjaga kehormatan bulan Ramadhan (hahah.. bahagia diri ku! kalau ada, yuyu antara insan malang yang tak sambut, EXAM kan)

tapi semua tu tak menjadi masalah, kita masih lagi boleh tengok segelintir dari kita yang akan buat countdown bersama kawan kawan di dataran merdeka (kat dalam rumah tak pon kat mana mana yang dorang nak), sambil mat mat rempit akan merempit sambil kibar jalur gemilang (patriotik juga dorang ni), ada jugak SMS hari merdeka dari kawan kawan. dan macam macam lagi.

tapi harap maaf, kuih merdeka atau baju merdeka tak kan ada macam raya. mungkin tahun ni, lagu merdeka dari Allahyarham Sudirman ada di mainkan dalam nisbah 1:4 jika dibandingkan dengan lagu raya. Syok raya lebih! ^^

macam macam cara orang boleh sambut Merdeka selain dengan sambutan bunga api. contohnya, baru baru ni, fakulti di kampus yuyu menganjurkan Merdeka Race. Di Tv pulak, kita boleh tengok kan, macam macam pertandingan yang di anjurkan. dari teka silang kata, ke teka tak silang kata. (tak tau nak taip apa), mebawa ke pertandingan mewarna untuk kanak kanak jugak atok kanak kanak, dan macam macam lagi.

saya bangga giler jadi anak Malaysia!! ^^
yuyu ada kawan, yang tak mengaku rakyat Malaysia, mentang mentang la dia punya mak orang Australia. dan dari lahir sampai umur dia 7tahun, dia di besarkan di Australia.  bila tanya orang mana, dia akan jawab orang Australia. kalau apa apa sikit, dia takkan puji Malaysia. pernah kitorang ajak dia makan Roti Telur kat mamak, dia jawab, "weh, aku bukan Malaysian la" cehh.. kat IC ko tu menatang hape!! megah nya dia. podahhh cett~ dan ada juga rakyat Singapura, yang mengutuk Malaysia di belog belog mereka, dan orang orang sebegitu teruk telah pon mendapat makian dari yuyu. (wahh,, i <3 Malaysia la)
pak cik yuyu rindu gila roti canai bila dia menetap di UK. (padan muka)
sebagai anak Malaysia ya Tuan tuan! kita patut berbangga dengan negara kita, kita patut megah berada di bumi Malaysia! (wah, siap bernada debat pulak). walaupon kita berada di negara omputih ataupun orang itam. biar kita di negara bersalji atau berkemarau. ye tak?  sebab Malaysia lebih syok dari negara lain. ada Roti telur, Roti Canai, Durian, Pisang, ade baju kurung, ada Cik tipah, ada baju melayu, ada banyak kaum, ada langkawi, ada yuyu (yuyu je kat malaysia, ade tak yuyu yang kat Paris? oh tidak, yuyu sentiasa letak hati di Malaysia). ya kawan kawan! tak lupa juga! Malaysia ada Char Koey Teow! yuyu tak pernah jemu makan makanan terhebat dunia ni!
dari kiri: leha, bini murugam, tipah anak saud, ah moi, dan lima

dan maksud Merdeka, kita sendiri yang tentukan. dari maksud yang di berikan oleh kita, akan menggambarkan diri kita sendiri. bagi yuyu, merdeka ni luas,merdeka bermaksud bebas. bebas dari apa apa yang kita nak. kalau kita nak merdeka tu bebas dari hutang PTPTN, ni ermaksud kita nak bebas dari PTPTN, dan kalau kita merdeka dari sudut belajar, maksud, kita bebas nak pergi kelas pakai jeans atau ikut suka mak bapak kita nak buat assignment atau tak, dan ikut suka mak bapak lecturer nak bagi berapa pun markah kat kita ^^ (dengan merdeka ya tuan puan pesyarah)

dengan sini, yuyu nak buat satu penutup entry ni, di mana, penutup nya adalah
 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN ATAU SELAMAT ULANG TAHUN MALAYSIA YANG KE 53.

August 26, 2010

APAKAH JENIS FOBIA ANDA?

6 comments
tahukah anda, setiap manusia mempunyai jenis jenis fobia masing-masing (dah boleh buat isi dalam buku text )

apa yang yuyu takut ya? yuyu ada banyak yang yuyu takut. sangat banyak. tapi antara nya adalah :

MEMPERSEMBAHKAN CERITA FOBIA YUYU!!

"ni merupakan cerita semalam. cerita yang menampakkan kejiranan kerajinan yuyu tahap dewa. ok. mari yuyu cerita ya. tumpukan perhatian.

semalam, yuyu terpaksa jumpa kawan yuyu. bilik nya di tingkat 10. yuyu? tingkat 2. boleh bayang kan beza nya? yuyu malas sangat nak pergi. sebab dia block lain, tingkat pon berbeza. tapi, di sebabkan terpaksa, yuyu pon pergi la dengan senang hati. sampai je kat blok dia, nak naik tingkat 10. wohahahahaha..

tidakkah kamu tahu, lift itu sepeti kubur?
hampir tua yuyu tunggu tepi lift. mengerah otak. fikir. perlu ke guna lift, atau lebih baik guna tangga? dengan rajin nya, yuyu pon pilih tangga. bayang kan, dari tingkat 1 sampai tingkat 10 yuyu guna tangga. rasa macam roh yuyu ada kat tingkat 1 lagi. jasad je kat tingkat 10. betapa penat nya.

tapi, di sebab kan yuyu rasa lift umpama kubur. sempit lagi seram, tangga tangga tinggi juga menjadi pilihan. memang yuyu takut guna lift. selepas yuyu tengok orang mati dalam lift. lift tu rosak. di hospital langkawi. serammm sangat. sejak hari tu, yuyu memang tak guna. unless beramai ramai, itu pon, dalam hati yuyu, yuyu berjampi serapah. mata pejam, tak pon menumpukan biji mata di atas lift. dengan harapan, yuyu cepat sampai.

biar penat, tapi yuyu menjaohkan diri dari mati dalam lift tersebut. kawan yuyu pon sampai tergelak gelak bila dapat tahu yuyu guna tangga. hahahahah kelakar nya. (tak tau aku maki maki kau sebelum sampai bilik kau!)"

sekian sahaja cerita yuyu.

dari tu, yuyu mula fikir, macam mana kalau yuyu kerja nanti? memang papan la badan yuyu nanti. tak banyak orang tahu yuyu takut lift. bagi yuyu, benda ni memalu kan. termasuk la laki masa depan yuyu. (simpan cerita ni dalam balang almond london).

ada kawan yuyu takut dengan bunyi gong/ gendang. pernah hari tu, pergi masjid, bila sampai waktu magrib, gendang mula bunyi. kawan yuyu tu menangis. hahahahaha. gendang pon takut! pooodahhhhhh~ (begitu lah juga aksi beliau bila dapat tahu yuyu takut lift.)

jadi, pagi pagi hening yang suram ni, yuyu mula rajinkan jari jemari googled pasal PHOBIA. jumpa la satu website pasal phobia. macam macam ada! try buka link tersebut. check! check!

dalam masalah yuyu ni, yuyu di katogori dalam Claustrophobia. di mana yuyu takut dengan tempat tempat sempit atau tertutup. (shhh~ mari simpan rahsia ni bersama sama).

Chrometophobia or Chrematophobia- Fear of money. hahah.. dah tergelak yuyu tengok istilah ni. ada ke orang macam ni? kalau yuyu? nochrometophobia la?? takut pada takda duit. ^^ macam macam term dorang ni.

clown is a monster
Coulrophobia- Fear of clowns. ni pon yuyu juga. bagi yuyu, clown atau badut ni merupakan jelmaan monster. wahhhh~ memang yuyu takut. pernah pergi mid valley. clown tu sangat tertarik dengan yuyu, asal nampak yuyu dia mula nak dekat. memang nangis la yuyu. tolong la pupus kan badut!

tu saja yang yuyu nak kongsi untuk entry kali ni. mari kembali kepada kerja masing masing.

August 21, 2010

MARI MENG- SHOPPING ONLINE DI KITTY SYKES

1 comment
kepada semua yang suka merajinkan diri dengan online shopping, mari buka page ni.

couple T-shirt ^^ boleh la berjalan jalan dengan laki masa depan korang.

dress untuk kita kta aje^^ cantik bukan. murah pulak tu.

KITTY SYKES. best tao. page ni di bangunkan dengan jaya nya oleh wifey yuyu dan juga suami nya. cewahhh.. tapi best tao.. nak ape? cakap.. dress? top? wigs? wigs???? sumpah lawa lawa tao. memang best sangat. harga pon murah. korang add link tadi, dan jamu lah mata ya. mesti korang nak punya.

wigs yang tersedia untuk di beli
yuyu pon nak shopping kat sini. dari membazir masa naik train pergi mall, lebih baik kita online je kan. ni bagi pencinta online shopping macam yuyu la kan :)

mari mari tengok page beliau ^^

August 17, 2010

MARI MENGJENGUK KAMPUNG HALAMAN YUYU

8 comments
mari kita skodeng, mana rumah yuyu^^. melalui benda ni atau di henset canggih korang yang tersedia GPS, boleh tengok lokasi rumah masing masing kan. selepas ber-video-call dengan mak, yuyu saja mengodek laman sesawang tadi tu.

rasa syok pulak bila jumpa rumah yuyu tu. cewahh.. jakun pun boleh juga la. teringat pulak kat kampung halaman. macam nak pack barang sekarang, berambus, dan tak nak ambil apa apa exam. tu pon kalau boleh la. disebabkan tak boleh, cara ni je la yang buat yuyu lepas rindu kat kampung kan. (dah macam tak balik empat abad).

cak! yuyu jumpe rumah yuyu! jangan sembunyi lagi ya rumah!
sila kelik kelik untuk tumbesaran gambar  yang nyata
di bulatan biru, ada rumah kaler hijau muda kan? haa. tu la rumah yuyu ^^ jom jom serbu rumah yuyu raya nanti! rumah tu baru je lagi. baru 5tahun. sebelum ada rumah tu, yuyu dibesarkan (walaupun tak besar) di rumah atok (bulatan oren). besar kan halaman rumah yuyu? biase la. rumah kampung kan. memang besar. di situ la yuyu selalu main tenteng, main kejar kejar dengan pakwe pakwe (konon konon romantik la), main mercun bila berpuasa, situ juga family besar yuyu berkumpul untuk bakar lemang ^^. ya ya. syok. terima kasih.

di kawasan petak kuning tu bukan kawasan kanak kanak melintas, tu sebenarnya padang bola. petang petang, muncul la jejaka jejaka memikat hati bertandang ke padang bola tu. di situ la yuyu selalu mengintip dari rumah. mengintip calon calon jejaka hati (cewahhh). tapi tu dulu. sekarang, ada dekat dengan yuyu. tak payah jenguk. bila raya makin hampir, yuyu ikut kawan kawan yuyu, main meriam buluh ^^ sumpah tak tipu. kena rush dengan polis. kena maki hamun dengan orang kampung. tapi semua tu dulu. sekarang, yuyu jadi ketua je la, arah budak bawahan (tipu).

memang best suasana kat sana. di tambah lagi dengan cuaca redup. banyak pokok. bayangkan cuaca redup tu sambil makan ais kacang^^ best tau. memang kampung yuyu tu banyak pokok. bukan setakat pokok, lebih kurang 5minint, sampai la bukit. berjalan pon boleh sampai tau. ada banyak sungai pulak tu. sungai yang selalu yuyu & family berkelah hujung minggu.^^ kalau ke bahagian selatan sikit, ada sawah. sawah tu yuyu selalu ikut atok menuai dulu dulu. tapi sekarang ada jentera.  best bukan ^^ terima kasih. memang best pon. datang la ke sini. ke kampung sebelah pulak, korang boleh tengok laut/ pantai yang cantik. betol. tak tipu. memang cantik.

mari lah ke langkawi ya
sila kelik untuk tumbesaran gambar yang nyata^^
bagi yuyu, yuyu selesa di sana, semua dekat. airport dekat sangat. 10 minit sampai, tanpa jam macam kat KL. tanda bunyi bunyi hon. kalau ada, mungkin disebabkan di mengorat oleh jejaka jejaka langkawi. (ade ke^^) sawah, bukit, sungai pon dekat. ini untuk orang yang suka kan alam semulajadi la. yang tak suka, dok jauh jauh. jetty dekat, sekolah dekat (boleh berbasikal atau berjalan kaki ke sekolah).

tapi ada je yang yuyu tak suka dengan langkawi. cabbies dia yang mencekek darah. bayangkan ya. tumpu perhatian sekarang!! perjalanan untuk 10minit akan di kenekan bayaran $16. mahal kan. kalau teksi meter KL, baru $3. kedai makan yang suka mencekek darah orangluar langkawi. jadi, kalau ke sana, pasti kan korang fasih loqhat utara ya. untuk dapat makanan murah la. kalau tak percaya. satay yuyu boleh dapat sebatang $0.30. tapi kalau korang yang pergi, cakap pulak lain dari orang orang yuyu, dorang akan cas sebatang $0.60. dah macam makan kat satay Kajang wooooo~ lagi satu pasal pemikiran orang orang langkawi yang masih tak berkembang. masih lagi suka ambik berat sampai terlebih ambik berat pasal orang lain. ish. (tempat lain pon sama). tapi yang lain, yuyu suka. ^^

raya nanti, jemput la datang rumah ye ^^. (penutup macam tak bagus pulak)

August 15, 2010

GADIS SEMASA _ YUNA

9 comments
Yuna ^^



Oh begini rasanya cinta
Berani aku lagukan kuasanya
Dan aku begitu naif untuk dirimu
Kerna usia


Oh sekarang bukannya masa
Untuk kau ungkit lagi salah siapa
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu
(*)
Bukalah mata oh
Yang selama ini kau pejamkan
Dan lihatlah diriku
Buanglah buanglah
Buang curiga yang telah lama kau simpan
Yang mungkin memudaratkan mu
(**)
Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu jujur untuk duniamu
Kau mahukan gadis biasa
Yang bisa memberikan kau segalanya
Dan aku begitu muda untuk dirimu
Kau memang begitu
Kau mahu perubahan dunia
Tetapi pada aku kau sama saja
Dan engkau begitu ego untuk diriku
Kau memang begitu
Ulang (*)
Ulang (**)
Ulang (*)
Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyayangi dirimu
Oh aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu jujur untuk diri
Terlalu jujur untuk diri
Terlalu jujur untuk dirimu


wah. lagu terbaru yuna dah keluar. sedap sangat berbanding lagu "Dan Sebenarnya". dah 4567887654345678765434567876543456kali yuyu ulang. tak jemu. ^^

ELISA _ EPPURE SENTIRE

0 comments



One step at the possible
one step at you
Fear to decide
Fear of me
About all that i don't know
About all that i have not
Yet to hear
In the flowers between asphalt
In the skies of cobalt - There is ...

Yet to hear
In the dreams at the end of a weeping
In days of silence- there is...
a sense of you

there is a sense of u
mmm...mmm...mmm...mmm...

Yet to hear
In the flowers between asphalt
In the skies of cobalt - There is ...

Yet to hear
In the dreams at the end of a weeping
In days of silence- there is...

there is a sense of you


mmm...mmm...mmm...mmm...


sedap bukan? gegendang telinga akan berterima kasih kepada korang. kenapa? kerana mendendangkan lagu yang enak ini. <3 (ayokkkk.telinga tak posa). lagu ini di perkenalkan oleh teman muka-buku yuyu. terima kasih <3

August 14, 2010

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER BERMULA

7 comments
Kata kan TIDAK kepada muka-buku, belog, juga laman gossip untuk setengah bulan. ^^ (jangan risau, yuyu akn curi curi bermuka-buku). semua ni untuk kepentingan masa depan yuyu! masa depan anak bangsa kita, tuan puan!! (ohh,salah script).
bersedia untuk mentepukan otak ^^

kini, bermula lah adengan mengerah otak sampai tepu, membuka mata seluas alam dan melapangkan dada selapang lapang nya. untuk study last minutes. ^^ di mana, minit minit yang lepas, berlalu dengan aktiviti aktiviti tak berfaedah. contohnya, menyonteng dinding dengan pelbagai warna, ber-sms dengan laki masa depan, ber-belog dengan entry yang merapu, melahap makanan dengan berjaya, dan macam macam lagi. buku? tak sentuh langsong. jadi, sekarang baru nak manja kan diri dengan buku. (semoga buku, menerima kehadiran yuyu dengan terbuka^^)

di bawah merupakan list list yang tak di undang untuk semester ni. (lebih baik buat list barang kawin):
  1. BUSINESS ACCOUNTING
  2. ISLAMIC LEGAL MAXIMS
  3. BANKING SYTEMS
  4. AQIDAH &AKHLAK
  5. INTRO. TO COMPUTER
  6. ARABIC
  7. ENGLISH
  8. BASIC FOUNDATION IN SPORT

yakuza Business Accounting. Tu port kami lepak! orang lain, blahhhh^^
dalam semua list tersebut ada beberapa subject yang yuyu sangat yakin untuk final exam. tapi ada jugak yang yakin tapi disebab kan pesyarah yang tegas babi-buta, yuyu macam nak undur diri dari medan perang ni. (pulak). Business accounting merupakan kelas terakhir semester ni untuk yuyu. dengan rajin hati yuyu pergi kelas. haraapkan markah lebih dari Puan Ana. Kami memutar semula memory mengenai Financial Accounting (FA)& Costing. FA merupakan topik yang paling yuyu gembira dengan kehadiran beliau ^^ suka sangat. tepuk tepuk! tapi costing? hmm. benci sangat! opss~ (maaf costing) tengah kitorang berbincang mengenai subject senyum dari telinga-ke-telinga ni:

Puan Ana tanya, "ok ke subject ni?". dengan malas yuyu jawab " FA best gileeeee!!! tak de masalah, costing  je! benci sangat! tak suka dia!!" Puan Ana dengan terbeliak mata cakap "ehhh` tak baek benci dia! u benci dia, dia lagi benci u tao!"  (yuyu macam muka kena lenyek dek lori), "costing mana tau i benci dia" puan pun melayan" costing tak tau, tapi tuhan tau, u kene suke dia, macam mane dia nak ok dengan u kalao u tak suke dia"  ( errrr~ begitu rupa nya)"ehh, mane ade i benci, madam, i suka sangat!! ishhh, i suke sangat kat costing" puan dengan muka redha dapat murid seperti makhluk suka merungut ni " haaa` macam tu la"

o.. begitu rupa nya. maka dari saat ini, yuyu nak buat satu confession "Banking System, YUYU CINTA AWAK, Costing, awak juga!!" (tak ikhlas)

yuyu harap sangat semester ni merupakan semerter permulaan yang baik. keputusan yuyu akan berbunga dengan keputusan yang cantik. sebagai ganjaran kalau yuyu dapat keputusan cantik, yuyu akan puasa tiga hari, beli talipon baru, & ternak lemak banyak banyak kat mana mana ja yang yuyu suka. yeahh ( yuyu, kalau nak makan BESARR PUNYA, biar keputusan cemerlang ya). seperti di sekolah menengah dulu, mak merupakan ciptaan tuhan paling gembira setiap tahun pabila melihat report card yuyu ^^

MARILAH MENYANTAP NESVITA BERSAMA IKO

1 comment
untuk menyendat kan lagi ruand ruang perot kita semasa berpuasa, apa kata  korang cuba makan Nesvita (tak kisah la apa pon jenis), di cicah dengan lemah gemalai dengan IKO (pergi je Tesco, tanya bangla tu, mane IKO).

yuyu dah makan mereka. sebab yuyu sejenis makhluk yang tak suka meleceh kan kerja se awal pagi. yuyu akan cari air panas smabil pejam mata, bancuh Nesvita, cari IKO (pon pejam mata), cicah cicah.. menikmati mereka sambil pejam mata dengan hasil, perot sendat sepanjang hari.

cuba teori ni ok. "nesvita+iko=sendat"
anda juga boleh menikmati Nesvita + IKO dengan posisi begini ^^

mungkin teori ni agak berbeza mengikut luas perot. kalau perot yuyu yang berkeluasan kecil, mungkin perlu satu Nesvita je kot, tapi korang, mesti la lebih dari yuyu. ^^

mari mencuba teori ni, anda boleh menikmati sahur tanpa membuka mata. ^^

August 12, 2010

Misteri Kehilangan Laki Masa Depan Yuyu

4 comments
jangan tegur yuyu mahupun mengenyit ngenyit mata. ber-hoi-hoi pun jangan. hari ni, bermula malam semalam, pukul 11.29malam, yuyu memang tak da mood sangat. kerana..

laki masa depan yuyu hilang. lepas tak balas message yuyu semalam, yuyu dah berkali kali call, tapi "off". battery empty ye? tak tak. mustahil. ataupon, dia dah tak nak kontak yuyu?

yuyu tak harap semua ni. mana dia?  tak pernah pulak beliau jadi macam ni..

banyak benda yang lari lari dalam otak yuyu.. ada ape ape jadi kat beliau ke? atau yuyu ada buat salah? yuyu takot.. T_T sumpah yuyu tak boleh dok senyap sekarang.. yuyu cuma tunggu kawan kawan beliau approve yuyu di muka-buku.

August 11, 2010

Video Untuk Mak

2 comments
comel kan lelaki ni ^^ yuyu suka sangat. yuyu dapat dari kawan yuyu (BEE). walau pon mother's day dah lepas berbulan bulan dah, tapi disebabkan video ni comel, yuyu nak jugak upload ^^
amboi awak. awak mesti sayang mak awak sangat kan.  cewah. tak nak mengaku la tu. kalau tak, tak kan la sampai buat video kan. sampai beribu ribu orang view. suka la tu ^^

comel sangat. semua nya. semua awak buat comel tao. awak bercakap comel, ayat awak pon comel & semua la. <3 mesti mak awak tengok sambil gelak gelak kan^^

Selamat Mengempiskan Perut Semua

2 comments
Selamat Berpuasa kawan kawan ^^

ahlan wa sahlan wa marhaban li shahri ramadhan ^^

Hoorayyyyyyy! tibalah masa nya yang di tunggu tunggu.. bulan mengikat perut! wah. mesti ada yang beli stock-makan-sorok-sorok ni kan (di tuju khas untuk abang ku, marcus). rasa macam baru semalam je dapat duit raya dari mak. dah nak puasa lagi. cepat nya masa berjogging kan.

semalam, lepas kelas ict pukul enam, yuyu, nang & mira pergi beli barang dapur. apa yang yuyu nak beli, tersasar jauh. nak beli barang dapur, tapi beli barang untuk perut. makan makan makan. habis duit dengan membela lemak. semoga yuyu lebih gemuk dari biasa.

yuyu tengok orang kat sini, dah tak sabar sabar nak tarawih. yuyu? ^^ ( perbincangan topik ini, tertutup). yuyu tak sabar sangat nak bersahur. mengikut perangcangan awal yang dibuat sendiri, pukul 4.30 pagi, yuyu akan bangun untuk memasak nasi goreng. tapi, semua nya tak menjadi. yuyu bangun lambat sangat. tak sempat. aduh. boleh ke tahan ni? atau yuyu kena ikut cakap mak yuyu, masa yuyu berumur enam dulu,siapa tak sahur, tak boleh puasa. yeahhh..boleh lagi ke guna teori tu untuk sekarang?? ^^

berbuka? nak berbuka dengan apa ya hari ni? nak pergi bazar, yuyu rasa macam nak pergi kembara ke kutub utara pula. bukan main jauh tempat nya. tak pe la, yuyu masak je la kan.

entry kali ni, di taip dengan jari jemari yang agak lemah. malas nya nak menaip. terbayang dengan wajah char koey teow yang jelas, air suam yang panas panas. sedap nya.

August 8, 2010

Balik ke Zaman Dahulu

6 comments
Untuk pertama kali yuyu ber -yahoo-messanger dengan adik lelaki yuyu. Akmal. sangat terkejut. nampak default picture macam kenal. rasa macam pernah kena lempang dengan yuyu, pernah tidur sekali, sejenis makhluk yang yuyu pernah buli sidai baju & pernah kena hempas dengan buku Maths takkala beliau tak pandai mengira. oh. adik yuyu. ^^ pandai ber-YM pulak dia. mana dia dapat email yuyu ya? konpiuus ni. pandai pulak dia kongsi gambar. ^^ ya ya. gambar yang di kongsi pun comel sangat!

sila kelik kelik untuk penglihatan seperti di Cinema
terima kasih adik ku kerana berusaha menggabungkan gambar gambar yuyu semasa kecik tersebut. ^^ (mungkin beliau berniat untuk dapatkan sesuatu). bila tengok balik semua gambar tu, rasa macam nak je balik ke tahun 1989. jadi sekecil-kecil KIMURA (sila kelik untuk mendapatkan gambaran saiz KIMURA) dapat perhatian penuh dari semua. kalau sekarang, yuyu kena buat sesautu, nak tarik perhatian kan (hey hey, yuyu di sini!)

menurut mak bapak yuyu, yuyu tak lekang dari botol susu sampai umur 6 tahun. ^.^ ya, yuyu ingat semua tu, mak, abah. bila dah umur 6, yuyu dapat adik baru, kasih sayang yuyu di bahagikan dengan adik. memang yuyu merajuk. . moncong mulut tak nak kawan dengan semua.ya, yuyu ingat semua tu kawan kawan. ^^. masa mak lahirkan Akmal, yuyu langsung tak keluar bilik. yuyu benci Akmal. pernah mak biarkan beliau dengan yuyu, hahaha.. apa lagi, yuyu pon ambil peluang keemasan tu dengan ketuk muka adik yuyu. sampai menangis makhluk tu. mak ingatkan beliau lapar. ^^ oh bahagia.

ke muara ni yuyu membawa diri ^^

yuyu jugak tak lekang dengan bantal busuk yuyu sampai sekarang, dulu yuyu ada patong budak (seperti di gambar nombor 10), dari kecik semut yuyu ada patung budak tu, yuyu suka isap kepala dia, sampai umur 6 tahun, kepala patong tu putus. (gangster kan yuyu~ besar besar gigit orang), bila dah patong tu hilang separuh jasad, mak buang patong budak tu jauh jauh, mungkin di Canada, tempat Ashraf (kawan mukabuku) yuyu belajar, sebab sampai sekarang yuyu cari tapi tak juga menemui separuh jasad tu. tapi, lepas mak sembunyi, yuyu memang tak boleh tidur, oleh demikian, atok dengan murah hati, buatkan satu bantal. yang bantal tu yuyu guna sampai sekarang. tanpa kehadiran bantal busuk itu, maka kehidupan yuyu tak lengkap. yuyu perlu menggentel gentel hujung bantal tersebut sambil menikmati bau nya yang sebati dengan hidung yuyu.

apa lagi ya, mari sama sama korek. oh, mak kata yuyu cepat sangat hafal. walaupon yuyu masih berumur tiga. mak bawa yuyu bergosip ke rumah rakan taulan. bila kawan kawan mak kasi nombor talipon, mak akan suruh yuyu hafal, bila balik rumah, mak tanya. ya, yuyu berjaya hafal tau. selalu mak suruh yuyu ingat/ menghafal. yuyu ni umpama pendrive 6gb la untuk mak masa tu. bangga bangga.

lagi lagi, jom korek lagi!.ok, dulu yuyu..........

sekian. entry belog kali ini tergantung disebabkan malas menaip.

August 6, 2010

tiga titik

2 comments
baru bangun tidur.tak tau mimpi apa semalam. bila bangun, rasa lain sangat. banding dengan life yuyu yang dulu, walaupon sekarang sangat sederhana, tapi yuyu gembira hingga senyum ke telinga.
yuyu kat library ^^ (mesti la tipu)
apa yang terkandung dalam kepala otak yuyu sekarang? salah satu nya, pasal study yuyu. baru semester satu, dah terfikir, bila nak habis study ni. tak sabar sangat. minggu depan, minggu final-exam. minggu ni pulak, minggu konvo. owh tidak. rasa macam jeles je kat hati ni. bila la turn yuyu kan. exam pulak. yuyu ambil 8subjects semester ni. 6 dah ready sangat untuk exam, 2 lagi sangat tak. business accounting, & legal maxims. macam mana ni?
yuyu nak makan semua!!!
apa lagi ya dalam otak ni. korek korek. rupa nya yuyu tengah fikir pasal puasa juga. tak sabar nak puasa. berbuka, sahur. ^^ tak sabar nak raya. jumpa family. best nya.nak pergi bazar ramadhan. nak rasa kuih raya, macam macam la. macam mana muka yuyu ya bila puasa. bertambah comel tak^^ lagi best kalau yuyu jadi macam umur enam tahun dulu, yuyu dapat upah tao. kecik kecik dah pandai kerja. satu hari puasa penuh, yuyu dapat $1. banyak tao. tu mak yang kasi, atok, tok wan, paksu, angah? kira la berapa?  (padahal, minum air dalam toilet)

kehadiran cik Babi yang tak diingini. seperti kehadiran apin magneto yang tak bayar hutang yuyu
takkan tu je, korek korek lagi. kenapa yuyu macam moody siket ni. oh. pasal apin. si pemalas bayar hutang. hmm. ingatkan yuyu dapat duit yuyu, tapi, macam tak ja. tak suka bila jadi macam ni. tahun ni macam tahun ekonomi meleset untuk yuyu. kalau tahun lepas, siap shopping setiap bulan. tak suka nya.
mempersembahkan! saudara mara yuyu!

korek sikit lagi, apa yang ada dalam otak yuyu? oh. satu lagi, pasal orang sekeliling yuyu. sedare mare leee~ ^^ yuyu kat sini macam hidup sorang je. yuyu ada banyak lagi bertimbun timbun saudara mara kat sini. tapi, sorang pon tak pernah jumpa yuyu. sibuk sangat ke dengan kerja. tak pa ^^

August 4, 2010

Malas Jadi Watak Hari Ini

3 comments
tolong jangan harapkan yuyu untuk baca buku, atau menjeling jeling macam mengorat abang handsome pon kat buku. hari ni, Malas jadi watak utama yuyu. yuyu cuma nak berbelog & bermuka-buku ja. yang lain tak nak. sambil mulut mengerjakan aktiviti tetap sebagai pengunyah makanan ringan, & telinga menahan derita sound lagu yang kuat. lagu OMG_Usher yuyu ulang sampai 8771727668161974727924739kali.
boleh tak yuyu cantik macam ni bila Malas? ^^

midterm Islamic Legal Maxims ada petang esok. pukul 2 sampai 3 petang. Tapi yuyu kena jalan kan watak yuyu sebagai Pemalas juga hari ni dengan jayanya. kalau tak berjaya, mungkin yuyu menyesal. ^^ yuyu memang tak nak baca buku, apa pon tak nak buat. yuyu rasa yuyu cukup malas hari ni. bagus ni ^^ pandai pegang watak.

apa yuyu nak jawab untuk exam esok? eleh. senang je. yuyu dah bagi perhatian bagai menatang minyak yang penuh dah kat kelas. so, untuk baca buku segala, tak perlu. yang perlu, dengar lagu, bace gosip & bermuka-buku.

yuyu tak salahkan yuyu untuk pegang watak ni. mungkin sebab :
  1. first day period
  2. ujian dari Allah ^^
  3. penat sangat kat kelas tadi
  4. cuaca yang tak menizinkan
  5. apin tak bayar hutang
  6. laki masa depan tak layan sangat
  7. otak yuyu dah tepu ^^
perhatian! yuyu perlukan Prince William untuk buatkan yuyu jadi normal ^^
boleh tak reasons ty? okay la kan. sekarang yuyu nak makan & bace gosip. dah.  yuyu rasa, yuyu ni macam sleeping beauty punya princess la. bila dah dapat kiss dari prince yang handsome, mesti yuyu jadi normal. wahhhh.. twirl twirl~

Terlalu Marah Dengan Orang Liat Ni

2 comments
macam ni la muka yuyu bila marah ^^
yuyu nak marah. tapi yuyu tak nak marah kat orang tu. nak marah besar besaran kat belog je. macam protest AKTA ISA kat kampus yuyu ni!

izin sebentar yuyu mencarut & memaki orang tu. ##%*^%^@#!))((*&^^%#$%%#^. okay. dah puas sikit hati yuyu ni. kalau boleh jugak, yuyu nak letak muka dia kat belog ni, & cakar cakar muka dia sampai bercalar.

apa perasan korang bila kita buat baik, tapi dia buat Taik Ayam kat kita? ish. adakah timbul perasaan cinta lagi? tak tak. muka handsome pon yuyu tak layan kalau macam tu. Sebagai kawan (sekarang tak mau kawan dah), yuyu nak tolong dia dari kena buang kerja & kena halau dengan land lord dia. yuyu pinjam kan dia $400. semua ni kejadian 25May (takda dalam buku Sejarah & tak mungkin masuk Final Exam). dia janji nak bayar hujung bulan . bermaksud 31May, yuyu dapat balik duit yuyu tu yang sepatutnya duit tu yuyu enjoy menternak lemak di restoran mana mana.

tunggu punya tungu, tak bayar. dah la dia tu kawan baik kepada kawan baik yuyu juga. nak mengamuk pun macam nak tak nak ja. bulan Jun yuyu tunggu, tapi tak bayar, konon nya bulan 7, dah sampai bulan Julai, rupa nya dia cuma bayar $50 ja. apa daaa.. muka ja hengggsemmm. teruk betol. nak je yuyu iklan kan pasal ni kat TV3, buat siaran langsung kat MTV. tapi tak terdaya.

yuyu tak nak cakap dengan sapa sapa dah :"(
baru tadi yuyu talipon dia, tak jawab. mula la yuyu jampi serapah pasal nama dia. memang tersedak la dia lepas ni. tak da mood. malas nak g kelas! yuyu macam tak nak cakap dengan sapa sapa pon. sedih kan. nak cerita kat orang nanti orang ingat yuyu bodoh. nak tolong orang, tapi orang buat cam ni. tak nak cakap dah dengan orang! nak bawa diri (pack barang, g bawa diri)

August 3, 2010

Mak Kata,Orang Mengandung, Tengok Muka Comel Comel Kalau Nak Baby Comel

3 comments
ini apa ynag yuyu dengar mak borak borak dengan sedara yuyu, agak nya, method ni boleh tak yuyu guna untuk buat muka yuyu comel? ^^ mana la tau kan, setiap kali nak tidur, mesti lah mengadap muka muka comel bertuah ni, siket siket muka yuyu jadi comel.



main nyorok nyorok dalam selimut ^^
si gemok baru bangun tidur. mesti masyam masyam stoking kan
mandi manda. tepek muka dengan sabun baru taoo
nestum time. comel kan baby ni ^^


atau pon kena guna method lain? yuyu mesti di beri pujian ikhlas dari orang orang yang sekeliling yuyu? (habes la sape yang rapat dengan yuyu) berilah pujian ikhlas supaya yuyu jadi comel macam babies ni ^.~

Kisah Kawan Saya Kahwin Dengan Dendam 2

1 comment
ini sambungan entry baru baru ni pasal kawan yuyu A (perempuan/isteri)& B(laki jahat/suami). baru tak sampai 2minit 31saat 12detik yuyu call A.. tapi tak dapat cakap lama rupa nya, dia baru lepas kemas bilik kat hotel. owhh.. kerja sebagai "house-keeping" di Hotel Lagoon Langkawi. tapi macam mana baby dia yang baru je lepas pantang tu?
macam ni la kot A kalau penat keje (A bertudung)

lepas lebih kurang dua tiga minit, A call yuyu. A dalam toilet. menangis lagi. (biasa la, yuyu pon menangis la, walaupon, tak tau sebab, dramatic sungguh). A pon cerita la, betapa tragis nye hidup dia, ala ala cerita sedih melayu.

sekarang dia tengah kerja. baby dia? A letak jup di rumah jiran rumah sewa dia. kononnye hujung bulan dia bayar. hmm.. boleh ke? susu pulak?? T_T ni yang tak suka ni. bila yuyu tanya pasal susu, dia kata, dia kasi baby tu minum susu pekat. HUH? gila ke?? kesian nya.. T_T yuyu pon, bagi cadangan, suruh dia perah(macam lembu la pulak) susu dia, & simpan dalam botol. susu tu tahan. (ehemmm.. cam pengalaman).  A akan praktik kan cara yuyu tu. (yuyu baca dalam majalah KELUARGA la!) kesian baby tu, tak dapat apa yang sepatut nya baby perlu dapat.

yuyu tanya pulak pasal nafkah yang perlu B bayar bulan bulan. A cakap, tak tahu lagi. Rabu ni (esok), dia perlu merajin kan diri dia g kat mahkamah. owhhhh~semoga ada jalan yang lebih mudah untuk A survive kan :)

kesian A, baru lepas pantang, kerja pulak yang terok, kemas room kat hotel, bukan nya senang, katil kan berat, nak vacum lagi, nak tue lagi, nak nie lagi. kesian nya dia. baby tu pulak macam mana?  kita beruntung sangat, bila kita susah, kita tak sesusah A. :) walaopun kita tak beruntung, kita lebih beruntung dari baby A tu. :)

 ....to be continued..

August 2, 2010

Santapan Bijik Mata

2 comments
Nora Danish. pemilik tetap badan ni, lemah lembut, comel, cantik. :)


mempersembahkan,muka muka cantik yang yuyu suka sangat tengok gambar gambar dorang. mereka dan muka muka mereka sangat sesuai dijadikan santapan biji mata yuyu. cantik nyaaaaaaaa~

memang fitnah manusia yang tak pernah puas dengan apa yang ada. termasuk yuyu sendiri. dah muka yuyu tak la di calonkan dalam katogori perempuan perempuan huduh di dunia, syukurlah kan.. :) tapi, yuyu nak sangat suatu hari nanti, yuyu pon akan jadi cantik. cantik dalam & luar. kalau jadi luar saje, dalam huduh, nanti orang kutuk jugak kan. kate nyeee~



Fazura. Mulut dia macam pop corn kat Pasar Malam, rambut dia buat yuyu jeles tiap tiap hari.
                           
tapi memang betol.. bukti yang kukuh kan, yuyu pernah suka sangat tengok kakak ni.. cantik orang nye. rambut dia memang kalah rambut fazura. muka dia cantik sangat. mata kakak tu agak sepet, tapi sepet nya, cantik. dia tinggi.. kulit dia pun gebu gebu baby johnson tao.. tapi, satu hari, yuyu makan kat KFC, terjumpa pulak dia dengan adik dia. yuyu tengok dia pandang pandang seorang makhluk yang berdiri cuci tengah cuci tangan. lepas tu kakak tu cakap kat adik dia "amboi, lawa la budak tu, jadi lawa macam dia kan best". ehhh... akak cantik oi!! tak sedar ke akak tue dah sangat lawa? padahal, makhluk cuci tangan tu, tak la secantik kakak tu.
dari situ, yuyu pun buat satu kesimpulan, manusia ni, tak pernah puas dengan apa yang dia ada, & cantik tu berbeza dari pandangan bijik mata orang. :) setuju?
Dato Siti Nurhaliza. cantik sangat, lemah lembut, suara lemak lemak susu cream, mata cantik, pipi comel, tak jemu mata nak mengadap.
© Yuyu Zulaikha . Design by FCD.